Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

09 December 2014

Atak!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dah makin banyak perkataan yang Fateh Uwais kami tu boleh lontarkan. dah paham bila kami bagi arahan. dah tau solusi kalau kami bertanya. contoh kelmarin. saya saja tanya dia mana hp ummi? saya tau dah hp ada bawah kain belum lipat. dia pun mencari rata, masuk bilik. dan heret beg kerja ummi bawak ke ummi. mesti dia tau ummi selalu simpan hp dalam beg tu. alahaiiii anak, alhamdulilah awak dah makin bijak. syukurrrrr.

kemain seronok haaa main dengan anak kak yan. seronok la ada kawan, selalu main sensorang

dan sekarang ada satu lagi yang dia palingggggg obses. kalau tengah menyusu dalam kereta pun boleh bangun sebut "atakkkkk atakkkk" mulanya tak perasan jugak atak tu ape. rupanya atak tu lori atau bus atau kenderaan yang besar spesies mereka, mana pulak la dia dapat perkataan atak tu =.=


dan ummi abi lah manusia yang paling setia membetulkan perkataan dia setiap kali menyebut atak itu. moga anak ummi boleh bezakan mana satu lori, mana satu bus nanti. bawak pergi beli lori kemain haaa rambang mata tatau nak pilih mana satu. style ummi abi. boleh beli satu barang sahaja setiap kali keluar, lebih tak boleh. takmo biasakan dia, sekarang memang la ummi abi mampu takut nanti dia terbiasa sampai ke besar semua keinginan dia kena tunaikan pulak huuuu. tapi selalunya hati ummi ni la tak kuat bila tengok anak nak satu-satu benda. mula ummi yang nak beli kan dua. moga ummi kuat sobsssss

10 comments:

Fiza Rahman said...

Hehehe...ingatkan atak tu kakak ☺

istadiniey said...

salam perkenalan kiera sakura.. hehe.. sama la kan.. memg xkuat bila anak minta mainan.. tp betul, xleh manjakan sangat dengan mainan, nanti tiap kali keluar mesti nak beli macam2..:)

Hafizin Jamil said...

atakkk..atakkk.. haha.. kena bagi dia bawa naik lori tu sekali..

Siti Sharini said...

he he comel jer atak yerr..ingatkan katak tadi..

betul kira, tak boleh biasakan anak mewah2 sangat..tapi kalau hati lembut mak mak akan cair jugak ye dak he he

Aryan azra said...

ohh..atakkk tu lori acik ingatkan fateh uwais maksudkan kakak..hehehe comey sangat kamu tau

ewanthology said...

org kata ni fasa 'banyak akal' :-)

juicy X said...

Kami mmg tegas dgn umarfaiq.jarang nj bg apa yg dia nak melainkan kmi mmg berkenan benda tu.rezeki dialah heee

Zai Zamree said...

ha?Atakkkk?

hehehe...Aqil pon dh faham dh kita bg arahan apa. dh tau dh tp x reti nk nyebut....adehhhh....

keta korek tu mcm sm dgn Aqil pnya la...lalalalala

OKje said...

Laaa...ingatkan kakak....
Betul dah cara kiera tu kena betulkan apa yg dia ckp

QasehnyaRania said...

la ingt atak tu kakak.
in shaa Allah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...