Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

15 November 2015

Salmon Grill White Sauce

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Gambo tak cantik, abaikan ia hewhewhew. last makan salmon masa ke ikea dulu. tapi tak berapa suka salmon ikea sebab ada rasa hanyir ituuuu huuuu. dan masa pregnantkan Fateh Uwais adik ipar ada buat salmon dengan sauce putih ni. terus wassap mintak resepi hewhewhew. disebabkan taknak kehilangan resepi lagi maka mari kita abadikan ia disini. macam biasa kita derhaka sikit resepi asal mihmihmih

RESEPI SOS PUTIH @ WHITE SAUCE 

Resepi Asal : Lina pg
By : Kiera Sakura

Bahan-bahan 

  • 2 sudu besar majerin @ planta
  • 1/2 biji bawang holland (dicincang) pakai bawang besar pun boleh
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering
  • 1/2 sudu kecil oregano kering
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • secubit garam
  • 1 cawan susu cair
Cara-caranya 

  1. Panaskan majerin dalam periuk kecik, goreng bawang holland sampai layu. masukkan tepung gandum dan kacau sampai tepung sebati melekat pada bawang.
  2. Masukkan susu cair, garam, lada hitam, parsli, dan oregano. kacau selalu supaya kuah tak berketul. tambah air kalau nampak terlalu pekat. 
  3. terpulang pada selera masing-masing nak pekat dan cair macam mana.
  4. tuang atas salmon yang dah siap di grill tadi. 

Ikan Salmon tu saya grill macam biasa. tabur parsli, oregano, garam, lada hitam, lada sulah dan perahan air limau kasturi sikit. Ikan saya pun ada rasa macam tak kena sikit. tapi bila makan dengan sos putih ni memang dia potong rasa yang hanyir itu. 

serius tak reti nak basuh ikan salmon ni. dah guna limau sampai 3 bijik lumur2 dia. rendam dalam air limau pun tak cukup lagi. sooooo sad. tapi mujur sos putih menyelamatkan keadaan. alhamdulilah. 

Selamat mencuba korang!!!!



post signature

14 comments:

Murni Alysa said...

wah dah lama x mkn salmon steak..selalu klu beli salmon masak goreng kunyit jer..

QasehnyaRania said...

sedapnya. ciksu try sikit, ok la.x brpa suka sgt.
nti leh try buat utk rania..
tenkiu kira.

hri tu masa mula intro dkt rania, dia alah sekejap. naik ruam.lps setahun ciksu try bg lg, ok je. suka pulak tu.
just grill gituu j.

ye ke.ciksu selalu guna lemon j..
tak tau la ciksu buat dkt rania dgn ayh dia j.

Siti Nurzafirah said...

Macam sedap.. nak try jugak la..

iryanty ahamad said...

kak yan tak.pandai masak ikan salmon..huhu

aryan azra said...

tak pernah try ikan salmon...maklum la akak ni kurang berkawan dengan ikan hihihi

Ardilla Noorezan said...

Gambar tak cantik pun still nampak sedappp!

Roziah Muhammad Nor said...

nampak sedap nih.

Shahida Dzulkafli said...

Walaupun gambar gitu tapi still memancing selera untuk mencuba..
X biasa sangat makan salmon nie.. huhuhu..

hainom OKje said...

Menariklah Kiera....teringinlah pulak nak buat....
Kena cari salmon dulu nampaknya

Cik Ash said...

Xpernah mkn ikan salmon ni

Mummydearie said...

Favourite akaklah Kiera ikan salmon ni. Kalau pergi makan Japanese food, memang salmon aje memanjang akak pilih. Lagi-lagi kalau bos belanja, akak bantai menu salmon yang mahal sikit. Hahaha!

Kat rumah biasanya yang dok makan Salmon Grilled ni akak dan HD aje. Anak-anak tak berapa suka. Pernah juga berazam nak buat salmon masak kari tapi bila congak-congak balik rasa macam hilang pulak selera si salmon ni masak kari ^_^

Siti Yang Menaip said...

sedapnya Kak Kiera.. kalo CT slalu makan kat kedai je la..
xpernah beli salmon masak..

Sobri Yaacob said...

wah nampak sedap betul salmon tu
bkak selera :)

Amanina Mads said...

sedapnyaaa... yummy

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...