Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
The Raja Kuah Knorr
Challenge – Northern Region @ Alor Setar
Sabtu,
3 september 2016 lepas berpeluang turut serta dalam satu pertandingan yang bagi
saya cukup besar, hebat dan menarik. Terima kasih Team Projek Blogger Utara
yang sudi menjemput saya bersama-sama dalam team media menyokong program ni.
Grrrrrr
dah lama tak mengarang ayat mula la nak jadi skema. Tula cuti lama lagi =..=
saya sampai perkarangan Aeon Big Alor Setar around 4.15pm. sampai-sampai terus
daftar nama dulu. Rupanya waktu tu dah masuk second round pertandingannya. Awal
tadi dalam pukul 1pm macam tu dah first round. Saya ingatkan second round macam
peringkat saringan pemenang first round tadi. Rupanya peserta ada 10 orang. Tak
boleh nak serentakkan semua memasak sekali makanya pihak Knorr buat dua kali
saringan. Alaaa terus rasa macam rugi pulak tak join dari awal tadi kalau tidak
boleh la tumpang rasa sedap ke tidak masakan candidate yang awal tu
muahahahahaha :p
Elok
saya sampai tengok kru knorr tengah set up meja masakan peserta. Tumpang
berdebar sekali tengok diorang set up meja tu hihihi. Kami diberitahu yang
syarat kelayakan adalah sangat ketat. First mesti sediakan resepi sendiri,
bukan copy paste resepi orang. Dari resepi sendiri pihak Knorr akan tengok
resepi mana yang kreatif dan lain daripada yang lain. Kedua mestilah anak jati
kedah. Tapi disebabkan Knorr buat empat zon sahaja makanya peserta yang dari
Perak,Penang,Perlis pun boleh turut serta asalkan dari Utara J Ketiga, WAJIB
masak masakan berkuah. Jadi pilih lah samada nak masak kicap, masak lemak atau
kari. . Nama lagi RAJA KUAH KNORR kan mestilah masakan berkuah hihihi. Pihak
Knorr nak ketengahkan masakan melayu dalam pertandingan ni jadinya 3 menu utama
tu yang wajib peserta pilih. Pilih satu je. Kalau layak masuk Grand Finale
nanti baru kena masak dua hidangan pulak.
Tepat
jam 5pm second round The Raja Kuah Knorr Challenge pun bermula. Tengok
ketangkasan peserta2 tu pun teruja. Berpeluh sama tengok diorang masak. Yela
juri orang hebat2 oiiii. Chef Selebriti Chef Jo ketua juri hari kejadian. Mau
tak berpeluh sakan. Mengikut kata Chef Jo antara criteria yang diorang tengok
off coz la sedap ke tidak, cukup masak ataupun tak masak, kebersihan dapur,
presentation masakan, dan kreativiti peserta. Dalam syarat takde letak
kreativiti tapi juri akan letakkan sebagai markah bonus kalau ada kreativiti
dalam masakan peserta. Contohnya kalau masak ketam samada korek isi ketam
keluar buat bebola atau selainnya. Cenggituuuu. Fuhhh berpeluh jugak dengar
komen juri2 ni hihihi. Tumpang bangga tengok Blogger CP jadi juri jemputan
sama. Boss beso Projek Blogger Utara. Tahniah2 moga2 nanti dijemput jadi juri
jemputan lagi hihihi.
Harum
semerbak dalam perkarangan Aeon Big Alor Setar sabtu lepas. Dan2 perut rasa
lapar hahahaha. Memang sedappppppp sangat bau nya. Tentu2 lah sedap nak pulak
pakai barangan Knorr kannn. Lagi bertambah tambah kesedapannya. Kalau sesiapa
yang join sabtu lepas boleh jugak merasa makanan yang pihak Knorr sediakan. Dah
rasa sedap tu boleh jugak beli produk2 yang diorang sedia jual dekat sana.
Takpe jangan risau nanti November ada Grand Finale dekat KL tak silapnya. Boleh
rasa dan boleh jugak beli. Jangan tatau pengguna yang beli terbanyak siap boleh
dapat hadiah lagi. Sabtu lepas dua pembeli bertuah dah pun menang hadiah. Dah
la sedap murah hati pulak lagi bagi hadiah.
Yang
paling best penonton yang turut serta beri sokongan dalam pertandingan Raja
Kuah Knorr sabtu lepas turut serta berpeluang merasa masakan yang para peserta
sediakan lepas pihak juri merasa dan membuat penilaian. Kami2 pihak media pun
tumpang la merasa sekali. Sedappp memang sedap tapi biasa lah kan ada yang liat
dan terlebih masin tu adat bertanding. Tambah2 pulak bukan dalam dapur sendiri.
Macam saya sendiri kalau masak selain dapur saya memang rasa tak kena. Mula
rasa macam baru belajar masak balik ekekeke.
Tengok
dengan mata sendiri memang sengit sabtu lepas. Tengok dari segi presentation
lagi kagum. Dah macam presentation hotel2 taraf empat lima bintang lagi dah.
Ohh ye untuk pengetahuan, kesemua peserta ni masing-masing ada perniagaan
sendiri. Dan antara sebab yang diorang masuk bertanding untuk merebut hadiah
lumayan yang pihak Knorr sediakan. RM144,000 tu engkooooo. Memang boleh bukak
restoran dah haaaa. Tengok hadiah yang Knorr sediakan sabtu lepas pun dah
teruja sama. Ini kan pulak untuk hadiah Raja Kuah Knorr nanti entah macam mana
lah pulak banyaknya. Ok terus tak sabar :p
Antara
hidangan para peserta sabtu lepas.
Kari Rusuk Lembu Istimewa Bersama Rias Batang Pisang Ala Knorr
2nd Runner Up
Mohammad Iskandar Bin Ishak
Masak Lemak Udang Dan Cendawan Sisir Knorr
1st Runner Up
Zainab Bin Mohd Hussain
Daging Purba Kuah Karipoley Knorr
Winner
Budiman Bistari Bin Mohamed
Kari Ayam Iman Nafis
Anas Bin Ahmad
Udang Galah Masak Lemak Marvelous
Norihan Binti Kadir
Lemak Ketam Cendawan Tiram
Fauziah Binti Hamid
Kari Ayam Labat
Zainab Binti Harun
Hirisan Itik Bersos Hitam Manis
Mohd Noriman Khairullah Bin Abdul Nasir
Kari Ayam Tumis Lemak Labu Knorr
Mohd Faizal Bin Mehat
Mohd Faizal Bin Mehat
Dan
yang ini hidangan Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 peringkat utara. Sila lap
ailio masing-masing ye hahahaha. Sayangnya saya tak sempat pun nak merasa
hidangan sang juara ni. Daging Purba Kuah Karipoley Knorr. Haaa
engko nama pun dah nampak sedap. Rasa memang la lagi sedap kan. Kalau tak sedap
takkan juri angkat jadi juara hihihi.
Sepuluh
orang peserta Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 peringkat utara bersama para juri.
Chef Jo, Chef Hadzri dan Chef Ariffin (blogger CP) hihihi.
Juara
En. Budiman Bistari Mohamed dengan hidangan Daging Purba Kuah Karipoley Knorr. Tempat kedua Zainab Bt Mohd Hussain, Masak Lemak Udang Dan Cendawan
Sisir Knorr. Tempat ketiga Mohammad Iskandar Bin Ishak, Kari Rusuk Lembu
Istimewa Ala Knorr Bersama Rias Batang Pisang. Kesemua peserta ni dari peringat
pertama yang awal tadi. Dan sedihnya saya tak dapat nak turut rasa hasil
masakan diorang. Sobsssss. Tahniah kepada semua para pemenang.
Yang
pulang dengan saguhati jangan berkecil hati nanti lain tahun boleh cuba lagi ;)
Terima
kasih pada Pihak Knorr dan Projek Blogger Utara yang sudi memberi peluang pada
saya untuk sama turut serta dalam Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Peringkat Utara
sabtu lepas. Tahniah untuk majlis yang cemerlang dan meriah. Tak sabar nak tengok kemeriahan masa grand finale November nanti.
Terima kasih pihak Unilever Food Solutions. Setahun
tak habis makan ni oiiiii :p
8 comments:
Selalu beli tang kiub ayam dengan ikan bilis tu..... Goreng mee ke mee hoon mmg buh kiub bagi sedap. Senang kerja mak hihi
Seronok dapat jumpa chef celebriti ye Kiera
seronok tgk gelagat peserta juri dan bloggers yang hadir hehe
cef jemputan, macam mana masakannya ? sedap tak ?
bestnya dapat join event gini..
byk goodies nye tu. hiks
Salam Singgah Jumaat. Selamat hari raya Aidiladha in advance juga. Wah bestnyer klau dpt join sekali mcm ni kan !
syok kan dapat lalui program macam ni depan 2 boleh rasa pelbgai makanan
wah bestnya..dapat jumpa chef zubir lagi tu
bestlaaaa kira dpt join. hehe
Post a Comment