Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
sebenarnya kami dalam usaha nak mengembalikan suasana seperti dahulu. selalu bawak anak beriadah luar rumah. sejak pregnant seorang ummi uwais memang tak larat nak berjalan ke mana. lemau. kesan pembawakan adik baby mungkin. hari cuti memang rehatttttt je dekat rumah. kalau keluar pun setakat pergi pasar, makan roti canai, beli barang rumah. nak kata beriadah selalu macam dulu tu memang boleh bilang dengan jari je.
kesian dengan Fateh Uwais. main pun dalam rumah je. mujur jugak kami tak beli perabot. ruang tamu memang tempat dia main je termasuk lah main sepak bola. tapi apa ummi nak heran. takde cermin atau benda-benda kaca dekat ruang tamu. tv pun takde. maka main la nak main macam mana punnnnn.
bila dah 5 bulan lebih mengandung baru nak rasa ada tenaga lebih sikit. baru nak rasa cergas sikit. ajak la abi beriadah balik dekat Taman Jubli macam weekend sebelum sebelum ni. sekarang Taman Jubli macam-macam dah ada. meriah dengan orang menega macam-macam. macam pasar malam. tapi up lagi dari pasar malam sebab makanan banyak best, sedap, panas dan hipster hewhewhew. syok tengok meriah dengan khemah orang menega tu. panjanggggg dan banyak. tapi meriah macam tu cuma hari jumaat dengan sabtu je. hari cuti hujung minggu negeri kedah.
dua kali pergi Jubli. dua kali jugak la anakanda Fateh Uwais ni naik kuda ni haaaa. jadi la pusing suku tasik jubli tu haaaa. sekali pusing patah balik RM3 je. jadi la habuan nak bagi dia seronok. tak takut ke? takkkkkkkk. budak ni apa pun dia tak takut. kecuali ko letak badut sorang dekat situ. atau ko letak seko cicak gedik2 dekat situ. haaaa takut la dia. selain dari tu. hurmmmmmm
ada banyak lagi aktiviti dekat sana. main moto dengan kereta untuk budak-budak kecik besar Uwais ni haaaa. tapi kami tak offer dekat Uwais pun. moto dengan kereta dia dok ada dekat dalam rumah. hari-hari main pusing dalam rumah huuuu. boleh sewa dan main kasut roda, dan tetiba ummi kata kat abi nanti ada rezeki lebih sikit nak beli kasut roda dekat Uwais lah hahahahaha. semua ko nak kan ummi!!! kihkihkih. main dalam belon besar yang lompat-lompat macam Supa Dupa tu haaa. layang-layang. "nanti kita pegi DIY beli layang-layang nak abang?" sambil kedip-kedip mata dekat Abi Uwais. hahahaha ko tengok perangai mak ko ni Fateh Uwais :p untuk dewasa ada tempat main papan luncur dan roller blade jugak. layannn je kalau tengok dorang main benda alah tu haaaaa
dan semestinya ada bubble!!!!! ummi suka, anak suka. tapi ummi dengan anak tak reti main. anak kerja celup tangan dalam air sabun je lepas tu tuang baldi kecik tu grrrrrrrrrr. sudahnya abi kata nanti abi cari cara buat buih sabun sendiri. main lah sampai tak larat nak main hewhewhew. tapi dekat mana nak cari gelung-gelung tu ek? DIY ada ke?
jadi lah aktiviti kami anak beranak dari terperuk je dekat rumah tu haaa. bosan jugak. kita yang berkerja ada jugak time lunch boleh cuci mata itu ini. anak dekat rumah pengasuh dah duduk dalam rumah. balik rumah sendiri pun duduk dalam rumah jugak. jadinya time weekend jela boleh nak reward dia pun. moga dia hargai usaha ummi abi nak bagi dia seronok dan bahagia. moga ummi abi pun sentiasa lah rajin dan sihat boleh bawak anak berseronok dekat luar macam ni :)))))))
17 comments:
Uikkk murah RM3 tu SK..
Seronok lah Uwais tu ye...
Dapat naik kuda..
Main sabun lagi..
Doakan ummi sihat selalu uwais..
Nanti boleh beriadah lagi :)
Aaaaaa berani nyer dia! Kalau Syakirah melalak lalak biler kuda dtg dkeat >_<
Best tu, taman berdekatan ye, enjoy Fateh naik kuda., ok nanti beli layang-layang :))
serius kat sini best.. macam-macam aktiviti boleh buat kan.. saya setiap kali balik kg akan bawak anak-anak ke sini.. :))
kaki Uwais nampak panjang..mesti makin meninggi kan... ^_^
bestnya naik kuda..mujur takpe naik jap jer..kalau tak jenuh ummi uwais nak membayor..
Dah 5 bulan lebih dah Kiera ....cepatnya rasa. Mesti dah selera makan la ni kan tu yg ada tenaga tu. Si TLBD dulu pun takut ngan badut. Entah apa yg ditakutkan agaknya.
Bagus, eloklah tak takut naik kuda sunnah tu....
Tak pernah try cari gelung sabun lak kat DIY.
bestnya uwais naik tuda.mama zai hat dh tua ni pon x penah naik tuda tu...huk...huk..
Alolo comel je Fateh Uwais naik kuda :')
Wah murah je rm3...
Ahaha klu bg ular pun budak2 bkn tau takut pun dik. Ekeke
ank saudara ekin dari umur sama fateh lagi minat naik kuda.. sampai dia darjah 2 sekarang minat lagi..
Wahh..comel dan semangatnye fateh..boley fengsan kuda 2..hihi
sesekali bawa anak keluar beriadah macam ni memang seronokkan, akak pun dah jarang keluar petang dengan anak2, ayah dorang je rajin bawa ronda2 naik motor ke taman..hehehe
Hujung minggu bawak anak2 jalan2 pusing kampung pun ok.. jangan kata dorang, mak budak pun bosan dok rumah.. hehehe..
anak2 baru nih naik kuda kat pantai merdeka.. dia kira dua orang rm15.. jadi laa dah pakat nak merasa..seperti biasa, Kimie lagi berani berbanding abang dia Izzat..
bagus uwais berani naik kuda...
lamanya tak balik AS.. dulu kat taman jubli mas takda aktivit sgt pon. weekends bawa roti expired bg ikan mkn. malam mat2 rempit.
Post a Comment