Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

26 September 2016

Pusat Berdarah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Kejadian lepas pusat Furqan Uqbah dah jatuh. Pusat tertanggal masa hari ke-7 dulu Fateh Uwais hari ke-11 baruuu nak jatuh pusat. Masa dulu tu tatau yang rupanya air merah yang hospital bekalkan kena letak sehari sekali je. Yang ummi letak dua kali sehari. Padan la pusat anak tak kering2 dan lambat jatuh. Dengan anak kedua ni baruuuuu la nak PANDAI sikit(hahaha) letak sekali je sehari dan bagi tali pusat tu kering2 baru lah pusat tu cepat jatuh.

Bukan ape baby ni selagi pusat tak tertanggal selagi tula seriau nak uruskan dorang. Takut dorang sakit bila tali pusat yang tergantung2 tu terlanggar ke tersepit ke ape ke. Bila dah jatuh legaaaaaa. Nak pakaikan pampers pun tak seriau lagi dah.

Tapinya Furqan Uqbah ni bila dah jatuh pusat jadi berdarah pulak dalam pusat dia tu. Banyak hari la jugak. Kebetulan check up dekat klinik. Terus tanya pasal pusat yang berdarah tu. Kata nurse normal je sebab boleh jadi masa tertanggal tu pusat belum kering elok. Atau masa nurse LR potong terpotong jauh sangat dari pusat. Jadi nya luka dalam tu lambat sembuh tu yang jadi berdarah. Tapi baby takde rasa sakit.

Alhamdulilah legaaaa dengar. Info tambahan yang bidan urut kabo(bagitau) kalau orang dulu masa bersalin tali pusat tu bidan lurut dulu bagi keluar lendir baru dipotong. Tapi zaman sekarang tak. Keluar je baby terus gunting tali pusat, tak lurut keluarkan lendir dulu. Tu yang tali pusat lambat kering dan lambat proses nak tertanggal dengan sendirinya.

Lagi katanya. Sebab tu baby baru lahir ni kena tuam dekat area pusat tu. Takut lendir yang masih ada tu masuk dalam ari2. Kalau perempuan tu yang jadi punca keputihan dan kalau lelaki punca kena angin pasang. Wallahualam. Tapi orang tua ni kan lagi banyak pengalaman. Lagi banyak makan garam. Makanya kalau ada petua kita ikut jela selagi tak salah ;) katanya kalau nak tuam pusat anak yang belum jatuh lagi daun sireh tu layurkan atas api dah suam tuam2 ke perut anak dan pusat anak tu


hurm boleh jadi jugak la sebab Furqan Uqbah memang kuat nangis masa dalam pantang. yang tu nanti cerita lain la. abi dia pun perasan masa nangis tu pusat tutup bukak tutup bukak sama macam mulut baby yang tutup bukak masa nangis tu. sekarang alhamdulilah lepas pusat dah kering elok, dah tutup rapat takde dah isu pusat berdarah lagi. alhamdulilah :)
 

8 comments:

cik Anggur said...

haaa.....yg nie lebih kurang mcm mak akk penah pesan

idzwa kamaruddin said...

berdebar pulak baca.

orked violet @ SYA said...

omei nye diee.. putih mlepak :)

adam (baby sya) nak masuk 10 bulan. mase dalam pantang kuat nangis. pusat timbul awak.. bila dah masuk 3 bulan cmtu baru hilang. huhu

Gee Lion said...

masalah keputihan??? anak saya pompuan tak pernah tuam, saya cuma sapu minyak telon je.. huhu.. setakat ni okay je. cuma tak tahulah sebab masalah keputihan ni kita tak tahu melainkan bila dia dah masuk remaja nanti. huhu.. tapi sepupu lelaki, bertuam pun tetap kena angin pasang.. macam mana pulak tu? huhuhu..

Nina Mads said...

alhamdulillah.. ada 2 anak mesti ragam lain2 kan. susah juga nk jaga baby bru lahir. hurm

aryan azra said...

memang paling seriau bab tali pusat tu la. mujur takde pape ye risau jugakan, akak dulu memang biaq kakak yg uruskan, lepas dah tanggal tu kakak yg rajin cuci pusat tu hehehe..mama dorang ni penakut

Mummydearie said...

Tak pernah pulak akak ada pengalaman anak pusat berdarah masa baru lahir macam ni tapi anak akak yang kecil tu dah 25 hari baru pusat tertanggal. Aduhai, siksa betul! Bila tanya pada emak, kata emak biarkan ajelah tertanggal sendiri!

hainom OKje said...

Rasanya okje pun pernahlah hadap pusat anak berdarah ni. Tp tak ingat buat apa. Rasanya buh minyak gamat jer kot hihi...

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...