Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

26 August 2015

Angin Petang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

nampak tak flat tinggi tu? taman kami berjiran dengan flat tinggi tu. antara flat dengan taman ada la berelung-relung jugak sawah yang jadi sempadan ;D flat yang tak boleh duduk sampai sekarang walau tengok dari luar dah siap elok. tatau apa masalah dia. tak dapat CF lagi gamaknya. 

aritu ada cerita yang petang-petang sebelum berbuka time bulan posa dulu kitorang selalu jenjalan kan. ada yang tanya rumah dekat kawasan bendang@sawah ke? iye, rumah sewa kami memang dikelilingi sawah kalau tengok dan perhati betol2. jalan nak masuk ke taman rumah walau ikut jalan belakang atau depan memang kena lalu ikut sawah dulu. bukak tingkap ambik angin sepoi2 sawah gituuuu hihihii. sekarang dah masuk musim menuai lepas tu bakar jerami nanti bau pulak asap jerami tu. asap jerami bau tak menyakitkan hidung macam bau bakar sampah tu haaa. cumanya habuk bakar jerami tu je yang buat sakit mata nanti. masuk dalam rumah ikut celah bawah pintu. ada yang kata gatal kalau kena habuk jerami tu. sebab kawasan rumah yang dikelilingi sawah saya lebih suka duduk area kuala kedah ni. alhamdulilah buat masa ni tak pernah kena banjir lagi. 



port kami lepak petang-petang. tengok itik berenang. itik jabatan pertanian bela rasanya. banyak sangat. jadi la habuan Fateh Uwais cuci-cuci mata tiap petang. budak tu dapat tengok itik ayam kambing pun dia dah suka sangat dah. duduk kawasan kampung setakat ayam itik kambing angsa tu memang senang la nak nampak. tapi yang tak syoknya kambing situ suka masuk rumah orang. makan daun-daun pokok orang tanam. owner lepaskan dorang bebas. siap naik atas kereta orang sebab nak makan daun pokok tinggi >.<


ajar anak naik moto petang2. nanti anak tu manja, tak dapat bebai. alhamdulilah setakat masa sekarang bila hujan atau tak larat nak keluar petang-petang bila terangkan dekat Fateh Uwais dia akan paham dan tak pernah memberontak bebai. mudah2an sampai ke besar la dia gitu, boleh paham situasi bila terangkan. kitorang saje nak reward dia. dah kena tinggal 9 jam dekat rumah mak pengasuh. balik rumah pun kita bukan boleh tengok dia setiap jam setiap minit. nak kena selesaikan tanggungjawab dekat rumah jugak. makanya ambik masa setengah jam reward dia tengok itik, main dekat playground. jadi la ambik hati dia balik. tapi bila tak dapat tengok itik hari tu. besok pagi-pagi lagi dia dah peringat dekat abi "adik nak tengok itik" hewhewhew :p



post signature

24 August 2015

Cuci Mata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

cuci mata a.k.a window shopping. mana-mana perempuan mesti suka yakmat kan? hewhewhew. tapi saya tak suka window shopping dalam mall. dalam pada kata nak window je nanti terussssss ter shopping. tambah kalau tengok barang anak banyak yang murah2. selalu tak tahan dugaan kalau tengok barang anak je. tambah kalau 70% sale katanya lagi rambang mata hahahahahaha

terpaling selamat window shopping online jela. tu pun kena tengok jugak. kalau katanya free postage memang susah nak diselamatkan hewhewhew. seorang syakira sangat kedekut kos postage ye kawan-kawan sebab tu window shopping online masih selamat lagi buat masa ni. BUAT MASA INI......

nak toilet train uwais. tapi nak tunggu benda ni dulu. mengada sangat kan hahahahaha :p

sekarang baru paham maksud mama dulu "kalau tak dapat nak beli barang tu, dapat tengok kat gambar hari-hari pun jadi dah" sekarang ummi uwais pulak perangai gini kohkohkoh. hari-hari la bukak website IKEA. nak cuci mata. sambil-sambil print screen benda apa yang nak beli kalau pegi IKEA nanti. tengok tu niat dah lain dah. kata nak window shopping ajeeee :p

nak beli yang kaler hitam, letak kat dalam bilik menan uwais. senang nak simpan toys dia yang berlambak tu haaa. see, barang anak memang mampu buat ummi meroyan nak shopping =..=

mujur jugak IKEA ni jauh dari loqstaq kalau tidak tatau la nak nanges macam mana tengok wallet kempis. tapi bila tengok barang dalam rumah mampu gelak balik kot Ehhh!!! :p tapi tapi lepas ni IKEA nak bukak kat penang, hurmmm mampu ke tahan dugaan lagi mihmihmih :p


post signature

20 August 2015

Zaman Gebus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



rindu dah zaman dia kecik cenonet gini. zaman mengisi isi kata orang hihihihi. kalau budak kecik gini suka tengok tangan kaki dia. kalau ada 'bunga' maksudnya dia nak bertubuh atau berisi lagi. nak bam bam cikebom lagi lah citenya hewhewhew


masa ni memang hari2 rasa nak gigit aje peha dengan tangan gebus dia. isi pun kenyal dan padat je. masuk mulut memang sedap ekekekeke. yang paling syok tengok pipi labuh. alhamdulilah pipi dia labuh sampai sekarang. kalau berlari bergoyang2 pipi. kalau makan kembung kembung pipi pau dia. ummi is gerammmmmmm hewhewhew



alhamdulilah sampai sekarang Fateh Uwais masih bertubuh, masih debab mokmok badan dia. tapi bila play balik video lama dia dulu. alahai bezanyaaaaaa dengan sekarang. sejak dah dapat kaki dia jadi seorang yang tersangatlah busy. busy buat itu ini. busy angkat macam2. paling busy bila ummi abi sibuk baking ke masak ke dekat dapur. itu jam diaaaaaaa lah manusia yang terpaling nak menyibuk. sanggup usung meja kerusi plastik dia semata nak tengok apa yang kita buat =..=


ada masanya nak anak sentiasa kecikkkkk je selalu. sentiasa baby born cenggini. ekekekekeke. tapi selalunya berdoa moga membesar jadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat dan tak lupa pada Allah. Fateh Uwais ummi rinduuuuuu bau mulut awak masa baby tauuu. sekarang hilang dah bau tu sikit sikit. sobsssssss. nak kena proses adik baru lah pulak kalau nak bau syurga tu. ehhh kbai kahkahkah :p


post signature

17 August 2015

Mengubati Selsema dan Batuk Anak Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sape je yang tahan kalau anak kecik tengah selsema kan. tengok hidung berlemoih, dorang nak bernafas terganggu. tambah kalau malam. lagi kesian tengok tido tak lena sebab banyak hingus kan. saya memang spesies manusia yang liat nak bagi anak makan ubat, bukan pasal Fateh Uwais tak suka makan ubat tapi diri sendiri yang macam curious lebih nak bagi anak makan ubat. tambah masa dia belum cukup 6 bulan dulu. memang cukup liat nak bagi ubat, kesian sebab nanti makanan pertama dia ubat. well, ummi uwais kan banyak peel. hihihihi

nak berhentikan selsema atau batuk Fateh Uwais biasanya saya ikut petua orang dulu-dulu je. tanya mama macam mana nak buat. google internet. try and error mana yang paling berkesan dengan budak kecik sorang tu. jadi mak-mak ni memang kena banyak try and error sebab sistem imunisasi seseorang tu tak sama. alhamdulilah Fateh Uwais kalau selsema rasi dengan kunyit + kapur. batuk pulak rasi dengan bawang putih dan madu.


Kunyit hidup buang kulit dia. kalau takde kunyit hidup tercemas tercemas boleh jugak guna kunyit serbuk. tapi keberkesanan dia tak jamin pulak sebab tak pernah guna.


Cucuk hujung pisau dengan kapur cair. kapur orang makan sireh tu. cucuk hujung2 sikit je. tujuan guna kapur untuk dapatkan air kunyit tadi. kapur tak panas ke untuk baby? sikit je. kalau sikit insyaAllah tak, sebab bukan terus sapu kapur dekat hidung dia.


Cucuk kunyit yang dah buang kulit tadi dengan hujung pisau yang ada kapur tu. cucuk2 sampai warna berubah macam gambar atas. ada air yang keluar dari kunyit tadi.


sapu terus air dari kunyit tadi ke hidung anak. dari bawah ke atas sampai ubun-ubun dia. kalau baru nak sesema insyaAllah boleh terus sembuh. tapi kalau dah lama selsema dan banyak hingus. kena buat tiga empat kali sampai kering betul. insyaAllah berkesan.

hidung dengan dahi Fateh Uwais memang kuning sesaje kalau letak kunyit ni. tapi ape nak heran. rela lagi tengok hidung anak kuning dari tengok hidung meleleh hingus. tengok dia duk salat2 hidung tu lagi ummi kesian. Uwais pun kalau selsema memang dia mintak ummi buat benda ni. "ummi, nak anee" hihihihi. anee tu ape? pandai2 la kome pikir :p


yang ni untuk batuk. bawang putih bakar sekali dengan kulit dia. sampai nampak hangus. hancurkan bawang putih tadi dalam minyak masak yang belum diguna. sapu dekat dada dan belakang dada anak. insyaAllah tak panas sebab dah tambah minyak. petua ni dapat dari kakak opis. masa dulu saya tatau. saya letak buta2 bawang putih. melalak Fateh Uwais nanges. merah2 kaki dia sebab panas. huuuuu menyesal tak sudah masa tu. rupanya kena campur dengan minyak masak. baru tak panas.

lagi satu madu. bagi minum madu satu sudu dan diikuti air masak. insyaAllah boleh sembuh jugak. jangan lupa baca selawat sikit2. doa moga Allah sembuhkan anak kita. kadang kena jugak buat petua ni semua disamping makan ubat. selagi tak mudarat pada anak dan selagi anak tu rasi. boleh je ikut mana2 cara pun. asalkan anak tu sihat dan cergas balik kan. semua pun dengan izin Allah :)



post signature

16 August 2015

Sample Free

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

baru boleh bersiaran dengan tenangnyaaaa. demam exam pun dah lepas hewhewhew. usaha dah doa dan tawakal aje la kan ;) benda free sape yang tak suka ye dok? nak nak pulak benda yang memang kita guna sehari2 dan untuk anak. lagiiiiii ciwi hewhewhew :p. dari mana dapat sample free ni? perasan tak ada iklan bila kita bukak pesbuk? kadang ada tulis nak sample klik sini situ kan. haaaaa dapat dari situ lah. itu bukan scam ye :D


Drypantz from Drypers. sebenarnya memang dah pernah pakai. dan memang uwais pelanggan setia Drypers tapi sebab free kan. jadi kita mintak la lagi :p


Friso pun memang susu yang uwais minum. sama jugak sebab FREE kita mintak lagi dan lagi Ehhhh :p

pernah jugak dapat sample Anmum. tapi gambar hilang tanpa dikesan. sama jugak 3 paket macam Friso


Drynights ni memang nak cuba. nak tengok boleh pegi lama mana kan. tapi sebab dah pernah dapat sample Drypantz kat atas tu. dapat satu bungkus je kali ni. alhamdulilah ok la tu dari takde langsung kan. 3 keping pun dah bersyukur orang nak bagi free hewhewhew :D


paling best dari Dumex ni la. sekali sekotak stok sebulan dia bagi sample haaaa. berbunga2 hati. selama ni duk nampak kawan2 je dapat sample kotak besar gini. hari ni kita pulak. ai is sangattttt gembira hihihihi. paling best dapat voucher RM30 kalau beli susu Dumex dengan Lazada. rezeki jangan ditolak ye tak? hewhewhew

dan memang sedang mencari susu formula yang lain untuk Fateh Uwais. nak tengok selain Friso yang dia consume selama ni. tahan tak perut dia kalau campur susu macam2 ni. masa kecik dulu pernah gak buat campur2 susu ni. alhamdulilah tahan perut dia. 


masa sign terima parcel macam pelik. aikkkk sampai 3 bungkus? dari Dumex? dan baru teringat yang masa daftar ahli dekat web aritu. saya tick dekat Mamil Mama dan Mamil Learning. rezeki pulak dapat dua-dua sekaligus kan. alhamdulilah. walau sekarang belum pregnant anak kedua tapi simpan jela dulu kot nanti ada rezeki uwais nak ber adik pulak. Expired date pun lambat lagi. 

masa pregnant kan Uwais dulu pernah jugak dapat sample Mamil mama. tapi 3 paket kecik jela. kali ni dapat sekotak terussss. riang gembira rasa hati hihihihi. 



yang dua atas tu Pillow Blanket dari Dumex. memang kalau daftar ahli diorang bagi sesuatu sebagai gift. masa daftar pregnant kan Uwais dulu pun dapat pillow jugak. sampai dua bijik dorang hantar. Dumex ni memang sangat murah hati kannnnn. susu pun sedap takde rasa pelik2 hihihi.

nak jugak semua ni? rajin2 kan diri godek2 laman web mereka. mana tau rezeki korang semua pulak nanti kan ;)

post signature

05 August 2015

Aktiviti Petang Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



dah habis puasa baru sibuk nak cerita petang puasa kannnnn.. hewhewhew. sejak suami dah pindah sini, aktiviti kami pun berubah lah bila bulan puasa. kalau tahun lepas saya selalu beli je lauk dah siap masak. masa tu anak pun takde pulun makan macam sekarang. makan pulak sorang. suami tak duduk sekali masa tu. jadi ber ala kadar saje la kita.



tahun ni alhamdulilah rezeki dapat duduk sekali, anak pulak dah makin besar dah pandai makan. bila nak beli tu mesti teringat anak dulu, pedas kesian dia tak boleh nak tumpang nanti. nak cari yang kurang pedas dekat area kedah ni susah lah kot huuu. jadi marilah kita masak memasak demi mengikat perut suami dan anak tercinta (padahal laki engko yang banyak masak kannnn) :p




dah selesai masak baru boleh keluar dengan senang hati. sementara nak tunggu maghrib masuk. takde la melengu menitik ailio tengok makanan dengan air depan mata hewhewhew. yang penting anak pun syok sama. hari2 bulan posa dapat ronda2 tengok ayam itik kambing burung. dannnn yang paling best kena angin bendang. kerana itu kami suka duduk negeri ni walau kami laki bini bukanlah asalnya dari kedah ;D


post signature

04 August 2015

Demam Panjang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Raya pertama yang mandom bila anak demam panas berpanjangan sampai ke petang raya. khamis tu masa ambik dari mak mengasuh, mak dia kata Fateh Uwais cery bery. masuk tu dah tiga kali katanya. suspect utama sebab saya tukar susu. tapi rupanya tak. sebab panas dalam badan dia yang buat dia cery bery awal tu. 

dari alor setar kami singgah seberang jaya dulu sebelum ke junjung rumah tokmak abi dia. dekat sana kemain dia aktif je, pegi petik rambutan ape la. malamnya tetiba naik demam. panas2 badan. aduiiiiiii jenuh doa moga terhindar lah Fateh Uwais dari kena demam time-time raya ni. tapi tetap Allah nak uji

pagi2 raya dia kerja menangis merap je sebab badan terlampau panas walau dah bagi ubat malam raya tu. nak dipakaikan baju melayu pun tak sampai hati dan takut haba badan dia tak keluar nanti. itu pun dia merengus bila dipakaikan seluar raya dia tu. akhirnya berbogel la awak nak. pakai pampers je demi nak sembuh cepat. 

jerlum dengan air asam jawa, jerlum dengan air sejuk, ubat segala benda buat. petang lepas asar alhamdulilah surut dah panas badan dia. demam on off sampai hari ahad raya ke sepuluh. ubat klinik swasta tak jalan, ubat klinik kesihatan pun tak jalan. last sekali bawak ke hospital. alhamdulilah baru nampak tanda positif. dan ikhtiar jugak cara lain. mintak abi bacakan surah2 dari Al Quran untuk penawar anak kesayangan. dan hari isnin baru ni baruuuuuu lah tak demam dan Fateh Uwais kembali ke Fateh Uwais yang asal. yang tak merap, reti main sendiri, tak cengeng, tak mengempeng dan lain2 lagi. huuuuuu. syukur alhamdulilah 

**kita merangkak pegi blog awak2 semua. minggu depan nak exam, minggu ni baru nak kalut baca buku hewhewhew




post signature

02 August 2015

Post-Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


dah dua minggu raya baru nak keluar post raya la ape la kan hewhewhew. dari raya first membawak sampai ke raya sepuluh, Fateh Uwais demam on off. sekejap ok karang panas balik badan dia. nak2 time malam memang tetiap malam naik demam. alhamdulilah sekarang dah sembuh dan makin pulih badan dia.


gambar raya pertama di hari raya pertama. ini pun dah petang lepas asar baru dapat bergambar pun. dari awal pagi raya pertama tu anak dah demam panas sangat badan. dia pun tido je dalam bilik. sambil jerlum2 badan nak bagi suhu turun. Alhamdulilah petang tu nampak dah tanda positif sebelum kembali demam kembali besoknya huhuhu


akhirnya ada jugak gambar raya yang fully satu family berbaju raya. berbaju raya dalam kata lain. lengkap tiga orang berbaju melayu dan jubah. masa ni pun Fateh Uwais dah aktif sikit. nak pulak balik kampung ramai abang2 kakak2 sepupu ajak dia main. lega la sikit seorang ummi. kalau tidak seorang uwais nak merap je 24 jam. hewhewhew


layu je muka dia sobsssss



dalam pada demam tak sihat tu sempat jugak menyakat orang. orang nak tangkap gambar dia mai menyibuk depan lense nak kacau gambar orang. hihihihi






dan dari sebelum puasa lagi dah pesan kat adik beradik. nak beraya ke mana pun, nak bergambar raya ke mohon tunggu adik yang seorang ni balik ipoh dulu. raya pertama dekat penang. lepas subuh raya kedua terus gerak balik ipoh dan konvoi raya bersama2. kalau jenjalan reramai baru syahdu rasa dari jalan lone ranjer je kannnnn ;)

selamat hari raya korang semua. insyaAllah nanti saya balas jejak rumah korang satu persatu ye. agak kebizian sedikit hukkkkk


post signature

01 August 2015

#SyakiraHomemade

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

STICKY POST!! POST BARU MOHON SCROLL BAWAH LAGI, TQ :)))))

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Alhamdulilah dalam hati dalam kepala duk plan nak berbisnes. dah berbisnes pun start last year. bisnes pakaian bayi dan kanak-kanak. bisnes masih berjalan sampai ke hari ini. dan mungkin akan datang bila ada modal lebih sikit nak sambung balik bisnes pakaian bayi dan kanak-kanak. tapi buat masa ni hold sekejap.


Lemon tea memang lah fevret ummi dan abi uwais onomnomnom. hihihi. buat masa ni mula mengorak langkah dengan Congo Bars dulu. Alhamdulilah ikut feed back customer kata mereka sedap. syukur alhamdulilah. risau jugak kot tak kena dengan tekak cust kan. kalau tekak sendiri confirmlah puji sedap sesaje. buruk perangai kan? kohkohkoh :p


Congo Bars sebijik loyang 10x10 : RM35


Caramel Cake Chocolate sebijik RM30


Dark Choco Brownies sebijik RM35 

terasa nak lalu ikut tekak? teringin nak makan? boleh wassap ke 019-4942450 di #SyakiraHomemade ada 3 pakej tersedia. Self Pack, Half Pack, dan Family Pack. any details boleh wassap ke nombor di atas ye. kalau nak cod boleh area alor setar dan penang(tertakluk pada terma dan syarat) kalau by pos pun insyaAllah boleh....

insyaAllah lepas ni akan dipelbagai dengan menu lain ;) wish me luck ye kengkawan ummi uwais ;)))))))


post signature

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...