Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
nampak tak flat tinggi tu? taman kami berjiran dengan flat tinggi tu. antara flat dengan taman ada la berelung-relung jugak sawah yang jadi sempadan ;D flat yang tak boleh duduk sampai sekarang walau tengok dari luar dah siap elok. tatau apa masalah dia. tak dapat CF lagi gamaknya.
aritu ada cerita yang petang-petang sebelum berbuka time bulan posa dulu kitorang selalu jenjalan kan. ada yang tanya rumah dekat kawasan bendang@sawah ke? iye, rumah sewa kami memang dikelilingi sawah kalau tengok dan perhati betol2. jalan nak masuk ke taman rumah walau ikut jalan belakang atau depan memang kena lalu ikut sawah dulu. bukak tingkap ambik angin sepoi2 sawah gituuuu hihihii. sekarang dah masuk musim menuai lepas tu bakar jerami nanti bau pulak asap jerami tu. asap jerami bau tak menyakitkan hidung macam bau bakar sampah tu haaa. cumanya habuk bakar jerami tu je yang buat sakit mata nanti. masuk dalam rumah ikut celah bawah pintu. ada yang kata gatal kalau kena habuk jerami tu. sebab kawasan rumah yang dikelilingi sawah saya lebih suka duduk area kuala kedah ni. alhamdulilah buat masa ni tak pernah kena banjir lagi.
port kami lepak petang-petang. tengok itik berenang. itik jabatan pertanian bela rasanya. banyak sangat. jadi la habuan Fateh Uwais cuci-cuci mata tiap petang. budak tu dapat tengok itik ayam kambing pun dia dah suka sangat dah. duduk kawasan kampung setakat ayam itik kambing angsa tu memang senang la nak nampak. tapi yang tak syoknya kambing situ suka masuk rumah orang. makan daun-daun pokok orang tanam. owner lepaskan dorang bebas. siap naik atas kereta orang sebab nak makan daun pokok tinggi >.<
ajar anak naik moto petang2. nanti anak tu manja, tak dapat bebai. alhamdulilah setakat masa sekarang bila hujan atau tak larat nak keluar petang-petang bila terangkan dekat Fateh Uwais dia akan paham dan tak pernah memberontak bebai. mudah2an sampai ke besar la dia gitu, boleh paham situasi bila terangkan. kitorang saje nak reward dia. dah kena tinggal 9 jam dekat rumah mak pengasuh. balik rumah pun kita bukan boleh tengok dia setiap jam setiap minit. nak kena selesaikan tanggungjawab dekat rumah jugak. makanya ambik masa setengah jam reward dia tengok itik, main dekat playground. jadi la ambik hati dia balik. tapi bila tak dapat tengok itik hari tu. besok pagi-pagi lagi dia dah peringat dekat abi "adik nak tengok itik" hewhewhew :p