Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

20 September 2016

Mak Anak Dua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Dah lama rasa tak cerita pasal anak-anak dekat blog. Asyik cerita pasal review bla bla bla je. Makin busy dengan dua budak ni haaaa. Pandai pulak tu bila ada abi masing2 merap. Bila takde abi elok je dedua bagi kerjasama. Kome pakat ke ape?

Fateh Uwais. Dah tiga tahun budak ni. Cepatnya masa berlalu. Sedar2 anak dah pandai jalan sendiri, dah pandai pilih barang, pilih baju cantik mana nak pakai, dah dah pandai lari dari tangkap gambar. Susahnya nak ajak dia selfie sekarang ni. “jgn tangkap gambar akhi!!” =..= dah makin besar, otak berkembang ke arah lain pulak. Dah masuk fasa kenapa kenapa dan kenapa

Bila jawapan berbalas KENAPA sesak dada nak mencari jawapan. Bila jawapan berbalas “ohhhh” baru boleh bernafas dengan tenang. Fuhhh mencabar betul kadang rasa. Paling mencabar bila kena jawab soalan yang sama berulang ulang ulang kali. Sampai satu tahap bila ummi stress dan ummi jerit arghhhhhhh “kenapa ummi jerit ni? Ummi tak pape pape?” hukhukhuk. Dah pandai membebel. Tambah bila adik baby buat perangai takmo tido. “bagi tidoq takmau, susu takmau, lena takmau. Nak ape lagi? Amboiiii” siap beramboi lagi tuuuuuuu



Furqan Uqbah. Bulan ni dah masuk 4 bulan. Dah membulat seketoi dah budak tu. Badan nampak kecik tapi hantap kemain. Tak larat la ummi nak dukung kalau berjalan kemana. Duduk la dalam carrier tu macam anak kanggaro kihkihkih. Peramah, suka senyum, suka goda, suka berdiri tapi tak suka baring lama2. Hahahahaha. Paling pantang dia kalau biar baring lama2 atas tilam tu haaa. Sakit hati gamaknya tengok akhi boleh main berlari sana sini. Bila nak menerap kalau dah asyik duduk atas orang je adik oiiiiii

Dah boleh pusing2 dah. Sedar2 dah jauh dari playgym, pusing 360 darjah. Tendang2 selimut, tendang bantal. Tapi tak lepas lagi lengan dia nak menerap. Kalau Fateh Uwais dulu jenis seorang yang gigih. Kalau nak tu dia buat sampai boleh. Tapi adik baby tak. Bila tak dapat, dia terlentang balik bawak masuk tangan dalam mulut dan sambung mengomel.

Haaa dan memang sekarang fasa dia ‘merasa’ semua jenis benda yang lalu depan mata, yang dapat dicapai jari kecik comel tu. Dah dapat, bawak masuk mulut. Sampai gam ummi pun nak bawak masuk mulut grrrr betoi!! Seronok bila tengok dah pandai tarik2 menan bergantung, main mainan. tetiba rasa jangan la besar cepat sangat. Hihihi.
 

7 comments:

hainom OKje said...

Lupa pulak nak puji....Cantik Header? hihi...

Yelah Kiera rasanya adik ni kecik sikit dpd abanglah. Dulu abang badan dia bam bam ketak ketak kan kalau tak silap...Pipi pun tembam je

LM said...

Besar dh uwais.kim slm nanad ye dik.windu kat adik kak sorang tu

cik Anggur said...

UIK....BUDAK PUTIH GEBUUU NIEEE......

Norhayati Mohd Isa said...

Comey membulat tu KS..
Geram akak tengok Furqan tu..

zai zamree said...

jenuh ummi melayan karenah ank yg blainan skrg ni

Nina Mads said...

hahaha harap bertabah la kira jga 2 hero. mesti byk soalan uwais tnya kan. mulut comel

Mummydearie said...

Seronokkan melayan anak-anak ni Kiera walaupun berpeluh-peluh ketiak menahan kepenatan ^_^

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...