Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 August 2015

Mengubati Selsema dan Batuk Anak Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sape je yang tahan kalau anak kecik tengah selsema kan. tengok hidung berlemoih, dorang nak bernafas terganggu. tambah kalau malam. lagi kesian tengok tido tak lena sebab banyak hingus kan. saya memang spesies manusia yang liat nak bagi anak makan ubat, bukan pasal Fateh Uwais tak suka makan ubat tapi diri sendiri yang macam curious lebih nak bagi anak makan ubat. tambah masa dia belum cukup 6 bulan dulu. memang cukup liat nak bagi ubat, kesian sebab nanti makanan pertama dia ubat. well, ummi uwais kan banyak peel. hihihihi

nak berhentikan selsema atau batuk Fateh Uwais biasanya saya ikut petua orang dulu-dulu je. tanya mama macam mana nak buat. google internet. try and error mana yang paling berkesan dengan budak kecik sorang tu. jadi mak-mak ni memang kena banyak try and error sebab sistem imunisasi seseorang tu tak sama. alhamdulilah Fateh Uwais kalau selsema rasi dengan kunyit + kapur. batuk pulak rasi dengan bawang putih dan madu.


Kunyit hidup buang kulit dia. kalau takde kunyit hidup tercemas tercemas boleh jugak guna kunyit serbuk. tapi keberkesanan dia tak jamin pulak sebab tak pernah guna.


Cucuk hujung pisau dengan kapur cair. kapur orang makan sireh tu. cucuk hujung2 sikit je. tujuan guna kapur untuk dapatkan air kunyit tadi. kapur tak panas ke untuk baby? sikit je. kalau sikit insyaAllah tak, sebab bukan terus sapu kapur dekat hidung dia.


Cucuk kunyit yang dah buang kulit tadi dengan hujung pisau yang ada kapur tu. cucuk2 sampai warna berubah macam gambar atas. ada air yang keluar dari kunyit tadi.


sapu terus air dari kunyit tadi ke hidung anak. dari bawah ke atas sampai ubun-ubun dia. kalau baru nak sesema insyaAllah boleh terus sembuh. tapi kalau dah lama selsema dan banyak hingus. kena buat tiga empat kali sampai kering betul. insyaAllah berkesan.

hidung dengan dahi Fateh Uwais memang kuning sesaje kalau letak kunyit ni. tapi ape nak heran. rela lagi tengok hidung anak kuning dari tengok hidung meleleh hingus. tengok dia duk salat2 hidung tu lagi ummi kesian. Uwais pun kalau selsema memang dia mintak ummi buat benda ni. "ummi, nak anee" hihihihi. anee tu ape? pandai2 la kome pikir :p


yang ni untuk batuk. bawang putih bakar sekali dengan kulit dia. sampai nampak hangus. hancurkan bawang putih tadi dalam minyak masak yang belum diguna. sapu dekat dada dan belakang dada anak. insyaAllah tak panas sebab dah tambah minyak. petua ni dapat dari kakak opis. masa dulu saya tatau. saya letak buta2 bawang putih. melalak Fateh Uwais nanges. merah2 kaki dia sebab panas. huuuuu menyesal tak sudah masa tu. rupanya kena campur dengan minyak masak. baru tak panas.

lagi satu madu. bagi minum madu satu sudu dan diikuti air masak. insyaAllah boleh sembuh jugak. jangan lupa baca selawat sikit2. doa moga Allah sembuhkan anak kita. kadang kena jugak buat petua ni semua disamping makan ubat. selagi tak mudarat pada anak dan selagi anak tu rasi. boleh je ikut mana2 cara pun. asalkan anak tu sihat dan cergas balik kan. semua pun dengan izin Allah :)



post signature

27 comments:

Zafirah Kama said...

nice sharing... ^_^

Aryan azra said...

betul tu ikut mana yang serasi dengan anak kan..

eima said...

penah dgr... penah cuba tp tak bubuh kapur

cik Anggur said...

tq kira bg tips..insyaAllah nnt nk cuba....

Zai Zamree said...

kunyit tu br pestime tgk...klau bwg tu mmg dok buat slalu...hihihi...

Unknown said...

berhasil ke kak?? klau gitu pkai ceni jelaa tak perlu dah nak telan ubat bagai.. hehehe..

iryantyismail said...

cian uwais...tq petua :-))

VitaminSuci said...

semog afateh uwais cepat sembuh. Thanks. Lepas ni boleh turunkan petua ni kat kawan2 lak. Hehe.

Izwa Kamaruddin said...

biase pakai mase baby baby je ;)

Murni Alysa said...

thanks..akak xpernah cuba cara tradisional..bapak budak2 ni kalau anak2 selsema sket terus bag neb..alhamdulillah xpernah melarat lebih 3hari..

Unknown said...

Btulla dear..akak pn cam awak..ubt2 ni mmg pyh skit nak bg...akak go natural. akak bg dorg supplement. Tp klu sakit,camnila akak akan buat...sep skit.

Jom jln2 ke blog akak..salam ukhuwah.

cik Anggur said...

mmm.....

arysha_fayyadh said...

Assalam kira,
he3
akak baru tahu petua ni
nice sharing :)

Aniey Yusoff said...

baru tau pasal petua kunyit dan kapur..kalau minyak bwg putih tu selalu dengar..boleh cuba nanti..tq :)

el said...

el sllu buat yg petua letak minyak bwg putih tu
alhamdulilah sekurang2nya xdelah serius sgt lau selsema atau demam

Anonymous said...

utk org dewasa berkesan tak?

ajax85 said...

Bgs info ini..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Lydia Miza said...

Bawang putih tu akk x tau. Nnt blh la cuba. X kan ank baby nk sumbat ubat lak kan.. Huhu.. Simpan rapi dlm otak ni walau dia x batuk pun skrg. Hehe..

Nk jd ane ke uwais? Ekeke.. Pandai dia. Rimas berhingus agaknya tu yg mintak tu

aizamia3 said...

Betul.. adakala jangan terlalu bergantung pada ubat moden bagi demam tak sihat macam ni..

OKje said...

Petua guna kunyit tu untuk selsema mmg okje tau. Anak sedara dulu mmg mak buat gitu....anak sendiri jarang buat sebab tak suka ada warna kuning tu hihi....ngengada kan mak dia....

Bawang putih untuk batuk tu tak berapa familiar

QasehnyaRania said...

sama la dgn ciksu.
selsema j letk kunyit.hbs kuning hidung, baju, tapak tgn. ciksu buat juga teknik percussion tu

untuk batuk pon sama cucuuk bawang putih.hihi.
setakat ni rania alah dgn buah anggur.

so far utk setahun ni mmg rania masih bertahan blm di beri sbrg ubat. kecuali msa demam bln mei hri tu tpksa juga bg supp. sbb suhu 39°c. pastu ada bintik merah blkg telinga.sgt risau. itupon ciksu x nk, suami yg pujuk tkut jd pape alhamdulillah.

Dunia Zumal said...

Petua yang sangat berguna nie ^-^

Fiza Rahman said...

Macam² petua. Rajin dgn tak jer. Lagi better natural remedy dari bagi mkn ubat kan.

Siti Yang Menaip said...

baru first time dengar cemni.. hehe..

Cik Ash said...

Nice info insyaAllah nanti ekin ada anak cuba hihihi

Nina Mads said...

baru tau pasal petua ni.. tak pernah cuba lg

Dr Akbar Abdullah said...

Sebenarnya, selsema pada bayi dan kanak-kanak boleh disebabkan oleh faktor intrinsik dan ekstrinsik.

Faktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
• alahan kepada diet seperti susu, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi seseorang
• septum hidung yang bengkok

Faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
• infeksi seperti jangkitan influenza
• perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
• udara yang kering

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...