Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 September 2015

Jerebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jerebu. mana-mana tempat pun berjerebu kan sekarang ni. aritu keluar malam. nampak berkabus macam keluar subuh pukul 5 pagi tu, padahal jerebu pftttttttt. minggu lepas tempat saya hilang dah jerebunya lepas hujan lebat dua hari berturut-turut. rasa legaaaaaanyaaaaaaaaa bila tengok langit cerah je. awam pun nampak menari-nari kat atas sana. 

tapi dua hari lepas pagi-pagi tengok jerebu adoyaiiii teruknya. dah macam cameron. tapi sebenarnya cuaca yang makin teruk. keluar rumah bau asap je dah. pagi semalam walau hujan lebat, tapi belum mampu nak pulihkan keadaan cuaca sekarang. pagi ni tadi hujan, doa dan berharap moga hilanglah jerebunya terus. 



macam kami yang ada anak kecik ni memang kuarantin je anak dekat rumah. main dalam rumah sahaja. takde hati nak bawak anak keluar ke mana-mana pun. risau sangat. kalau kita sakit boleh jugak nak bagitau dokte sakit dekat mana. tapi anak kecik ni mana la nak paham sangat huuuu. banyakkan minum air masak, atau air kosong. bila memandu sila pasang aircond bermode kitaran dalam kereta sahaja. elakkan berada diluar terlalu lama. ohh ye pakai topeng jangan lupa. yang kaler biru bahagian luar ye kawan-kawan. 

elakkan aktiviti membakar buat masa ini. tapi tula kedah sekarang musim bakar jerami. nak tak nak memang kena hadap situasi tu. kalau tak bakar jerami karang tak boleh pulak nak gembus2 tanah sawah tu. lambat lagi pulak proses dorang nak tanam padi nya. bertabah la nakkkkkk huhuhuhuhu.  


cuaca di tempat saya, hari ini. berada di paras sederhana huhuhu. korang kalau nak check indeks pencemaran udara tempat korang boleh klik dekat sini dan bandingkan kadar indeks tu dengan gambar first yang saya kongsikan tadi. dan sila lakukan langkah berjaga2. dan di rumah mama dekat ipoh sana, 183 darjah celcius. unhealthy huuuu 


post signature

17 comments:

Unknown said...

Ken lbh jga diri..

iryantyismail said...

Jerebu kali ni..terasa susah nak bernafas..sakit tekak..mata perit

kaknida said...

thx for info.
Kat ipoh ni pun tengah hari rasa 'berkabus' je..moga cpt redalah jerebu ni.

Murni Alysa said...

alhamdulillah Penang dah tak ada jerebu..hari2 hujan

Nora Karim said...

2 hari kat sini hujan... nampak la awan menari2... tapi sang suria masih lagi malu2 nak menunjukkan diri... huhuhu kalau ada baby mmg risau dibuatnya... anak2 saya pegi sekolah pun saya risau...

Aryan azra said...

dekat shah alam ni pun masih berjerebu harapnya ok lah lepas ni, pandangan jadi kabur bile jerebu nih hehehe

cik Anggur said...

moga semua ujian berlalu dgn cepat....

Cik Ash said...

Jerebu punca kebakaran terbuka di seberang kan

iryantyismail said...

akak pun dah lama tak keluar...jerebu tebal sangat

aizamia3 said...

Bila jerebu teruk melanda, susah hati bila anak2 ke sekolah.. tapi nampaknya makin berkurangan dan tak teruk macam sebelum ni kan.. ;)

OKje said...

Kat KL hujan Kiera hari ini.....so moga jerebu terus hilang hendaknya.

Cik Ash said...

Semoga jerebu cepat hilang.nah ya

QasehnyaRania said...

kl pon teruk balik ni
hri tu sblm blk raya dh nmpak chaya mthari. hri ni kelabu j

Aryan azra said...

udara tidak sihat, kena jaga kesihatan sebab kita pun boleh jatuh sakit dibuatnya, akak dah sakit2 tekak ni haa

Siti Yang Menaip said...

kurangkan aktiviti luar n always brjaga2..
minom air masak banyak2.. take care semua =)

iryantyismail said...

Tempat akak masih jerebu tebal...

Sha Mohamed said...

Memang betul tuh.. Kalau ada anak memang nak kena kuarantinkan anak..
Kena make sure bagi dia minum banyak..
Sebab bila cuaca x sihat, anak2 kecil lah paling cepat ter effect..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...