Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

03 December 2015

Resepi Ayam Masak Jawa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ayam Masak Jawa @ Ayam Masak Ungkep. sama je bendanya cuma sebutan je lain. first time makan dekat rumah Mak Munet. dah jatuh cinta. dan tiap kali mak munet buat mesti panggil saya datang rumah dorang sampai la dah bersuami beranak pun sama. bila dorang buat ayam jawa je ada la muka saya dekat sana hahahaha. pernah masa pregnant dulu dorang satu family singgah ofis hantarkan bekal ayam masak jawa tu untuk saya. ohhhh tetiba rasa disayangi muahahahaha

try google resepi ayam masak jawa ada seketol je kot resepi yang keluar tapi bila try langsung tak sama rasa dia. dah jadi ayam masak halia je haaa. sooooo sad. dan tetiba bulan bila ntah nampak Ummi Ruzz post gambar ayam masak jawa dia terus lelaju mintak resepi hahahaha

padan la ummi uwais tak jumpa resepi ayam masak jawa rupanya nama sebenar dia Ayam Masak Ungkep adehhhhh hahahahaha. tapi sebab bahan dekat rumah tak cukup dan terlebih bubuh bijik ketumbar jadi lain sikit. tapi nice try kata suami. rasa tetap sedap. ohh terubat kembali rajuk di hati hahaha. next time beli bahan bagi cukup dan kita cuba lagi ;)

Bahan-bahannya :-

  • ayam
  • serbuk kunyit
  • garam
  • serai
  • asam jawa
  • gula
  • bawang putih *
  • bawang merah *
  • halia *
  • biji ketumbar *
  • jintan manis *
  • jintan putih *
  • kunyit hidup *
  • cili padi *
blend bahan bertanda *

Cara-caranya :-

  1. perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam dulu. 
  2. panaskan minyak dan tumis bahas bertanda * sampai naik bau. 
  3. masukkan serai yang dah dititik
  4. masukkan ayam dah diperap tadi
  5. gaul dan masak sampai ayam sebati dengan bahan tumis
  6. tambah air, garam dan gula. tutup kuali biar sampai ayam masak elok dan jangan lupa kacau2 karang hangus pulak hihihi
selamat mencuba!!!!!



post signature

18 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk sdp..hihi

Siti Nurzafirah said...

ayam melayu tadak ka? heee

nanti nak try buat jugak..

idzwa kamaruddin said...

alaa terbaca time ni pulak..dah la tak makan lagikk..nak sepinggan!

el said...

leh cuba ni kira..sedap nya

aizamia3 said...

Akak pun suka tapi tak pernah sekali pun masaknya.. ekekeke..

zarul farhana said...

pernah dgr ungkep ni.. mmber johir pernah ckp.. ayam hutan kot dia buat masak ni....

Ardilla Noorezan said...

Nampak macam ayam rendang! Hehe

Nurhuda Ismail said...

senang je resepinya. nanti kene try ni

LM said...

Oooo nama lain bg ayam ungkep ke? Baru tau

tiga lalat said...

sedap tu makk., rajinnyerr

Cik Ash said...

Boleh cuba untuk hari ini hihihi

aryan azra said...

sedapnya...tak pernah try buat lagi

hainom OKje said...

Yezza .....ayam masak ungkep....kalau daging lagi sedap tau Kiera. Tak caya cuba!

Dunia Zumal said...

Jawa pun tak tau masakan nie, hehe ^-^

iryanty ahamad said...

akak suka ratah ayam masak ungkep

cikpinz said...

Orang jawa pun tak penah nak amsak resepi ni hehe

Siti Yang Menaip said...

dapnyeee kak.. bila nak open house eheh..

zai zamree said...

mmg sedap...hr tu pon dh try...igt susah rupanya sng ja resepi dia

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...