Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

10 December 2014

Resepi Congo Bars

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

gambar lama ajeeee

Congo Bars ni dah lama sangat buatnya, dah berapa kali sesi pun buatnya tapi baru sekarang TERINGAT nak share resepi hewhewhew. pertama kali buat dulu saya adun pakai mixer je semua bahan sebab malas banyak bertakhta dalam diri hihihihi. tapi yang baru buat beberapa minggu lepas adun pakai tangan memang lain texture dia. ada perbezaan di situ ye. tapi bila adun guna tenaga tangan kena bertabah la sikit, kerana adunan akan menjadi berat dan semakin berat lagi-lagi bila dah letak tepung nanti. sebab itu last three week ummi buli abi. mintak tolong abi yang adun kerana tenaga dia lagi kuat mihmihmih :p resepi asal dari Mek Onie


Bahan-bahannya ::

 315 tepung gandum @ tepung naik sendiri - kalau guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder dah.

 2 1/2 baking powder 

 250gm gula perang - resepi asal 300gm, saya kurangkan sebab tak suka manis sangat.

 3 biji telur

 250gm buttercup -resepi asal 200gm sahaja, saya letak sebuku terus sebab nanti kalau simpan takkan guna lagi dah, rugi pulak rasa. texture congo bars jadi lembab sikit bila buttercup lebih. PENTING untuk biarkan buttercup lembut sendiri supaya nanti mudah nak mengadun.

 1 sudu besar esen vanilla

 1 sudu kecil garam

 200gm coklat chip (letak banyak2 kalau nak lebih sedap), badam cincang, bijik kuaci atau apa saja jenis kekacang yang rasa sesuai nak letak dalam congo bars tu


Caranya ::

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. ketepikan

2. Kacau buttercup, dan gula perang sehingga sebati. dan masukkan telur satu persatu, esen vanilla dan garam. kacau2 gaul2 sampai sebati semua bahan.

3. setelah sebati masuk tepung yang dah diayak atau tepung naik sendiri tadi tu. kacau gaul lagi bagi lebih sebati. masukkan pulak coklat chip dan segala kekacang yang korang suka.

4. griss loyang dan tuang dalam loyang. sila hias dengan banyaknya coklat chip dan badam atas tu supaya congo bars nampak lebih meriah gituuuu.

5. bakar menggunakan oven dengan suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak. TAPI!! suhu tu bergantung jugak pada oven korang memasing.


dah siap, kalau jenis tak sabar macam ummi uwais boleh potong dan makan ketika masih panas itu. heavennnnnnnn sangat rasa hihihihi. ohmai tetiba meleleh air liur bila teringat congo bars ni. abiiiiiii sabtu nanti kita buat lagi ek. ekekekekekekeke. 

Selamat Mencuba!!!

11 comments:

idzwa kamaruddin said...

tak sempat nak cuba bulan ni...*hulurpinggan* heheheh..

Hafizin Jamil said...

rajinnya kak kiera.. hehe.. simpan sikit yee..

Mek Onie said...

akakkkkkkkkkkkkkk,patutlah ada trafik dari blog akak,makasih sudi link kan entry tu.... makan time panas sedap gilaaaaaaaaaaa,sebab coklat dia tu aummmmmm..caiyak dalam mulut :D

ewanthology said...

Ada org suka baca buku resepi tapi nak buatnya entah bila... hihi

CikSiti said...

maafkan saya..memang surrender nak bakar membakar he he he..nak order kat kira jer lah boleyy??

Kesuma Angsana said...

walla bestnyer, kim kat KA sikit !

cik Anggur said...

SESEJAK ADA BUSSAINA NIE...DOK UMAH MIL PLAK DH LAMA TAKMASAK ...RINDUNYA NK MASUK DAPUR ~

aryan azra said...

kalau ada kerajinan boleh la akak cuba nanti

hainom OKje said...

Kiera....hari tu okje buat....lebih kurang resepi ni...tengok ni rasa nak buat lagilah pulak....buh kekacang byk sikit ek....mesti sodap

QasehnyaRania said...

a’aaa. sedap
dah pernah try buat juga.
last cuba yg sis sunah sakura pon dr resepi mek onie juga rasanya

Shahida Dzulkafli said...

Kena cubalah nampak senang jer..

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...