Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Love all of u too hero bertiga. Semalam 28 September cukup lah seorang Ummi FatehFurqan dua puluh lapan tahun. hurmmm dah 28 pun. rasa macam baruuu je lagi habis SPM hahahahaha :p kalau dulu bila masuk tahun baru berlagak je lagi cakap saya 21 tahun ni. tapi sekarang awal tahun orang tanya umur berapa? 27 tahun. nanti bulan sembilan baru masuk 28 hahahahaha. sindrom sungguh!!!!
Alhamdulilah dua puluh lapan tahun Allah pinjamkan nikmat nyawa dan segala nikmat yang dah Dia pinjamkan untuk saya didunia ni. syukur, terima kasih Ya Allah!!! Dua puluh lapan tahun ni rasanya banyak yang dah dapat. ada family sendiri, family mentua, suami, anak2, sahabat kawan, kereta. rumah je takde lagi. insyaAllah masanya mungkin hampir tiba untuk rumah tu. hari2 doa huuuuu. moga Allah makbulkan amin amin
Untuk mama papa dan keluarga. terima kasih dah lahirkan seorang Nur Syakira dan membesarkan saya dalam keluarga yang cukup kasih sayang dan bahagia. segala kekurangan dan kelebihan yang lebih menguatkan ikatan antara kita semua. rindu nak pergi holiday. tapi sekarang kena hold dulu. insyaAllah one day ye. untuk mama terima kasih atas segala pengorbanan mula dari saya mula membenih dalam rahim mama hinggalah dah besar panjang ada anak2 sekarang ni. dah jadi mak mak baru lebih paham dan tau erti kasih dan cinta seorang ibu pada anaknya.
Untuk keluarga mentua. terima kasih menerima diri ini seadanya. moga segala kelebihan menutupi segala kekurangan yang ada dalam diri saya. moga segala ujian dan cabaran lebih mematangkan kita dan menguatkan ikatan kekeluargaan antara kita.
Untuk sahabat, teman, rakan dan kawan. terima kasih juga menerima diri saya seadanya. terima kasih sudi berkawan bersahabat dengan seorang Syakira Yaakub yang ada kalanya peramah dan ada masanya pendiam. biasa lah kalau baru mula kenal memang diam sikit. dah kenal lama baru syok nak sembang pung pang pung pang ekekekeke
Untuk anak-anak ummi Fateh Uwais, Furqan Uqbah. ummi bersyukur sangat Allah kurniakan ummi dengan anak-anak lelaki ummi ni. walau setiap hari pening rasa nak pitam dengan karenah dua hero tapi setiap saat setiap waktu jugak ummi bahagia dengan awak berdua. anugerah terindah untuk ummi. takde lain yang ummi doa. moga ummi diberi kudrat untuk membesarkan anak2 ummi depan mata ummi sendiri. maaf ummi tak banyak masa dengan awak. ummi kena kerja tolong abi nak membesarkan awak. ummi nak awak hidup dan membesar dengan selesa dan gembira. tapi insyaAllah bila ummi ada masa ummi akan luangkan masa yang berkualiti dengan awak berdua. awak doa la abi kaya cepat2 boleh ummi berhenti kerja (ke?) duduk rumah jaga awak berdua. lepas tu boleh kita bergaduh dan call abi dekat tempat kerja semata-mata nak mengadu. hahahahahaha
Untuk awak yang teristimewa wahai suami. hurmmmm... terima kasih terima diri ini seadanya jugak. terima kasih untuk segalanya yang hampir empat tahun kita memadu kasih ni. ecehhhh hahahaha. terima kasih jaga saya, masakkan untuk saya bila saya merap "syg tak larat" , tolong basuh baju, sidai baju, lipat baju-baju, basuh pinggan, siang ikan ayam sebelum masuk peti, mop lantai sebab awak tak suka vacum rumah, salin pampers anak, bangun buat susu Fateh Uwais malam2, tukang kejut bila saya tido mati tapi baby menangis nak susu kat tepi (hahahaha), alaaaaa kalau nak list nanti panjang pulak entry ni. tapi terima kasih lah untuk semuanya. walau ada kala saya rasa saya macam monster tertukar emosi tapi awak masih bersabar dengan karenah saya. saya sayang awak tau. sayang sangat. awak ingat saya selalu pesan kalau awak berani sayang2 orang lain yang tak patut tu siapppppp awak saya kerjakan hahahaha. tapi insyaAllah saya tau sayang awak pada saya je kan? (asah parang :p)
ni saya nak pecah rahsia ni. ada masanya baju-baju yang awak lipat tu saya pejam mata je susun masuk almari. tapi ada masanya jugak saya bukak balik lipatan baju tu sebab tak sama dengan cara saya lipat. biasa la awak kan tau saya ni spesies mama zila tu. OCD hahahaha. tapi OCD yang light2 jeeewwwwww gituuuuu :p jangan pulak lepas ni serik nak tolong lipat kain lagi!!! :p terima kasih lah sudi bersabar dengan manusia suka berubah emosi macam saya ni. dan terima kasih hadiahkan saya benda alah yang saya duk berzikir dekat awak hari2 tu dan terima kasih belikan saya kek fevret saya tu.
hurm alkisahnya kek tu saya yang suruh dia beli. sebab tau kalau tak kabo karang hati ternanti2 nak suami balik bawak kek. tapi karang kalau impian yang disimpan tapi tak dapat jadi sedih. dari sedih sorang tak ketahuan hala baik bagitau siap2. orang laki ni bukannya paham bahasa badan ke bahasa merajuk orang pompuan ke. tapi tulisan atas tu lahir dari hati sanubari dia yang dalam lah!! bukan rekaan sang isteri jugak :p dua bulan lepas dah remind nanti 28.9 sila beli kek SR sebab BRIM masuk. BRIM masuk time besday saya. jadi sila tolong beli saya nak jugak2 hahahahahaha. perangai sungguh!! mujur tok laki iye kan je layan kepala bini dia. hurmm karang orang claim kita bini banyak songeh pulak tapi nak bagitau jugak. saya ni rasanya jarang la mintak benda2 cenggini dengan somi. sebab kita sendiri kerja ada duit sendiri boleh beli. tapi sebab entahnya lepas2 je bersalin dulu kena pantang makan kek. bila tau BRIM masuk 28.9 terus tergedik2 mintak somi beli kan kek SR jugak2. kek SR je. kek lain takmo!!!! hahahahahahahaha :p
terima kasih pada semua yang wish. moga semua yang mendoakan dikembalikan kebaikan dan rahmat itu kepada kalian semula. amin amin. wish list tahun ni. nak beli rumah sendiri dan nak ada geng baby girl buat kawan flip hair dan flip shawl. ehh yang geng baby girl tu bukan tahun ni. mungkin tiga ke empat tahun lagi la kot hahahaha kbai :p