Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

07 September 2016

Kuning | Jaundis


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera



Dari lahir sampai la hari ke-9 takde kuning pun Furqan Uqbah nya. Dekat wad konon-konon dokte suspek kuning la tapi bila dorang tengok balik “hurmmm ni bukan kuning tapi kulit dia putih tu yang nampak macam kuning” sama la macam Fateh Uwais dulu. Anak sulung alhamdulilah tak kena kuning. Anak kedua ni dah hari ke-9 pulak tetiba nurse yang datang check dekat rumah suruh refer ke klinik. Sebab dorang sendiri tak sure samada baby ada kuning atau tak. Dorang pun macam was-was.



Hurm dah kena refer tu kita pergi jela. Sebab kalau kuning pun risau jugak. Antara effect yang dah pernah jadi depan mata disebabkan kuning dan tidak dipantau atau tak ikut arahan dokte. Bila besar otak dorang lembab sikit. Susah nak terima ilmu yang disampaikan. Itu yang pernah terjadi depan mata lah.



Bawak check KK memang ada sikit kuning dekat baby. Tapi memang lowwwww sangat sangat. Empat kali jugak la berulang check ke kk. Tiga kali cucuk ambik darah. Kemain lagi nangesnya anak kami tu huuu. Sedih. Sayu. Tapi apa boleh buat. demi masa depan dia gagahkan jugak la. Pekak kan aje telinga. Huuuu



Dokte dah kata nanti kalau sampai hari ke-14 check kulit baby takde kuning makanya dorang tak akan cucuk ambik darah dah. Ohhh selamat. Mujur la jugak baby detect kuning dah lewat. Sekurang2nya takde la nak berulang ke klinik tu banyak hari sangat. Hari ke-14 dokte check kulit Furqan Uqbah takde dah kuning “kulit mak dia pun kuning, ni sebab warna kulit je bukan dia ada jaundis pun” huuuuu dah kabo dah dari awal ritu tapi depa takmo percaya cakap ummi. sobsssss

antara petua yang mama amalkan untuk hilangkan kuning bayi. mandikan dengan air rendaman agar2 kering, air rendaman kucai. susu baby banyak2 dan jangan bagi baby banyak tido. baby yang suka tido memang boleh tinggi lagi kuningnya tu nanti. kejut dan bagi susu badan. momies yang menyusukan anak pulak kena elakkan makan jamu herba dan benda yang bersifat panas contohnya ikan bilis lada hitam yang sedap tu. lada hitam kan panas.



antara petua yang momies boleh amalkan dari hamil untuk elak baby dalam kandungan kena kuning. kurangkan makan fast food, jajan2. makan pati delima dan amalkan vco. virgin coconut oil. insyaAllah kalau dengan izin Allah takde anak tu kuning nanti.

16 comments:

cik Anggur said...

alhamdulillah kejap ja kuningnya mcm bussaina dulu.....ada pn sikit ja ~

Cik Ash said...

Petua yang bagus tq kiera kongsi

el said...

empat2 anak iols semua jaundise
paling lama 20hari
mmg jenuh gak lah berulang pi cek darah huhu

idzwa kamaruddin said...

3 ketul tu semua prolog jaundis sampai 40-44 hari

Travelog Sunyi said...

alolo..putih nye die..
Uwais dah jd abg..

Siti Nurzafirah said...

susu kurma pun elok untuk elak baby jaundis...

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Ya Allah.. bestnya. anak syurga ni.

Semoga semuanya baik2 ya..

hainom OKje said...

Dah emak paknya memasing kulit putih, manalah tak putih kulit budak comey pipi tembam tu kan....
Dulu masa anak baby baby, OKje takut betul nak ke hospital atau ke klinik tau Kiera....Takut kena tahan

Mummydearie said...

Anak akak yang sulung aje kena demam kuning. Kena tahan kat ward kejap. Yang nombor dua tu alhamdulillah takda kuning.

Putih kulit alahai, manalah nak nampak yang mana kuningnya!

alia farhan Said said...

Sgt kesian bila baby kena jaundis...
Ikut je lah arahan doc n nurse..
Sbb depa lagi expert kan bab2 ni

Kesuma Angsana said...

tahniah yer... jaundis ni mmg biasa utk baby, bagi susu ibu byk2 itu yg terbaik yer

Cik Ash said...

putih la baby ni geram cik ash... doakan cik ash dapat baby gak hihihi

aryan azra said...

akak amalkan juga petua tu, tapi kata dokte sebab anak2 darah o+ memang cepat kena kuning nak buat macammana redha je la hehehe

zai zamree said...

Aqil ritu hr ke 7 br tau kuning...check2 dh tinggi...gelabah gak la bl kata kena thn wad...nice info

Nina Mads said...

alhamdulillah baby tak teruk. nina dlu xkena kuning. ikut petua cina jgn mkn jambu batu. itu paling kena pantang sbb kuning tinggi

Blogger said...

3 Researches REVEAL How Coconut Oil Kills Belly Fat.

The meaning of this is that you literally get rid of fat by consuming coconut fat (also coconut milk, coconut cream and coconut oil).

These 3 studies from large medicinal magazines are sure to turn the conventional nutrition world around!

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...