Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sambungan entry semalam. Hewhewhew :D
parking dekat sana korang jangan risau. Banyakkk dan setiap tempat parking tu
diteduh dengan rimbunan pokok dan daun. Takde la berbahang sangat rasa time nak
ambik kereta waktu nak balik. Kalau tak nak datang naik kereta boleh jugak naik
bus rapid penang yang maha banyak tu. Tak silapnya naik bus no 101 atau 102.
Kalau tak silap lah hihihi. Tapi sebut jela Escape. insyaAllah driver sana tau
lah mana nak bawak ;) Kalau datang bersama kumpulan booking lebih
awal dulu. Sebab ada jugak perasan aritu pihak Escape sediakan baju untuk
dorang. Dapat 5% percent sorang tak silap harga tiket dari harga asal. Tak
pasti yang ni sebab suami yang cerita. Dia beramah tamah dengan pengunjung
dekat sana. Dorang yang bagitau. Tapi korang adalah lebih baik rajin-rajin
bukak web dorang. www.escape.my sebab kadang boleh dapat offer dari 10% sampai
50% kalau kena masanya. Beli tiket online lagi menguntungkan dari walk in. kalau nak pegi tahun depan pun boleh book siap siap tahun ni. lagi banyak offer boleh dapat.
Harga tiket tertera seperti di atas. Memang
quit expensive tapi berbaloi bagi kami. Hampa jangan pulak mai pukul 11 macam
tu memang rugi la sebab tak dapat buat banyak aktiviti. Escape bukak pukul 9 pagi jadi sebelum 9 mula lah terpacak depan kaunter dorang. Jadinya bukak je gate
hampa boleh serbu masuk. Tapi sebelum tu jangan risau. Instructor dorang akan
bagi taklimat dan guide untuk setiap aktiviti dalam tu. Yang penting jangan dok
buat kepala sendiri sudah. Setiap aktiviti ada peraturannya ye.
Sebelum masuk make sure hadam map ni
betoi2. Masuk je gate akan nampak tempat aktiviti Monkey Bussiness(no 28) tapi
pendapat saya jangan mula dengan aktiviti tu dulu. Sebab aktiviti tu makan masa
nak habis. Masa banyak habis dengan tunggu giliran orang sebelum kita. Sebabnya
satu plantar had maksimum tiga orang je boleh tunggu giliran. Jadinya pergi
cuba buat aktiviti lain dulu. Nanti dah last2 baru mai buat Monkey Bussiness.
Jangan risau escape tutup pukul 6 petang. Akan ada masa korang main semua
aktiviti kalau pandai atur. Dan jangan berat mulut untuk tanya Escape Team
dekat mana lokasi sesuatu kawasan tu. Lebih menjimatkan masa korang dari
tercari-cari sendiri.
Mana yang bawak anak kecik macam kami.
Fateh Uwais tu tak banyak aktiviti dia boleh buat. nama lagi masuk pun free
hihihi. Boleh rujuk map. Nampak tak dalam kotak future kid berwarna merah. Jadi
korang rujuk dot berwarna merah dekat list legend tu. Dot berwarna merah tu
khas untuk kids berumur 0-3 tahun.
Tapi tak semua yang berdot merah tu sesuai
untuk Uwais jugak. Macam Tarzan’s Rope(no 19 dalam map) tak sesuai untuk Uwais.
Sebab “too small” kata mereka. Bahaya. Jumping Jack (no 27) pun tak sesuai untuk
Uwais. Tau dah sebab takde tanda dot merah dalam map. Tapi budak sorang tu
teruja tengok orang boleh lompat-lompat atas tu. Menangis2 nak jugak main benda
alah tu. Terpaksa la ummi bukak kasut dan bagi dia lompat2 je sikit atas tu.
Buat lepas teringin. Tak cukup lagi gamaknya lompat dekat Jump Street dulu +.+
Sementara bagi abi peluang buat aktiviti
sendiri. Yela Fateh Uwais kan kembo abi dia. Kalau dok merap dia bila masanya
abi nak merasa main itu ini. sementara tunggu abi. Ummi pun bawak Uwais pergi
main dekat Tots Trail (no 14) Ada lebih kurang 12 step yang Uwais kena lalu
sebelum sampai ke garisan penamat. Dekat Tots Trails ni memang menguji
kemampuan fizikal dan mental Fateh Uwais. Nampak dia mampu buat sendiri. Ummi
yang sebak dan bangga. Anak ummi dah besar. Dah mampu buat sendiri rupanya. Tak
perlu harap ummi untuk tolong dia. Cuma
ummi kena bersorak bagi semangat sampai kering tekak takmo moral dia down.
Cumanya dia jadi manja bila tengok ada orang lain yang dia boleh harap. Nampak
kakak awin dengan abang izzat datang terus jadi manja. Mintak tolong kakak nak
lepas ujian tu. Tapi tak dinafikan. Lepas satu step ke satu step. Jadi makin
mencabar dan lebih kena guna tenaga. Budak tu dah penat. Bila penat memang
mental pun boleh drop. Tambah lagi bila nampak abi sampai dekat dia. Terussss
“abiii selamatkan lah adik ni. Adik takuttttt. Adik tak larat dahhh” “abiii
tolong lahhh” =..= tadi bolehhhh je. Manja!!! Walaupun awalnya rasa menyesal la jugak
bagi anak main dekat situ sebab aktiviti dia panjang dan banyak tapi ubah balik
mind set “aku nak ajar anak jadi kuat, jadi biar dia buat sendiri”
alhamdulilah, ummi bangga dengan kemampuan awak sayang.
botol air, makanan tak dibenarkan bawak masuk sekali. boleh tinggal dekat dalam kereta. beg boleh letak dalam locker yang diorang sediakan dekat bahagian dalam berdepan dengan tandas. bebila nak ambik barang cuma perlu tekan passcode yang pihak kaunter akan bagi dan lepas pintu terbukak ambik la barang korang. bab makan dan air jangan risau dalam Escape tu sendiri ada foodcourt yang jual macam-macam makanan dan air. tapi sebelum tu kena top up kredit korang dekat kaunter depan. minimum RM10 dan dapatkan passcode dulu. passcode tu la yang korang kena gunakan bila nak beli apa-apa dan bukak locker korang tadi. dekat dalam escape dorang tak pakai cash. tapi kena rahsiakan passcode dari pengetahuan orang lain. sebabnya incase ada lagi baki, sebelum check out boleh refund balik dekat kaunter yang sama. kalau tak cukup masa nak membeli, boleh refill. mudah. hihihi
belum masuk buat aktiviti dekat dalam dah basah berlemoih berpeluh dah budak sorang ni. melasak dekat luar. haihhh becak tiak dengan dia sorang
Entry lain mengenai Escape Penang :-
- Escape Penang : Time To Play
Operation Hours
Tuesday – Sunday
9am to 6pm
Ticket counter closes at 4.30pm
Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
T : +604 881 1106
F : +604 881 3106
W : escape.my
14 comments:
AAAA best nyer! anak-anak dapat main sambil belajar!
Sukalah anak2 tu dengan aktiviti lasak macam tu KS..
Aktif sungguh si bujang kecik tu :)
hehehe seronok tgk uwais haritu..dan paling tak bleh blahh masa abi dia duk ushar2 atas konon nak panjat sat lg kalih2 tengok uwais dah lari jauh p kat tempat main guli tu..ape lagi berlari abi uwais p tangkap dia..hahaha..pantang lepa mata ja naa dia..lawak2 tp isau gak..hehehe
Ni, kalau pergi.. anak2 tengok mak budak main dulu.. ekekeke.. ;)
Lepas ni bawa Uwais ngan adik dia pula ye..
Haha comel lah uwais ni takmo berjauhan langsung dengan abi dia. Kak Kiera, contoh kalau nak masuk tapi tak main pun kena bayar lah juga kan?
Hahaha.. nampa abi, terus tak larat ea Fateh Uwais..
haaa.. tak masuk lagi, baju dah lencun macam dah lama main.. aktif nau..
suka laa dia boleh main jugak..
seronk la tgk gmbaq2 hampa kt escape
uwais gembira nampak tu....
Boleh tahan juga harganya. Paling tak menahan ada juga ya super kid. Hahaha!
Banyak aktiviti kat dalam ni. Dengan membaca aje dah jadi seronok. Rugilah hari tu tak masuk Escape ni. Tapi jenis yang suka tak merancang kalau nak ke mana macam akak ni, memang kes nayalah!
Mahal jugak tiket dia ye Kiera. Kalau okje dah beratus ratus tu.....Nampaknya lupakan ajelah hasrat hihi...
uwaissssssss ..........
seronok tgk uwais main walaupun akak2 sibuk memanjat kt atas. hehee
Post a Comment