Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

19 November 2015

Tips Sebelum Urine Test Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Tips Urine Test Pertama Kali

yang ini untuk pertama kali check dekat UPT test tu haaaa. nak tengok kita pregnant ke tak. selalunya buat dekat rumah lah kan. sebaiknya check waktu awal-awal pagi sebaik bangun dari tido malam. sebelum makan dan minum sebarang jenis makanan dan minuman. urine yang pertama kali nak keluar waktu pagi tu lebih beralkali dan cepat detect pada UPT hatta UPT tu harga nya RM5.30 sekalipun :)

Urine Test Di Klinik Kesihatan

yang ini biasanya setiap kali check perut atau appoitment dengan KKIA, klinik kesihatan ibu dan anak. nurse akan mintak kita buat urine test. nak tengok urine tu kotor ke tak dan etc lah kan. marilah ummi uwais nak bagi tips-tips nya lebih sikit hewhewhew

  • sebelum keluar rumah menuju ke KKIA, pastikan buang air sesiap dekat rumah. untuk buang segala toksik yang mungkin ada dalam urine semalamnya. yela mana tau kot malamnya makan coklat terlebih ke, minum nescafe terlebih ke. buang sesiap kasi clear
  • minum air kosong secukup dan sebanyaknya. air kosong mampu meneutralkan semula urine yang dah bercampur aduk dengan segala apa yang kita makan dan minum
  • elakkan makan petai, jerin dan segala ulam-ulaman yang bila kencing bau nya sampai malam lusa ada lagi hewhewhew. karang pening pulak orang lab ;D
  • elakkan juga minum minuman berkafein tinggi malam sebelum check up dan pagi sebelum check up. minuman berkafein tinggi ni pun bau dia cukup kuat huhuhu
kenapa perlu semua tips tu? untuk seorang ibu hamil. pemerhatian memang cukup teliti dapat dari dokte KKIA. jadinya bila dah detect ada sedikit kekotoran dalam urine. azab lah nak kena berulang ke KKIA seminggu sekali atau seminggu dua kali. kecuali lah kalau rajin menunggu dan menunggu giliran yang super banyak dekat KKIA anda :)

saya tak pernah kena kencing kotor, tapi terlebih berat badan. dah nak kena berulang check up dua minggu sekali. siap kena minum air gula lagi tu pftttttttt. rumit tapi kalau tak follow nanti jadi apa-apa dekat ibu atau anak risau pihak hospital takmo bertanggungjawab sebab kita tak ikut arahan dorang. 

dan lagi satu kesian dengan petugas lab kalau urine kita berbau kuat. bau petai ke bau kopi semua tu. pening dorang nanti. dan pening jugak patient lain yang guna tandas lepas kita guna tadi tu. mihmihmih :p

Kafein bahaya ke untuk ibu hamil? boleh baca dekat sini


post signature

17 comments:

Salina Johari said...

betul.kena test awal pagi...tapi Sal jenis yang lambat nak kesan...masuk 3 bulan baru up 2 line...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bagus tips ini Kiera untuk ibu-ibu muda diluar sana..
Akak ni dah nak monopaus hahahha...

nuyui a.k.a miss YUI said...

haaa sapa nak test tu sesuai bc bg hbs..hihihi

LM said...

Kih kih kih.. Ank first akk cek mlm. Lps mkn mlm. Lewat br 4 hari. Doktor beriya xmo
Cek kata lum hamil akk bertegas nk cek gak sbb akk kata sy yakin saya hamil. Ahaha..

Kebetulan masa tu ikut suami out station kat ganu lalu klinik kemain teruja nk jugak cek. Padahal br kawen dua mgu lbh. Ye lah kan..abis period terus kawen bila lwt mmg la rasa eh peknen eh? Ehehe.

Bila tgk ada dua line terus ckp kat doc. Haaa kan sy dh ckp saya mmg hamil. Doc gelak2 je.

Ank2 yg lain mmg akk cek kat umah je. Dulu x reti kira due tu yg g gak klinik panel awal sbb nk tau tarikh due dia. Skrg dh pandai google mmg dh 3 bln br g panel buat kad merah. Sbb dh tau bila ank lahir x teruja nk buat kad.

Bab g pepagi tu mmg patut pun. Biasanya lps mandi( mmg kita mandi kan dah cuci bersih dah buang smua yg kita mkn dr mlm tu) .. Sblm bekpes akk akn g cek. Haha sbb nnt dh mkn bergula bagai takut lak nk
Test. Nnt dikesan tinggi gula. Bahaya tu..

Shahida Dzulkafli said...

Tips yang bagus...
Paling penting air masak memang kena minum banyak..

el said...

ntah bila nak wat urine test lagi
#bhahahaha
#nakpeknenlagi
#belumrezeki
#doa2kanye

Dunia Zumal said...

Tips berguna buat para ibu hamil

hainom OKje said...

Lama dah tak check urine.....Seram pulak kalau kena check. Manalah tau mengandung lagi hihi....

Murni Alysa said...

Wah tips berguna ni..mana la tahu tahun dpn nak kena p KKIA pulak..hehehe

Cik Ash said...

Tq kiera insyaAllah kalau kak ekin.ada tanda2 nanti akan ikut tips ni

Cikna said...

Hahaa, bkn ke yg keje lab tu sllunye pki penutup hidung.... Minum air bnyk air kencing pun nnti warns jernih je

Mummydearie said...

Sekarang ni akak dah tak perlu kot tips ni semua ^_^ Cukuplah dua anak tu aje. Kilang pun dah tutup, umur dah meningkat @_@

Siti Yang Menaip said...

kita share kan la eh Kak Kiera.. tatau dak faham hehe =P

zai zamree said...

Air msk dh byk tp kantoi gula dlm drh gak...sobbbbs

izzeyda said...

tips yang bagus tuh kira..

aryan azra said...

memang betul kena test awal pagi, tapi akak masa peknenkan adelya, akak test dekat opis pukul 2ptg hahaha...tak nyempat2 dah sebab excited sangat waktu tu..

masa preknen memang akak tak minum minuman berkafein dan bergas, minum air kosong je...

Amanina Mads said...

belom kawen lg.. nanti dh tiba masa boleh refer entry ni. hehehe

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...