Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

31 December 2014

2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

2014 yang penuh dengan suka duka tangis tawa. bukan je pada diri sendiri tapi dengan ujian dari Allah untuk semua umat manusia dalam negera yang bergelar Malaysia ini. ye setiap yang terjadi adalah ujian Allah. stop blaming each other dan mula kan dengan betulkan diri sendiri dahulu. pernah dengar suami cakap bila Allah murka akan sesuatu tempat tu maka hilang lah rahmat pada tempat itu. bukan maksud saya orang yang ditimpa musibah banjir tu jahat, buat salah etc. tapi mungkin salah tu berpunca dari diri kita. sedangkan kalau ko buang sampah sejemput atas jalan raya dan ko tak kutip balik, itu pun dah boleh buat Allah murka sebab ko dah kotorkan dunia dia. atau kalau ko pergi mana-mana, berebut parking, bergaduh maki hamun sesama sendiri, keluarkan kata-kata kesat itu pun dah boleh buat Dia murka. jadi sebab itu saya kata tadi mula betulkan dengan diri sendiri dulu. mungkin kah semua ini berpunca dari kita? kita kah yang bersalah? boleh faham? good!!

saya yang dari kejauhan hanya boleh membantu takat yang termampu dan boleh menitipkan doa setiap hari buat diri mereka dan diri sendiri. haaa lagi satu pernah dengar suami cerita. katanya. pernah satu ketika para malaikat dengar yang Allah kata salah seorang dari mereka semua (para malaikat) nanti akan ada yang ingkar pada arahan Allah dan akan dimasukkan ke neraka jahanam. makanya semua para malaikat takut dan berjumpa dengan iblis. masa tu iblis ketua semua malaikat kat situ. Malaikat lain pun mintak iblis doakan untuk mereka supaya tidak termasuk antara yang ingkar tu. iblis pun berdoa tapi iblis lupa doa untuk diri dia sendiri. jeng jeng jeng. jadinya setiap kali mendoakan kesejahteraan orang lain jangan lupa berdoa untuk diri sendiri sekali. supaya diri kita sendiri tak jadi lalai, lupa atau alpa akan perintahNya. peringatan untuk diri sendiri ni haaaa.

2014 bakal melabuhkan tiranya hari ini. moga kita semua terus berlari mengejar keredhaan Allah, meninggalkan laranganNya, mengerjakan perintaNya. 2014 penuh suka duka dalam mendidik dan membesarkan seorang Khalifah Allah, amanah dari Allah yang paling terberat untuk kami suami isteri. terasa berat bahu ni andai didikan yang kami beri tak sempurna atau tak baik. 

dah cuba senaraikan dari January sampai Disember. tapi nampaknya semua pun pasal anak, abi, anak, abi. ngehngehngeh. bersyukur diberi kesempatan dan peluang punya keluarga-keluarga yang bahagia dan saling berkasih sayang. doa sangat moga kasih sayang antara kami berkekalan hingga syurga Allah nanti. Aminnnnnn.

2015. banyak rencana dan plan yang cuba diatur. perancangan yang dirancang sebaik mungkin. moga Allah permudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami, redhakan hati kami dengan setiap ujian dan dugaanNya, serta titipkan kekuatan pada kami untuk terus taat padaNya. sebaik-baik perancangan kita, hebat lagi perancangan Dia. kalau kita rasa sedih sebab tak dapat sesuatu yang kita nakkkkk sangat, buanglah jejauh perasaan itu. kerana setiap perancangan Allah adalah yang paling terbaik dan tersesuai untuk diri kita. pasti ada hikmahnya. bergantung haraplah hanya pada Allah sahaja. hanya pada Allah sahaja. hanya Dia yang berupaya dan punya kuasa.  



ummi tetap sayangkan awak sepenuh hati sampai nak melimpah walau stokin awak hitam legam lepas berjalan sampai laman depan rumah. 

11 comments:

ewanthology said...

semoga dipermudahkan segala urusan di 2015 nnt ye.

Nur Inani said...

alololo comelnyaa dia :) moga 2015 lebih baik untuk kita :)

CikSiti said...

heheheheh apa sangatlah takat stokin hitam tu umi..tunggu lar saya besar sikit lagi..banyak lagi yang saya mampu buat demi menguji kasih sayang umi hehehehe..

nway smoga kita sentiasa dalam rahmatNya..smoga kita boleh terus berusaha ke arah kebaikan inshaAllah amiinnn..

idzwa kamaruddin said...

yayang manjaaa :)

cik Anggur said...

selamat menyambut tahun baru kira ~

aizamia3 said...

Moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA.
Moga 2015 akan lebih bermakna buat kita semua.

Nur Masliza Muda said...

Selamat menyambut tahun 2015, semoga suka duka 2014 akan lebih mematangkan kita. Salam ukhuwah jemput singgah blog saya yang masih baru ni http://mummyfiras.blogspot.com

hainom OKje said...

Dapat jugak awak buat satu entri menjelang akhir tahun ni Kiera....okje tak sempar ar....Tetiba pulak mls nak berbw akhir akhir tahun gini

QasehnyaRania said...

betul tu kira..sama sama lah kita :)
selamat tahun baru..
semoga 2015 bakal membawa sinar bahagia.aamiin

Hafizin Jamil said...

Moga tahun 2015 semuanya indah buat akak. :)

aryan azra said...

semoga tahun baru ini,memberi sinar kebahagiaan dan rezeki yg melimpah buat kira sekeluarga..inshaAllah

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...