Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

28 October 2014

5 Hari Cuti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

5 hari cuti, ke kampung lah kita mana lagi. hihihi. biasanya memang gitulah. asal ada cuti panjang mesti balik kampung ipoh, kalau nak bercuti ke mana pun biasanya kami plan pergi reramai dengan family. plan asal nak naik ke cameron tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan, makanya lain kali aje la kita naik ye dak hihihihi.

5 hari aktiviti yang penuh dengan membaking. saya ni dah kalau balik kampung mesti nak pulun buat itu buat ini. bukanlah kat rumah sini takde oven mixer. ada aje. hadiah kawen kengkawan bagi dulu, tapi nya kalau nak membaking kena tunggu suami balik dulu, anak bujang sorang tu takut bunyi kuat-kuat macam mixer ke vacum ke, kena ada orang tolong peluk dia baru dia tak kacau kita. siap letak tangan kat dada lagi tu kalau terkejut bunyi kuat =.=


mulakan cuti yang ceria dengan Congo Bars. dua kali buat bermakna lepas lah tekak orang rumah kampung. alhamdulilah lagi seronok bila tengok suami suka makan. resepi Congo Bars sekejap lagi lah bagi ye idak. kalau tidak tak variasi lah entry ummi (yang sebenarnya ko dah takde idea nak update entry kannnnn) mihmihmih :p. Congo Bars ni terpikat dari Kak Sunah kita, tapi resepi ambik dekat Mek Onie.


pagi besok kita susuli dengan Pancake Sardine. dah lama teringin nak berpancake ni, tapi selalu malas nak mencari resepi. bila balik kampung tetiba rajin pulak ye ko Syakira =.= resepinya jugak nanti akan di update kemudian. ngehngehngeh :p


dan teringin jugak nak buat pavlova sendiri. tapinya tatau silap dekat mana, merigue tak menjadi, dan takde kertas minyak. melekat-melekat benda alahnya. sudahnya sebab bosan nak menanggalkan aluminium foil yang dilapik. kita bagi tong sampah makan. huhhh!! disebabkan pavlova tak jadi resepi takmo share la huhuhuhuhu



dan akhir sekali, CheesKut. punyalah teringin nak buat dan makan, cari Chips Coklat merata tak jumpa grrrrrr. nak tak nak kena jugak la ke kedai barang kek. bukan tak nak pergi situ tapi nanti lagi banyak benda beli. nafsu yang lebih =.= haaaa resepi Cheeskut boleh kongsi kat sini terus. 

blend @ mix kan cheese tartura atau cheese philadephia tu pun boleh bersama susu pekat manis setengah tin dan susu dutch lady beberapa sudu. blend atau mix kan mereka. kalau boleh jangan sampai cair sangat.

celup-celup kan biskut cream cracker dalam lebihan susu dutch lady tadi. dan susun dalam bekas . habis susun layer kan dengan cheese yang dah blend tadi. ulang balik celup biskut dan layer. saya cuma buat 3 layer je.

akhir sekali tabur milo @ serbuk coklat pape yang disukai dan tabur lah chips coklat yang susah nak jumpa tadi tu :p tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam dan dah boleh dimakan nyummmyyyyy!!!

resepi ambik dari Ruzzezanie :D keterujaan asal nak buat lepas rasa cheeskut pemberian Mummy GKSB. ngehngehngeh :p



27 October 2014

Bila Abi Berjoging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah sejak kahwin dan dah ada anak, bila cuti tak pernah lagi la suami tinggal saya dengan anak dekat rumah bila dia nak beriadah. awalnya ada jugak la dengar "kalau ummi dengan baby tak nak ikut, abi pergi sorang jela, jogging dekat Padang Ipoh" tapinya bila saja mengusik suruh pergi sendiri berat pulak nampak kaki itu. ngehngehngeh :p

disebabkan cuti 5 hari ada kat ipoh. kali ni kita pilih Padang Polo aje lah. trek jogging yang jauh lebih panjang kata suami, dan padang yang lebih besar untuk anak, jugak orang yang ramai. perfect!!! abi jogging, ummi teman anak beriadah, oiiii bukan teman saja ok, ummi pun pecah peluh mengejar budak bertuah sorang tu.


Day 1 ditemani Opah dan Atuk sempena cuti Deepavali. orang punya ramai dekat sana, keluar takde la awal sangat. disebabkan ummi terlupa nak bawak bola dia, ummi belanja satu bola baru. alaaa RM4 je mampu la ummi belanja kalau mahal memang tengok aje la cerita nya :p

kemain seronok haaa dapat lepas atas padang. sanggup berlari kejar bola dari hujung padang sana ke hujung padang sini. opah nak ambik dukung pun dia takmo, kita ingatkan dia dah letih rupanya dia lagi seronok nak main. letih main Atok belanja makan laksa, memang niat awal ummi pun nak ajak makan laksa situ ngehngehngeh :p tengah sedap hirup cendol hujan turun mencurah-curah, mujur sebelum tu abi dah bawak anak masuk kereta sesiap bila langit dah mula gelap. 


Day 2, opah dah tak larat nak teman, atok pulak kerja, maka bertiga aje la kita. disebabkan ummi yang tergoda lebih dengan bola pelangi itu. makanya rezeki baby la dapat bola baru lagi :p kali ni dia lebih berminat nak kacau orang lain main layang-layang dan bubble. kita nak tolak dia naik basikal, dia pulak seret kaki atas jalan =.= geram betoi rasa!!!!! dan lagi sekali hujan turun membasahi bumi Ipoh. berlari la kita masuk kereta.



hari ketiga. niat nak keluar sebelum jam 4, disebabkan selalu pukul 6 petang hujan turun. tapinya petang tu langit menangis sampai pukul 5 rasanya. abi pun cuma ajak anak main dalam rumah. elok pulak abang sepupu dia yang lebih setahun dari dia balik, sakan la main ada geng. cumanya hari ni ummi ajak pergi tengok adik Muhammad Mua'dz. beso dah dia, dah pandai menyembang dengan orang. cuma dia lagi tertarik dengan abi. mungkin dia rindu walid dia. ok tak jadi ummi nak kecik hati :p


day 4. awal pagi dah keluar. elok je anak bangun kami pun bergerak ke Padang Polo lagi. kali ni saja tukar rencana ke pagi, petang nya nak sambut besday mama tersayang. lagi pun petang selalu hujan. alhamdulilah bila pagi mood anak lain macam. lagi seronok dia tawaf padang dan nak mangacau abang kakak yang ada main dekat situ =.= hari ni abi sempat layan dia main dekat playground lelama. kemain seronok lagi haaaaa.

Alhamdulilah lepas jugak hajat abi nak jogging balik kampung cuti lama. bila abi seronok, kami berdua pun tumpang seronok. dan yang penting lepas je balik dari main, mandikan anak, susukan. dia mesti tertido keletihan atas katil. kemain berlagak haaaaa balik kampung kali ni. tido buai taknak langsung!!! nak tido atas katil sambil gegolek ke kiri kanan depa tangan!!!

20 October 2014

Gegula Cinta Ummi Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

"ummi ni dah kenape?" - Malaikat Kecik

dua minggu jugak rasanya takde aktiviti riadah hari minggu. cuaca sekarang kan tak menentu. petang je nikmat hujan turun, tak dapat la nak membawak baby kecik sorang tu beriadah luar rumah petang-petang. tapiiii alhamdulilah petang semalam cuaca sangat baik, cuma jalan je tak berapa nak baik. jammed hoiiii. ate dah kedah lawan pahang semalam, kemain ramai lagi orang beratur depan jalan stadium tu haaaa. mujur la jugak tau awal, boleh la kalih ikut jalan alternatif lain.


dalam pukul 6 jugak la baru nak sampai Taman Jubli nya pun. dah lewat tapi boleh la dari takde langsung kan. macam biasa Taman Jubli aje la tempat tuju pun. rasa macam situ palinggggg ideal. sementara abi jogging, ummi boleh tunjuk ikan dan bagi anak makan. habis makan, main playground pulak. dan yang paling penting situ ramaiiiiii orang. takde la takut kan sebab keliling kolam orang memang ada saja. 


aktiviti macam biasa la. sama je tiap minggu. cuma yang seronok dapat tengok gelak tawa malaikat kecik kami jela. itu yang paling bernilai sebenarnya. memang semalam hari seronok untuk dia la, sebelum ambik ummi. abi dah bawak pergi tengok Dinasor dekat Dinasor Trex. dah beso dah anak ummi ni rupanya. dah boleh jalan-jalan tanpa "bawak susu" dia. bawak air masak je dengan abi. sebak pulak ummi tengok awak dah besar yayang ;'))))))


yang tatahan nya tun, abi sorong basikal. dia duduk menyandar macam boss besar. tangan silang belakang. amboiiiiii sangat tau!!!!


15 October 2014

5 Tahun Berlalu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sekejap je masa berlalu, tak sedar dah 5 tahun berkhidmat dengan LPP ni. mungkin ramai yang jarang dengar nama LPP, singkatan pada Lembaga Pertubuhan Peladang. bawah Kementerian Industri Asas Tani. dan saya salah seorang pekerja kepada rakyat. berkhimat untuk rakyat katanya :D

Alhamdulilah bukan mudah nak dapat kerja ni, bukan mudah jugak nak kerja. macam selalu saya kata. baik kerja dengan mesin, untung-untung kalau marah ke mesin boleh aje ketuk mesin ke ape ke. tapi kerja dengan manusia ni kalau terlebih marah karang jadi lain. orang nampak kerja Receptionist ni mudah, duduk kat kaunter, angkat telefon, jalan hantar surat masuk. selebihnya mengadap lappy. 

tapi yang orang tak nampak? mental dan emosi cukup kuat kena jaga, ada ketikanya bila telefon masuk keluar bertalu-talu sampai nak pergi terkucil pun kena tahan. nak makan minum pam susu pun semua lah kat tempat sendiri, pepandai la ko nak cover diri sendiri macam mana pun. bukan takde officemate yang boleh ganti. tapi ada ke orang yang nak layan kita punya kehendak tu hari-hari? jadi pepandai la fikir alternatif sendiri ye idak?

belum lagi orang lain yang lari dari bayar hutang, kita pulak yang nak kena berjawab. siap pesan, kalau bank call cakap je saya takde. ewahhh ko ingat aku kerja nak tolong cover ko ke tetiap hari? itu belum termasuk kita pulak yang kena maki sebab duk tolong bohong untuk diorang tetiap hari. sebab tu saya cakap tadi kerja dengan mesin lagi senang. boleh sepak terajang dah kalau bengang sangat kan. 

tapi yang bagusnya kerja Receptionist takde kerja tertangguh yang sampai kena bawak ke rumah, masuk keluar pejabat on time. masa dengan keluarga lebih banyak. kalau nak cuti bersalin ke cuti panjang ke tak gaduh serabut pk kerja yang bertimbun kat pejabat. biasa la setiap pekerjaan ada pro dan kontra nya. waima cleaner pun bukan senang kerjanya kan. 

tapi tetap bersyukur di usia 21 tahun dulu dah ada pekerjaan tetap, saya memang takde sambung U ambik degree ke diploma sebab target saya dengan kakak saya. dah kerja baru sambung belajar. yela kami mama papa sederhana je kewangan nya. nak lebih kita kena usaha dengan duit sendiri. baru lah nanti lebih hargai masa belajar (saya lah). mudah-mudahan amin.

dan 5 tahun dah duduk dekat bumi kedah ni. dari zaman single anak dara, sampai bertunang, berkahwin dan ada anak pun. tak teringin nak pindah ke tempat lain? hurmmm memandangkan bukan senang nak cari pengasuh yang baik sekarang ni. niat tu ditundakan dulu, lagi pun bidang saya ni bukan senang nak berpindah randah. 1 negeri 1 je ada, kena tunggu la naik gred lain baru boleh berangan nak tukar ke mana pun.

lagi pun kedah barang basah murah, makanan murah dan sedappppp. suami pun kata kita settle down dekat sini pun ok. taraf hidup takde la tinggi sangat ;))))))))) walaupun rumah dekat sini mahalnya kemain hihihihi

14 October 2014

Anak Ketiak Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


ewahhhhh kemain duofie tak hajak ummi ye!!!!! :p dalam minggu lepas tak lena tido malam anak bujang sorang tu. merengek menangis merap. mungkin panas, berpeluh kepala dia. saya pun tukar kedudukan kami. pun sama merengek jugak. aduhhhhhhh takpe sabar ummi, jumaat abi dah balik.

tido malam hari jumaat pun sama jugak. merengek menangis kerap. sampai la saat saya nak terkucil sangat tinggalkan aje dia menangis bersama abi. masuk bilik balik tengok sunyi sepi. dan dia dalam pelukan abi tengah sedap tido lena. aikkkkkk???? kata abi mulanya bawak naik atas badan, menangis jugak. akhirnya peluk macam mana selalu abi peluk ummi, tepuk-tepuk dan lena atas lengan abi. dan lena sampai ke pagi!!!! oiiiiiii dah ada budak nak mencantas ummi nampaknya ni!!!! :p


balik je abi jumaat tu berkepit lah dengan abi, jeling ummi sebelah mata jeeeeee. nak susu pun kena ada abi dekat sebelah dia. nampak je kelibat abi bergerak dia pun bergerak sama =.= makan dekat kedai pun. dengan saya kemain tak mau diam, bebai ape benda ntah. elok je abi ambik. dukung bawak ke depan, letak dalam kerusi makan baby balik kemain elok boleh duduk makan sekali grrrrrrrrrrrr

hurmmmm nanti kalau cari abi tengah malam lagi, ummi sental je baju abi yang berbau lagi tu kat hidung. kot boleh lena sampai ke pagi lagi :p

13 October 2014

Pool Pulak Dah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

memandangkan sekarang dah duduk rumah sendiri, weekend pun dua minggu sekali baru balik penang. makanya dah tiba la kot masa yang sesuai untuk bagi Fateh Uwais main pool. nak bawak dia swimming ke mana-mana nya ntah bila harinya yang sesuai. cadang nak beli pool dekat MR DIY je. situ kan barang murah, bijak berbelanja katanya :p tapi nampak dalam pamplet GIANT ada offer. dengan harga RM16.90 ok la tu. kecik tak kecik sangat, besar tak besar mana. pada pandangan seorang ummi baiklah beli yang sederhana cukup besar untuk Fateh Uwais kami tu saja, kalau dah besar sangat banyak pulak air nya yang nak kena isi nanti. sekarang ni semua benda kena berjimat ye dak????


pestime nak boleh mandi pool, kemain berbunga hati haaa. menjerit-jerit keriangan, sampai ummi abi pun terjerit kena tepuk air dari dia =.=" nampak tak kedudukan Nurul Iman kami(si kereta viva biru itu). abi dia sengaja parking begitu sebab takmau bagi orang nampak sangat anak dia main air depan rumah, yela karang ada pulak yang melting tengok budak seksi tu mandi :p

sekejap aje la teruja duduk dalam tu bebaik, selebihnya kerja keluar masuk pool, nak tarik getah paip tepi pagar tu pulak haaaaa. bila dah nampak jari dia mengecut kami pun bawak dia masuk dalam rumah. mengamuk!!!!! menjerit-jerit marah, rupanya dia ingat kami nak buang pi memana nya pool dia tu. nampak je abi parking pool dalam rumah terus senyap sepi. main keliling pool. perangai sungguh!!!!


dan bangun aje tido pagi nya. terus tunjuk pool. tak dapat main air, dapat golek-golek dalam tu punnnnnn jadi. memang saja pesan dekat suami tak payah buang angin pool tu. biar je anak main dalam rumah, kalau bukan dia yang main, buat rugi aje biar pool tu bersimpan. dan bertambah lagi la 'perabot' ummi dengan adanya pool dia kat tengah hall ni ;))))))))))))

09 October 2014

Review : Poliklinik Dr Marina Seberang Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kalau sebelum ni bila anak atau saya sendiri sakit atau tak sihat mesti garu kepala mana nak cari klinik yang betul-betul doktor pakar sakti puan dan kanak-kanak area seberang jaya dan alor setar. lepas insiden kat klinik sabah dulu saya tak berani nak pergi klinik yang bukan pakar O&G. kenapa? masa demam panas dekat sabah dulu, saya req ubat khas untuk BF Momies. sejak preggy dan BF baby saya memang tak berani nak makan ubat sebarangan tanpa nasihat dokte. yela takut effect pape pada anak saya pulak nanti. tapi kata dokte dekat klinik sana, ubat saya memang tak boleh BF baby. seminggu saya on antibiotik saya kena pam dan buang susu saya. gila tak sedih ko nak buang susu macam tu je. memang tak la ummi nak makan ubat tu =.=

tiap kali nak ke refer pasal anak atau saya kitorang mesti sedaya upaya balik ipoh dulu. selalu refer dengan Klinik Dr Raoofah dekat meru sana. tapi sejak awal Januari dulu baru perasan ada satu klinik O&G area rumah suami dekat seberang jaya, taman sembilang. berdekatan tesco extra seberang jaya. 

dah jadi macam klinik panel kami anak beranak pulak. servis memang tip top. dokte Marina yang mesra dan terangkan secara terperinci tentang sakit kita. punca apa dan macam mana nak handle selain dari makan ubat yang dibekalkan. ubat dari Poliklinik Dr Marina pun sesuai dan serasi dengan kami. bak kata suami. kalau kereta tayar pecah tapi pergi kedai tinted cermin ape jadi? sama la macam kalau kita sakit puan tapi kita pergi klinik biasa mesti kurang menjadi effect ubatnya kan. Alhamdulilah dah ada klinik yang senang kami nak tuju. sesape yang teringin nak scan 4D kandungan pun boleh pergi sana, ada promotion sampai disember nanti tak silap saya, kurang dari RM100 rasanya siap dapat gambar dengan cd lagi. 

08 October 2014

Jom Solat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulilah buat masa ni anak kecik si Fateh Uwais tu tak pernah menolak bila saya ajak dia solat. selalunya time saya berwudhuk saya wudhuk kan dia sekali. tapi basuh muka aje la lebihan air wudhuk ummi. ngehngehngeh. tiap kali ajak jom solat, dia akan tunjuk sejadah dengan telekung yang saya letak atas laci baju. selagi saya tak pakai telekung selagi tu dia tunjuk2 hulur telekung dekat kita. hampar sejadah kecik dia, hampar sejadah saya dan solat la kami berdua.

biasanya memang sekejap je dia duduk atas sejadah dia, lebihnya menyempit dekat sejadah ummi =.= kalau dulu cukup susah hati bila nak solat, mesti dia menangis macam orang tinggalkan dia, tapi alhamdulilah berkat usaha, doa ummi. sekarang ni tiap kali solat, lepas dia solat, dia diam main sorang diri, tak pun bergolek guling atas sejadah. tiap malam, sebelum tido lepas baca doa tido sama-sama dengan dia saya akan bisikkan kata-kata ni "kita orang islam, kita kena solat, bila ummi solat sayang tak boleh nangis, sayang kena duduk diam-diam solat sekali. kalau tak solat nanti Allah marah, nanti Allah tak sayang" setiap malam bila dia dah mula lali nak lena, masa tu la saya bisikkan perlahan. Alhamdulilah usaha ummi diperkenankan Allah. syukur sangat.


bila dengar azan dekat tv pun, dia berdiri depan tv, tadah tangan macam orang baca doa. habis azan dia pun aminnnnnn. Allah sejuk nya rasa perot ummi ni anak oi. doa ummi moga sampai bebila la awak rajin solat macam sekarang ni. pantang nampak kain, berdiri, tadah tangan, amin. bila dia nanges pun, ajak solat. automatik diam. pergi dekat sejadah, 'solat'. 

Ummi takde cara tersendiri nak mendidik mengasuh anak, cumanya ummi sedaya boleh ikut sunnah Rasullulah. Moga anak ummi membesar jadi anak soleh. jadi hamba Allah yang patuh perintahNya, tinggalkan semua laranganNya. amin

07 October 2014

Fateh Uwais turn #1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

14 September 2014

macam yang dirancang awal dulu, Akikah anak buat kenduri dekat penang, dan majlis hari jadi Fateh Uwais yang fisrt buat kat ipoh, rumah mama papa memandangkan takde majlis dia dekat rumah tok opah lagi. makanya cuti Hari Malaysia dulu kami bercuti dekat 5 hari dekat ipoh. paling seronok ummi la boleh balik kampung lama hahahahaha :p. sebenarnya entry ni dah lama draft tapi sebab selalu lupa nak copy gambo dalam hp suami, jadilah entry throwback hihihihi.


berdebar sebenarnya pestime buat besday party anak ni. agak kelam kabut la jugak. tak sempat nak tangkap gambo satu-satu, pakcu dengan wawa sampai masa kami tengah bersiap-siap. mujur makanan dah habis masak masa tu. tapi bukan salah diorang datang awal, salah kami yang terlewat sediakan semua tu. syukur la mama, papa, adik beradik tolong memasak dengan ape yang patut, kalau tidak mau pengsan nak sediakan semuanya sendiri.



kek utama takde, sebab niat awal, nak mintak opah buat pulut kuning, makan dengan rendang ayam. papa(abang ipar) bentukkan pulut menjadi tiga tingkat. pasal ada 3 orang yang sambut besday sekali Uwais,saya dan abang ipar tersebut. kegemaran ummi lah pulut kuning dengan rendang ni. kalau pulut putih tu kurang sikit pasal kaler takde kot hahahahaha :p

kek, saya dah buat sesiap hari sabtu lagi. Kek Keju Jepun dengan Karamel Coklat Moist. disebabkan Kek Keju Jepun terasa muak makannya, makanya kita variasikan dengan filling strawberi dan nutella. Karamel Coklat memang ummi yang teringin nak makan jugak. Alhamdulilah dedua tu habis, takde membazir. kembang hidung bila orang puji kek sedap. ngehngehngeh :p

Menu lain, bihun sup. itu pun jenuh la hari sebelum majlis mama duk tukar-tukar menu. mee hailam la, bihun goreng la. tapi akhirnya menu ummi jugak yang menang, heiiiii ini sape punya besday yang sebenarnyaaaaaa kahkahkah :p

terima kasih pada semua sedara mara yang sudi datang, kengkawan. Pakcu, Wawa, Fadil, Ruzz, Mu'adz yang menangis kena tonyoh pipi, Liza, Hazraf, Muslim yang tersangat lah pemalu, Cik Nia, Cik Ros, dan semua yang terlibat. tak panggil ramai pun, panggil mana yang terdekat sahaja. insyaAllah ada rezeki lebih tahun depan kita bukak khemah pulak ye ;)



Mak Abah mengasuh dia dah plan, tahun depan nak beli kek dekat adik memandangkan kakak pun dah habis belajar. boleh sambut besday adik dekat rumah depa tahun depan. setahun lagi tuuuuuuuu, syukur mereka sayangkan anak kami macam anak sendiri. mana nak cari kasih sayang sebegitu kalau bukan Allah yang lorongkan kan? moga ukhwah kami berpanjangan sampai syurga, dan moga Fateh Uwais tak lupa pada family dia yang satu ini. amin amin.

Fateh Uwais moga dirimu menjadi hamba Allah yang soleh, yang taat perintahNya, tinggalkan larangNya. semoga peribadimu sehebat Sultan Muhammad Al Fateh dan Uwais Al Qarni. amin amin. tak salah kita doakan yang bebaik untuk khalifah hati yang seorang kan? ;) we love you laling!!!!!

02 October 2014

Bila Terhantuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

bila dah makin besar ni makin banyak akal dia. agaknya sentiasa sel-sel otak berhubung. yela umur sekarang la otak fresh senang terima macam-macam kan. selalunya kalau dia terhantuk atau terjatuh mana-mana selain pujuk, cara nak tenangkan dia dengan "pukk" benda tu. "amboiiiii biasa dia buat anak ummi" sambil tangan duk tampo benda alah tu. dan Fateh Uwais tu pun diam, dan bangun sambung main balik. 

weekend lepas masa abi dia mandikan. terlompat-lompat dalam bilik air dan terhantuk dekat kolah air yang plastik tu. Opah kata terus dia tampo kolah tu. tiga kali tampo, bila abi gosok kepala dia, still dia menapo jugak sampai lah abi pun tampo kolah tu. baru senyap tak marah dah. manja!!!!



kemarin, masa saya tengah makan. fevret dia masuk bawah meja. terhantuk jugak pasal orangnya dah tinggi. terus marah meja. "nangan lah!!" gosok kepala, tampo meja. mulanya saya tak perasan. bila dah dua tiga kali dia sebut jangan tu baru perasan. hahahahahaha pasal ape la awak ni comel sangat yayang oiiii, geget karang baru tau :p bila tanya kat dia, meja buat yayang ke? terus dia ia kan. hihihihhihi. tapi saya bagitau la jugak kenapa yang terhantuk, sape yang salah sebenarnya, takut nanti dia duk ingat diaaaaaa je betul. huuuu. datang ofis pun still ummi gelak teringat peel dia tu hihihi.

tatau la nak hepy ke atau susah hati. takutnya nanti kalau orang tak sengaja buat dia, dia pukk jugak orang tu. dah la bila tangan kecik tu penampo orang sakit kemain =.=" tapi yang baiknya, kalau ada sesape yang sengaja buli dia, boleh la dia pandai protect diri sendiri, takde jadi mangsa buli dah kannnn :p

01 October 2014

Selamat Hari Lahir Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

bukak post entry dari pagi semalam lagi, tapi ape pun tak keluar. mana nak keluar dah kalau sibuk ulang tayang bideo anak sendiri. kahkahkah. dah terlewat tiga hari pun. alhamdulilah 28 september lepas genap umur ummi Uwais 26 tahun. alhamdulilah usia 26 tahun segala kebahagiaan dah dapat. keluarga yang bahagia, keluarga mentua yang baik, suami yang cukup sempurna dimata saya, anak yang membahagiakan, kawan sahabat teman yang menyempurnakan kehidupan. syukur alhamdulilah

masa mengandung 9 bulan dulu, kemain mengembang haaaaa

special thanks to mama tersayang. yang dah bersusah payah mengadung, melahirkan menjaga, mendidik dari kecik sampaiiiii besar panjang. walaupun diri sendiri dah berkahwin, ada anak. tapi kasih sayang mama tak pernah berubah. saya dah jadi ummi baru lebih memahami penat lelahnya dan pengorbanan yang dah mama papa buat. sebenarnya nak celebrate besday ni orang terpenting yang kena ada adalah mama. sebab dia yang dah bersusah payah lahirkan kita waktu awal dulu. jadi adik-adik mana yang ada baca entry akak ni, tak payah la buang masa celebrate dengan kawan. boleh tu boleh tapi utamakan ibu. diorang yang dah bersusah payah untuk kita selama ni. terima kasih mama, segala kasih sayang dan cinta mama pada ya takkan mampu ya terbalas walau sampai akhir nyawa. 


papa, terima kasih jugak atas segala pengorbanan. bila tengok suami berkorban, berkerja keras, luahkan segala perasaan pada anak. baru lebih sedar segala pengorbanan papa. sama jugak macam mama, dari dalam perut dah berkerja keras cari duit untuk beri yang terbaik pada anak, walau anak dah nak masuk empat (masa tu), papa orangnya bukan jenis mudah menunjukkan rasa sayang pada anak, tapi saya tahu dan yakin jauhhhh disudut hatinya. sayang papa pada kami semua juga tak berbelah bahagi walau kami sudah berkahwin. 


suami, anugerah pinjaman kiriman terindah dari Allah untuk saya dan anak. orang lain mungkin nampak dia banyak kekurangan tapi disebalik itu segala kelebihan dan kebaikan dia hanya Allah yang tahu. macam mana susahnya dia menjaga kami, melayan seorang wanita yang cukup asing dalam hidup dia sebelum berkahwin. membahagi masa demi tanggungjawab dan sayang. syukur alhamdulilah walau kami jauh tapi saya tak pernah rasa kurang kasih sayang, tak pernah rasa sampai nak cari perhatian tempat lain. sebab? dia beri lebih dari cukup perhatian untuk kami dua beranak walau kami jauh. moga Allah terus jaga hati abang untuk kami. amin.


dan anak, Allahuakbar itu hadiah paling terindah dalam hidup saya. hadiah yang palingggggg tinggi nilainya. dia lah madu, dia lah racun, dia lah penawar. segalanya dia. kuatnya saya disini, hanya kerana dia. senyuman dia bukan sahaja menggetarkan jiwa, menenangkan hati, mencairkan segala perasaan. syukur alhamdulilah Allah kirimkan kami anak yang sihat, bijak pandai, baik, dan segalanya lah. 

terima kasih Allah atas segala pinjaman ini. moga diri ini terus bersyukur, tak merungut, berusaha menjadi lebih baik dan meninggalkan segala yang dilarang. moga diri ini terus kuat dan bersemangat. amin amin. 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...