Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 February 2016

Escape Penang : Aktiviti Untuk Anak 0-3 Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Target pegi Escape memang nak bagi anak dengan husband seronok main je. Nak bagi peluang husband buat aktiviti dia sendiri, sementara anak pun still boleh beronok-ronok tak merap abi dia. Kalau tidak Fateh Uwais memang merap abi dia sentiasa. Kalau depan mata abi nak lari pi mencebok sat pun payah. Jadinya bila ada peluang cenggini kita manfaatkan sepenuhnya. Asalkan anak suka abi pun suka. Ummi je letih mengejar sikit hahaha. Tapi Fateh Uwais kalau takde abi dia sangat behave dengan ummi. Takde nak berlari larian, takde adegan lembik lutut kaki ke ape. Kalau ada abiiii. Haihhhhhh




Sesampai je sementara ummi dengan Team Projek Blogger Utara dengar taklimat. Abi dan yang lelain dalam group kami diberi penerangan ringkas dekat Main Entrance. Ada jugak aktiviti renggang otot badan, ber chicken dance dekat luar. Sempat jenguk dari tingkap bilik taklimat. Orang lain ber chicken dance. Uwais duduk situ ketuk drum heeerrrrrr =..=




Nama lagi suasana kampung kannnn. Escape ada jugak sediakan sukaneka untuk pengunjung. Siap ada hadiah lagi haaaa. Pertandingan guli, panjat pokok kelapa yang paling cepat, macam-macam la. Tapi yang Fateh Uwais main tatau pulak apa namanya. Siap bawak merata alam lagi tu. Buat macam hak peribadi dia pulaknya.






Lepas habis taklimat kami decide nak bergerak sendiri je dulu. Sebabnya kami ada anak kecik yang bawah umur. Tak banyak aktiviti boleh buat dengan dia. Jadinya utamakan dia dulu lepas tu baru bagi turn dekat abi pulak. Sementara abi panaskan badan dekat Gecko Tower bagi la dia main pukul2 bola tu dekat main entrance dulu.




Abi dah turun bawah lelaju bawak anak pergi Monkey School. Dekat situ ada flying fox untuk kids. Teruja dia tengok bebudak lain terbang dekat situ. Tergedik-gedik nak join sekali hihihihi. Tengah pakai belt pun boleh tak menyempat nak start aktiviti tu hihihi.



Dua round jugak la Fateh Uwais repeat dekat Monkey School. First round takut2 lagi. Tak berapa reti pijak lantai2 situ. Second round dah mula dapat rentak. Nak repeat third pulakkkkkk. Ohoiiii mana boleh kena bagi peluang dekat orang lain jugak nak oiiii. Tapi nya bila lepas makan ummi offer main dekat situ lagi tak nak pulak. Letih main dekat Tots Trail tu tak habis lagi kot kihkihkih.




Macam entry lepas saya ada kata, kalau bawak kids focus dot merah pada map. Jadinya saya pun bawak Fateh Uwais mencuba satu demi satu aktiviti yang ada dekat situ. Ummi kan pregnant tak boleh nak buat aktiviti ape pun. Makanya bagi peluang dekat anak betul-betul. Bagi puas main. Balik karang pengsan, senang ummi abi pengsan sekali miahahahaha.




Lepas letih memanjat dekat Monkey School. Paksa-paksa abi suruh naik Flying Fox. Abi yang penyayang sorang tu takmo tinggalkan anak dia dengan ummi. Risau anak dia buat perangai sampai ummi tak larat nak kawal. Grrrr dah orang bagi peluang tu pegi jela buat =..= sementara tunggu abi ber Flying Fox bawak Fateh Uwais main kereta dekat Zoom Bug. Sebenarnya kena guna tenaga kaki. Tapi Uwais dah letih. Ummi pun tolak dengan kaki ummi jelaaaaa, dia kawal kereta tu jangan sampai excident masuk longkang. Jadilahhhh tu pun sempat repeat berapa round entah la tak ingat. Time tu takde orang dekat situ. Bagi jela anak main sepuasnya.




Lepas Zoom Bug tanya Escape Team dekat mana tempat Tots Trail terus bawak anak ke sana. Sampai la akhirnya abi jumpa kami berdua setelah berpeluh-peluh mencari katanya kihkihkih. Dah tu takkan nak duduk tunggu saje dekat bawah tu :p



Making a kite is only half the fun. The other half comes from launching it and shouting, "LOOK! MY KITE IS FLYING!!" Drop by Serambi Tok Awang at ESCAPE and let your kids learn to make kites.
Kredit : Facebook Escape

Check map lagi nampak Serambi. Malangnya hari sabtu lepas Serambi tutup, under construction. Tapi dari pemerhatian saya. Serambi tu lebih pada macam main pondok-pondok zaman kita dulu. Ada rumah kayu, ada permainan dalam tu. Takpe next time kalau pegi lagi boleh tengok apa yang ada dalam Serambi tu pulaknya.




Tarzan’s Rope. Yang ini Fateh Uwais tak boleh buat walau ber dot merah jugak. Sebab “too small” . aktiviti ni bergayut macam tarzan tu la. Memang syokkkk tengok. Tapi sebab Uwais kecik lagi. Karang bergayut jenuh nak tarik bawak turun pulak tak memasal kihkihkih. Mujur lepas pujuk-pujuk boleh makan lagi. Tapi kena upah naik kerbau tu pulak. Kerbau pun kerbau lahhhhh.




Melilau mata sementara anak duduk atas kerbau ternampak Foxy Burrow. Ehh yang ni pun Fateh Uwais boleh buat sebab ada dot merah dalam map. Tanya instructor tu. Pun dia kata “too small” tapi dia bagi peluang Uwais buat lepas anak mat salleh tu kata dia boleh bawak Uwais masuk dalam. Foxy Burrow ni sebuah rumah kecik je. Tapi dorang modified dalam tu jadi macam gua. Gelap macam gua. Ada tiga orang sekali masuk. Dibekalkan satu lampu picit. Uwais masuk sekali. Kami perhati dari dalam cc tv dekat luar. Mulanya ok tapi masa nak panjat gua(naik ke tingkat atas rumah) Uwais takmo teruskan, dia takut. Walaupun anak mat salleh yang masuk dengan dia sekali tu ajak dia teruskan dan berniat nak tolong dia “take my hand” tapi sebab dia tak faham English makanya dia tak teruskan ikut orang yang dia tak kenal. Dari pemerhatian cc tv nampak Fateh Uwais pusing belakang balik ikut jalan yang dia lalu awal tadi dan cari jalan keluar. Ohh lagi sekali ummi bangga dengan awak sayang. Awak tau awak tak mampu buat tu, awak tak nanges dekat situ tunggu orang selamatkan tapi awak sendiri fikir dan cari jalan keluar. Anak ummi dah mampu fikir tahap tu rupanya. Tatau la kot kalau ummi ni ciwi lebih kan kofkofkof :p tapi memang akui Escape ni mengajar anak berdikari dan berfikir diluar kotak kemampuan diri dia sendiri. Sampai ummi abi pun tak jangka yang anak mampu fikir dan bawak diri ke tahap tu.

Tapi memang tu yang Mr Sim Cheng Khoo nak terapkan dalam Escape. Kanak-kanak dan dewasa mampu berfikir diluar kotak. Macam budak-budak zaman dulu. Tak manja dan mengharap pada orang dewasa semata.



Kids need to play make believe. Fanciful pretenses enrich their imagination. Take them on the Discovery Dig in search of gold. Let them lose themselves as prospectors
Kredit : Facebook Escape 

Ada lagi satu yang ummi tak perasan. Discovery Dig. Hurmm memang kena pergi repeat lagi ni ceritanya. Tapi tunggu ummi habis pantang dulu hihihi.




Bila ummi pun dah penat. Dan abi pun ambik masa nak habiskan aktiviti dia dekat Monkey Business. Bawak anak melepas penat dalam Kids Playroom. Tak ramai orang pun dalam tu. Yang tepatnya masa kami masuk petang tu takde orang pun. Hanya kami berdua je semata. Sempat la ummi lunjur kaki, renggang2 pinggang sekejap sementera bagi anak puas main permainan dalam tu. Cumanya permainan dalam tu yang berbunyi tak berbunyi dah sebab bateri semua dah habis. Tapi kesah lah, permainan yang tak berbunyi pun mengajar anak berfikir luar kotak jugak macam mana nak bagi dia berbunyi kannnn ;) memana pengunjung yang datang bawak baby tu sekali sekala boleh bawak dorang berehat dalam Kids Playroom ni. Selesa untuk dorang. Ada aircond.

Next entry nanti baru cerita apa yang Escape Penang sediakan untuk kami hari sabtu lepas. Minggu ni entry penuh dengan Escape je. Banyak benda nak cerita. Tak cukup satu entry je hihihihi. Thanks sekali lagi Escape Penang dan Projek Blogger Utara ;)

Entry lain mengenai Escape Penang :-






Operation Hours

Tuesday – Sunday
9am to 6pm

Ticket counter closes at 4.30pm

Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia

T : +604 881 1106
F : +604 881 3106



17 comments:

dorsett pink said...

bestnye.. nanti nak bawaklah anak saya dating sini

Izwa Kamaruddin said...

aaa best nyer aktiviti macam ni utk anak~

dorsett pink said...

bestnye escape ni. nanti nak bawaklah anak saya dating sini

Zafirah Kama said...

uish.. pandainya si Fateh Uwais tu cari jalan keluar balik.. kalau budak lain, mesti dah melalak tak hengat...

Murni Alysa said...

ooo patut la lps petang sket tu kiera hilang..rupanya kat dalam kids playroom..Murni jer duk tgk husband kiera & husband murni duk menghabiskan perjalan di Monkey Busines Level-3..hehehe

aizamia3 said...

Bila pergi dan main waktu tak ramai orang lagi puas rasanya kan.. ;)

el said...

seronok tgk uwais enjoy main dlm tu
nasib ada kakak arwen jd assistant..
good job uwais..love u hehe

el said...

laaa xtau pun ada kids playground..
aci x nak pi lagi bw si kecik tu haha

izzeyda said...

tak prasan pun tots trail tuh.. anak2 p kat discovery dig.. memasing dapat medal..memang pun nak kena repeat, banyak lagi tak sempat cuba..

iryantyismail said...

banyaknya aktiviti

Alia Farhan said...

wah...
beraninya uwaisss....

Cik Ash said...

wahhhh uwais cerdik sangat berfikir tu

Mummydearie said...

Macam-macam ada dalam ni untuk anak-anak kecil ya. Kalau bawa anak-anak akak ni tentu mereka suka.

Cerdiklah Uwais, tahu pulak dia mencari jalan keluar!

QasehnyaRania said...

best best xtvtnya
ooo dkt teluk bahang la.
silap la. yg dkt pisa tu ape erk ?

OKje said...

Kalau suami minat main outdoor hini oklah kan Kiera....pak Jilap rasanya kurang...outdoorkat mall mungkin suka hihi....tu bukan dia jer suka, okje pun suka haha....

Nampak happy si Fateh tu. Budak lelakikan suka explore

cik Anggur said...

tahniah uwais !

Nina Mads said...

nasib uwais dh berani main.. hehehe
bagus juga tak nangis2 mcm budak2 lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...