Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 December 2015

MBO Cinemas Central Square Sungai Petani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

panggung baru bukak dekat sungai petani. tak jauhhhh dari loqstaq dan seberang jaya gituuuuu. motif? kalau hari cuti senang la kalau kot tetiba nak merasa nengok wayang dekat panggung baru kan hewhewhew. 

sabtu lepas #ProjekBloggerUtara berpeluang sama-sama merasmikan MBO Cinemas dekat Central Square Sungai Petani. amboiiii meriah nya tengok haaaaaa


auchhhh confirm empuk kerusi ni haaaa. baru pulak lagi tu. belum tercemar dengan bau bau kepam oppsssss kihkihkih :p


pakat-pakat senyum sampai telinga semuanya. nak pulak masa hari kejadian artis undangan kumpulan adik beradik Zero tu haaaaa


En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dah Jualan MBO Cinemas) memberikan ucapan aluan semasa sesi movie screening di dalam dewan pawagam. sesi ini adalah sesi khas untuk wakil media & tetamu jemputan sahaja :)

ok meh nak bagi sedikit info

MBO Cinemas Membuka Tirai Terbaru di Central Square, Sg. Petani | Event Review by #projekbloggerutara

MBO Cinemas Membuka Tirai Terbaru di Central Square, Sg. Petani | Event Review by #projekbloggerutara | 

Alhamdulillah, #projekbloggerutara diberi kepercayaan untuk review pembukaan rasmi MBO Cinemas, Central Square, Sungai Petani, Kedah, pada 26 Disember 2015. Rezeki jangan ditolak kata orang ;)

Tarikan Terbaru di Sungai Petani, Kedah | MBO Cinemas Central Square Sg. Petani


Tarikan Terbaru di Sungai Petani | MBO Cinemas, Central Square, Sg. Petani | MBO Cinemas telah membuka pawagam terbarunya bertempat di Central Square, Sungai Petani yang merupakan pawagam ke 26. Sehingga kini MBO Cinemas menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara. 

MBO Cinemas, Central Square menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk dengan dewan terbesar yang mampu menampung sehingga hampir 300 orang. En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dah Jualan MBO Cinemas), berkata pada majlis pembukaan rasmi: 

"Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central di Kulim. Kami ingin memberikan pengalaman terbaik dalam hiburan filem kepada penduduk sekitar Sungai Petani dan rakyat Kedah serta pengunjung dan pelancong ke kawasan utara."

Pawagam MBO di seluruh Malaysia manawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Antaranya adalah :

  •  merupakan pawagam pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin
  •  menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan
  •  menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi
  •  selain ganjaran teknikal, pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli AllStar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eklslisif premium
  •  merupakan satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem percuma pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli)
  •  tempahan tiket atas talian yang mudah & boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma
  •  harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D
  •  menerapkan konsep 'Blockbuster Setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster sertiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama


Riang Ria di Hari Raya #eh3 :p Perasmian | MBO Cinemas, Central Square, Sg. Petani | #projekbloggerutara telah sekali lagi di beri kepercayaan oleh pihak integrated Public Relations (iPR) untuk bekerjasa dengan sebuah lagi syarikat ternama di Malaysia iaitu pihak MBO Cinemas. 


Kali ini #projekbloggerutara berpeluang membuat liputan sebagai wakil media untuk perasmian MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani, Kedah. 


MBO Cinemas Central Square
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru,
Taman Patani Jaya,
08000, Sungai Petani, Kedah

Laman web rasmi :


Pentas Perasmian Hari Berkenaan


Kaunter Pendaftaran MBO Starclub

sesiapa yang memang kaki wayang tu boleh lah mendaftar sebagai starclub. banyak ganjaran yang menanti dengar ceritanya


Kaunter Tiket MBO Cinemas Central Square Sungai Petani



rezeki rezeki :D


Acara memotong riben sebagai simbolik perasmian MBO


Ruang menunggu yang selesaaaaaaaa sangattt 



arghhhh malas lah tengok gambar dorang ni.......... kofkofkof :p



Sporting uolsssss





dah dah malas nak cerita banyak. sekarang save the date dan sila list kan movie yang korang nak tengok dekat sana haaaa. sekarang movie Diwale tengah trending kan? ape lagi save the date cepattttttt ;)


post signature

28 December 2015

Kisah Khalifah II : Adik Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

20 Sept 2015

Alhamdulilah doa ummi nak bagi Fateh Uwais adik Allah makbulkan alhamdulilah. 16 sept lepas saje ummi check UPT test tu haaa lepas seminggu lewat period. mulanya takmo mengharap sebab takut nanti kecewa sobssss. tapi lepas dah seminggu hati terus melonjak-lonjak nak test UPT hewhewhew. oh ye satu lagi tips nak check UPT. sila check di waktu pagi lepas bangun tido. sebab air kencing waktu pagi2 tu lebih ber alkali. makanya resultnya lebih cepat, pantas dan diyakini. insyaAllah.




dan Fateh Uwais bila dapat tau ada adik terus berubah sikap dia huhuhu. jadi lebih agresif, manja dan merap. sampai kadang rasa tak boleh nak kawal tapi alhamdulilah masih dalam kawalan. ketahuilah Fateh Uwais walau ape pun awak tetap yang pertama di hati ummi abi. cinta dan kasih kami tak pernah berubah walau sekelumit pun. 

sengaja kami rahsiakan kewujudan adik uwais pada public. dekat family. hanya kami yang simpan sendiri. sebab takut jadi apa-apa sebab masih terlalu awal. dan risau kalau ada kawan-kawan, sedara mara yang belum punya rezeki 'itu' rasa sedih atau rendah diri. keputusan kami. biar dorang tau sendiri nanti samada dari diri kami atau tetiba ternampak adik baby uwais dalam perut ;) 

Doakan kesihatan kami sekeluarga, terima kasih :)

20 Weeks 4 Days


post signature

17 December 2015

Kembo Siam Abi Perangai Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



tengok tu kembo siam abi. melekattttt jela dengan abi dia. tido tengah malam pun boleh merengek cari abi dia kalau takde bau abi ppfffttttttt

tapi Fateh Uwais ni sebijik memang perangai ummi. nak kata perangai abi tu boleh bilang dengan 5 jari je rasanya. perangai abi yang dia ikut. tiba-tiba menyusup atas lantai tengah tido. sedar-sedar terbaring atas lantai padahal tengah tido tu. perangai abi dia la tu. dan ummi tengah malam pun boleh menyinga kalau tengok anak beranak tu tiba-tiba terbaring atas lantai. TAK SUKA!! lepas tu terkulat-kulat dua orang tak paham apa salah deme kihkihkih



biar dia dulu yang menyapa say hai dekat orang. perangai ummi la tu hahahaha. kalau kemana-mana ke ape ke dulu masa zaman otak tak center lagi. tak berapa suka orang mai approach kita dulu, kita approach orang takpe. macam Fateh Uwais la sekarang kalau balik kampung. opah tu berlari-lari la nak sambut dia balik. rindu cucu. tapi dia punya sombong siap menangis peluk abi takmo lepas. macam tak kenal je tu opah dia. tapi bila opah tu sorang-sorang tengah buat kerja dia datang pelan-pelan peluk opah dia. "adik sayang opah, adik bukan combong(sombong), adik rindu opah. opah jangan sedih tauuuu" kehkehkeh perangai ummi la tu. nak kategori ape pun tatau kahkahkah :p

selalu jugak pesan dekat mak ngasuh dia. barang menan kalau anak2 mengasuh mak nya yang lain nak main sama mintak izin Fateh Uwais dulu. kena mintak izin tak boleh main rabut je ambik. memang sampai ke balik la takkan dia bagi budak tu sentuh mainan dia langsung. Fateh Uwais tak kedekut tapi dia tak suka orang macam 'curik' barang dia. macam kakak yati anak mak mengasuh dia aritu. saje lah ambik koko krunch dia sebijik dari dalam bekas. mungkin tak mintak izin dia. terus dia bebai marah suruh letak balik. dah mengamuk tu bebai takmo makan dah koko krunch tu!! huuuuuuu perangai ummi jugak la tu. kalau ambik barang tanpa izin memang hazab la ko nak dengar aku mengamuk membebel kehkehkeh 

kalau katanya A tak payah la mimpi nak ubah jadi B kecuali kalau pandai pujuk. pandai pyscho. keras kepala sebijik macam ummi. ummi dulu opah pun payah nak pujuk bagi jadi C dah kalau ummi kata D. sejak kawen dengan abi uwais baruuu lah ada sorang yang boleh nak ubah kata putus tu. tu pun jenuhhh pyscho hahahahaha. Uwais ni pun antara ummi dengan abi. abi yang paling boleh handle keras kepala dia tu. tapi tak la macam nak lori mahal tu kena lori mahal jugak. boleh je beli lori murah sikit tapi tula kena pandai pujuk pandai pyscho

"kalau nak tau bayangan sayang tu macam mana. cermin dekat anak tu. macam mana anak, macam tula diri sayang" kata suami. yekeeeeee???????? kofkofkof :p


post signature

16 December 2015

Surah-surah amalan ketika hamil

Assalamualaikum dan Salamm Sejahtera


kata ustazah nak melahirkan anak yang hebat kena mula dari ibu bapa yang hebat. antaranya masa mengandung amalkan surah-surah yang berkaitan. baca Quran. cakap yang baik-baik. fikir yang baik-baik dan amalkan pemakanan yang baikkkkk

saya ni bukan la baik sangat punnn tapi sebab tau diri tu tak baik mana seboleh mungkin didik anak jadi orang baik2 huuu moga Allah perkenankan. amalkan surah kat atas ni. lagi satu time kerja kat ofis ke dekat rumah ke pasang la surah-surah dari al quran. dengarkan anak dengan bacaan ayat suci al quran dari dalam kandungan lagi.

dunia sekarang dah tak lama, dah akhir zaman pun kita. moga nanti doa anak-anak soleh solehah hafiz hafizah ni mampu menyelamatkan kita dari api neraka. amin. korang ada lagi tips nak didik anak soleh? marilah kita kongsi bersama2 ;)


post signature

15 December 2015

Drypers Point

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




ohoiiii bukan mudah nak kumpul sampai seribu tu haaaaa. dari dulu lagi tau yang drypers ni boleh kumpul point. tapi tatau mana nak ambik point tu. cuma yang tau point ada dekat plastik drypers tu sendiri. pulun la ummi gunting hat yang ada jumlah point dekat kod bar dia tu. rupanya bukan!!! sighhhhh


tu haaaa rupanya unik kod yang dorang suruh kita kumpul tu. tau pun dari blog Kak Zai dulu. Fateh Uwais dah setahun lebih jugak la baru nak tau dekat mana unik kod tu. tetiba teringat segala beg pampers yang dah buang tu. sayangnyaaaaa sobssss. tapi bak kata suami dah bukan rezeki kita. huuuu. mana nak dapat unik kod drypers? ada dalam plastik beg drypers tu sendiri. bahagian dalam area kod bar tu jugak. belakang tulisan yang banyak2 tu. langkah selamat gunting plastik tu terbukak jadi dua dan cari unik kod dalam tu. biasanya unik kod ni memang tempat dia area yang sama je. senang nanti nak gunting plastik yang lain pulak bila dah tau area mana kan.


apa yang bestnya bila collect point ni? korang boleh tukar dengan bermacam hadiah yang dorang senaraikan tu. tapi nak tukar pun biar la berbaloi. kalau setakat wet tisue dengan bedak tu rasanya beli dekat luar lagi murah kot. macam saya lebih memilih tukar point dengan pampers. 


macam ni haaaaa. first time ada point 850 aritu terus cepat-cepat tukar dengan pampers XL ni haaaa. lepas la Fateh Uwais nak pakai dalam dua tiga hari. hihihi. dan korang pun boleh jugak req sample pampers dekat dorang. setiap req gap dalam 6 bulan macam tu rasanya. bagi pengguna tegar Drypers macam saya ni korang boleh register sebagai ahli di web Drypers ni. ye kena register dulu baru boleh collect point. jimat la sikit kan ;)


post signature

10 December 2015

Sri Senangin Village : Chalet Di Teluk Senangin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



hari ni nak share pasal chalet yang kitorang menginap weekend lepas pulakssss. pintu masuk ke teluk senangin ye kawan-kawan. kawasan sana ok tapi mungkin sebab tak ramai orang jadi infrastruktur tak berapa berkembang macam dekat Teluk Batik. jiran sebelahnya. masa saya pergi beberapa belas tahun dulu, time sekolah lagi. tandas pun takde. cuma berharap dekat air perigi dan sekeliling perigi orang awam gantung kain buat tempat salin baju dan buang air kecik. tapi sekarang dah nampak tandas yang didirikan(tatau bersih ke tak sebab tak guna pun) tepi-tepi jalan pun ada dah kedai-kedai yang jual pelampung cenderamata semua tu.



sebenarnya sebelum jalan masuk ke Teluk Senangin takde sebarang signboard pun macam nak ke Teluk Batik. lagi 3 kilometer nak sampai simpang ke Teluk Senangin baruuuu nak nampak signboard nya. jadi kalau naik dari jelapang korang terussss je sampai ke Air tawar dan nampak sekolah warna kuning kat simpang 3 traffic light tu belok ke kanan. dan terusssss lagi sampai jumpa simpang 3 yang ada BHP petrol sebelah kanan. ambik kiri dan nanti akan jumpa signboard ke Teluk Senangin. atau nak lagi mudah sila pasang waze. hewhewhew :p



dan kami menginap di sini, Sri Senangin Village. chalet tepi pantai. betol2 tepi laut. 


chalet kami. Family Suite semalam RM250. lengkap dengan aircond, tapi takde bilik-bilik kecik macam homestay yang biasa untuk family suite tu.


pandangan hadapan chalet kami. ada siap pondok kecik untuk bbq. cuma pondok bbq tu lantai dia dah rosak. kena lapik dengan zink yang berdiri tu haaaa. alatan untuk bbq tak disediakan ye. kalau nak kena sewa dengan pihak chalet. dan make sure kalau nak berholiday bawak sesiap plug extension ye kawan-kawan. tak payah berebut plug nak cas hp ke bateri kamera ke. chalet dia sediakan dua port plug. satu dalam rumah satu lagi dekat luar. 




haaaa kan dah kata chalet betul-betul depan laut. bukak pintu dan berlari la ke laut sana. tido malam pun boleh dengar menderu-deru ombak memukul pantai cewahhh ahahaha. sebab tula si Fateh Uwais dah tak sabar tergedik-gedik nak main pasir pantai, nak mandi lautnya. celik je mata bukak pintu nampak lauttttt


ada dua katil queen


2 tilam single yang dah dicantumkan. budak kecik tu kemain seronok melompat dari satu katil ke satu katil. yela selalu lompat satu katil je kali ni berderet-deret katil bersusun haaaa tak habis-habis mulut tu sebut "sonok la ummi abi, adik suka la" hihihihi


sebuah katil single. dan ada tv sekali. tapi hari tu tak sempat pun nak bukak tv nak tengok chanel ape je yang ada hihi. ohh ye tingkap tu takde langsir ye kawan-kawan. pandai2 la korang gantung tuala dekat situ buat langsir.

kalau ikutkan bilik ni boleh muat maksimum 12 orang. tapi kami hari tu ada 10 dewasa dan 5 orang kanak-kanak. berhimpit-himpit la jugak tidonya tapi takpe la untuk satu malam ok la. bila lagi nak rasa berhimpit2 adik beradik kan hihihi


kipas ada aircond pun ada. walau duduk tepi laut tapi rasa berbahang tu tetap ada. dah pkul 4 pagi baru bagun perlahankan kelajuan kipas.


ada pintu keluar ikut bilik air. jadinya kalau baru naik dari laut boleh terus masuk ikut bilik air untuk cuci badan cuci segala pasir yang melekat dekat kaki


bilik air besar, bersih dan selesa. lantai pun tak berlumut. cuma takde alas kaki tempat nak lap-lap kaki dari pasir pantai atau sewaktu dengannya


cumanya dekat chalet ni semua pun kena sewa lain kecuali bantal, katil, tilam dan yang telah disebutkan awal ni la. tuala kena sewa, tapi takpe la sebab memang biasanya kita bawak towel sendiri. tapinya bila selimut pun kena sewa macam hurm hurm la jugak. takde sehelai selimut pun yang disediakan. pandai-pandai la korang nak selimut tengah malam tu pakai kain batik ke pakai telekung ke atau pakai towel korang sendiri. bagi saya pihak chalet patut sedia setiap katil sehelai selimut sekurang2nya. rasa nya takde sape nak curi bawak balik kot. kot lah. 


dapur ada. tapi gas kena sewa ye kawan-kawan. makanya sesiapa yang ada dapur kecik untuk travel tu sila bawak. kalau tidak jadi macam kami hari tu. nak menumis pun dalam periuk nasi. bila berjalan ramai-ramai satu family kami lebih prefer untuk masak dari makan dekat kedai atau beli. makanya bila nak menyewa mana-mana memang kami tanya sesiap ada dapur tak. tapi tak sangka pulak gas nya kena sewa huhuhu. 


kawasan sekitarnya luas. chalet kami yang paling hujung. jadi kawasan parking tu lebih luas untuk kami sekeluarga. cumanya kena datang awal la. kalau tidak kena berebut jugak parking dengan pengunjung yang lain. 



cuma yang bestnya bila kita menginap dekat chalet. laut yang depan chalet tu umpama private beach. tak berebut dengan pengunjung lain. macam entry saya yang semalam tu. chalet ni ok. selesa la. cuma ada la sedikit kepincangan macam yang saya sebut dekat atas nunnnnn. dan ada lagi satu masalah lalat. bagi kami lalat tu bukan salah pengurusan chalet. mungkin ada yang bela ayam atau apa-apanya kan. tapi tula lalat tu memang sungguh mengganggu sampai kena pasang ubat nyamuk la siang-siang hari sebab nak halau lalat mengganggu anak-anak tido huhuhu. Fateh Uwais tu bukan boleh kalau lalat lalu-lalu dekat dia time tido. mengamuk sakan budak tu. 



semoga ada lagi rezeki lebih lepas ni nak bercuti-cuti mesia. tapi mana tau terlebih rezeki boleh bercuti-cuti luar mesia pulak kannnssss. aminnnn hihihihi ;)


nahh untuk korang yang mungkin nak menyewa disini jugak. atau jenguk fb dorang untuk tengok gambar-gambar dan perkhidmatan yang mereka sediakan jugak



post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...