Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 February 2012

wordless wednesday #23

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 sesi melepak dalam bilik achik :D

28 February 2012

Insiden memalukan diri sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

dah dua kali dah jadi macam nie..

pestime kat depan cimb.
picit alarm keta 
"eh kenapa bunyi die slow nie? dah abis bateri ke?"
"eh tak boleh bukak pun pintu nie, kenapa nie?"
cucuk kunci dalam lubang kunci
"tak mau pun,, nape nie" muka nak nanges T_T
"tapi, kenapa mcm laen jer dalam keta nie"
check betol - betol 
"alamak!!!!"

 keta kira macam nie, keta yang pegi cucuk kunci tue bukan macam nie,,
salah keta daaaa
malu nya, tunduk jalan laju-laju masuk keta O_o

second time pergi kem adik ritu
:O (seyes muka tekejut, mlut bentuk O mcm tue)
tengok kat bumper belakang macam kena langgar, remuk sana sini, 
"bila masanya pulak keta aku jadi macam nie, ok tenang kira"
tengok number plat
erkkkkk bukan AHF lah, plat penang
alaaaaa malunya....

tak tau la dah kenapa dengan kira nie, suka beno salah keta.. hukhukhuk T_T

27 February 2012

satu perjalanan #7

Assalamualaikum dan salam sejahtera

"nak tak nak, cepat atau lambat kamu tetap kena fikirkannya"

"jangan lagi sebulan nak kenduri baru kamu bagitau, blh pengsan orang dibuatnya"

"kena la fikir dah, nak buat tema warna apa, boleh cari barang sikit-sikit dari sekarang nanti tak ada la kelam kelibut"

"nak sewa khemah, beli barang kering, menu apa nak dimasak, kakak nak plan cuti, bla .. bla.. bla... "

itu semua kata-kata mama


ambik bantal tutup muka tutup telinga

"mama, bukan ya tak nak fikir lagi, tapi nanti la baru fikir" :p 

faham hati dan naluri seorang mama yang selalu risau fikirkan sesuatu yang bakal jadi nanti, tapi....

Cubaan Pertama Selalu Failed

Assalamualaikum semua

kira nie klu pestime masak sesuatu yang baru nak cuba mesti ada je yg slack.
kalau baru pestime smpi satu-satu tmpat klu xde co-pilot confirm sesat.
T_T

spagheti terlebih cili. sian kt anak-anak makan bersulam air..huhu
resipi mintak kat pakcik..

konon nak buat apam polka dot, ambik resipi kat kak shida tp terlupa yang masa tue die buat apam pelangi ikatan kasih. 

bila badan penat, otak xleh nak progress jadilah apam lapis (mama bg nama)
ekceli masa bahagikan adunan nie mama tgh mandi, terlepas dari pantauan ini lah jadinya..huhuhu


hari tue buat kek batik terlebih butter jadi masin tp alhamdulilah lepas simpan dalam peti ais die jadi natural balik.. 


"xpe la percubaan pertama kan? dah tau kat mana yg salah nanti kita perbaiki la" 
kata-kata dia yg memujuk tiap kali ngadu :)

24 February 2012

Murabbi Cinta #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

tidak mungkin kita mampu menjadi seperti Rasulullah dan Siti Khadijah, baginda Nabi bersama Siti Aisyah, pencinta senyap Ali dan Fatimah, namun tak mustahil untuk kita mengikut setiap jejak-jejak cinta yang mereka tinggalkan.

23 February 2012

Bean Bag

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

 nak satu yang nie...
tapi mcm mahal jer... hukhukhuk T_T

Afiq Danial

Assalamualaikum semua


semalam mama call konon nk 3g kan aku dgn baby kecik atas nie, 
"enpon ya yg nie mana ada 3g mama" T_T

setelah merengek kt mama suh sent gambar Afiq yang bukak mata
tadaaaaaa kat atas tue..
"sabo ye Afiq petang nie achik balik nk gomol2 Afiq" weeeeeeee :D


22 February 2012

wordless wednesday #22

Assalamualaikum semua


:)

**terima kasih atas kesudian anda semua baca cerpen saya yang sblm nie.. ;)

20 February 2012

Cerpen :: Nota cinta yang kau tinggalkan

Assalamualaikum semua

“saya tak mau la kak” panjang mulut Alya Zulaikha

“lagi cantik kalau awak pakai bulu mata palsu nie” tak habis Mak Andam memujuk Alya Zulaikha. Tetap mahu juga dicuba meskipun awal lagi telah diberi amaran oleh bakal pengantin baru dihadapannya.

“kalau akak lekat jugak menda alah tue, saya basuh semua yang ada kat muka nie” ugut Alya Zulaikha.

“haishhh yela, susah betul dengan budak sorang nie” Alya Zulaikha tersenyum  menang.

“….Aku terima nikahnya Alya Zulaikha binti Shaari dengan mas kahwin….”

Geli hati Faiz Danial tatkala memandang wajah lega isteri yang baru dinikahinya. Bukan dia tidak ingat pada nota yang ditinggalkan gadis kesayangannya sebelum hari bahagia mereka ini.



Kerana itu dia hanya menarik tangan isteri tersayang dan menciumnya sebagai ganti ciuman didahi yang diminta oleh jurukamera.

Majlis perkahwinan mereka serba ringkas dan sederhana. Dia bersyukur dikurniakan isteri sebaik dan sehebat Alya Zulaikha. Tiap tingkah laku dan permintaannya tidak pernah tiada siapa yang berani membangkang. Iyalah siapa yang berani membangkang andai permintaannya lebih kearah mencari keredhaan Allah. Teringat pula Faiz Danial pada nota-nota ringkas yang diterima dari kekasih hatinya beberapa bulan sebelum segala persiapan dibuat.




“abang senyum apa? Berangan la tue” usik Alya Zulaikha, selebihnya dia tidak selesa ditenung suaminya sebegitu. malu.

Senyuman Faiz Danial makin lebar tatkala mendengar panggilan buatnya yang sudah bertukar. Pantas pinggang isterinya dirangkul.

*****
“abang nanti kita singgah kedai kek tue boleh? Ika teringin nak makan muffin lah”

“tak payah lah, kita terus balik jela” sengaja Faiz Danial menggiat isterinya. Suka benar dia melihat rajuk buah hati didepannya ini.

“yelah kita balik” pantas Alya Zulaikha menarik muka. Berkecil hati dengan suaminya.

“abang tak nak beli muffin tue untuk isteri abang, sebab abang nak buatkan muffin untuk sayang. Kita singgah beli barang lepas tue kita balik buat sama-sama ye sayang” pantas jari mulus Alya Zulaikha dibawa ke bibirnya.

Tersentuh Alya Zulaikha dengan kata-kata dan tindakan suaminya. Tidak semena-mena air matanya tumpah. Beruntungnya aku Ya Allah punya suami sehebat Faiz Danial. Hatinya sebak, air matanya laju, tiada sebutir kata yang mampu keluar dari bibirnya. Hanya pelukan hangat buat insan bernama suami.

*****


“Awak kata nak tolong saya masak, tapi dari tadi awak dekat situ jelah merenung saya” sudah mula panjang muncung Alya Zulaikha, menuntut janji si suami yang mahu masak bersamanya.

“kalau abang tolong sayang masak, tak dapat la abang dekat dengan isteri abang macam nie” pantas Faiz Danial memeluk pinggang isterinya dari belakang. Suka benar dia bergayut begitu saat kekasih hatinya berhempas pulas menyediakan juadah buat mereka berdua.

Alya Zulaikha pantas tersenyum. Faham benar dia dengan sikap suaminya yang satu ini. ada sahaja tindakan nya yang mampu membuat hati wanitanya cair.

“papa, papa menung apa tue? Dari tadi Asha tengok papa tenung nasi tue.”

Faiz Danial tersedar dari lamunanya. Kenangan itu hadir lagi, namun pantas diusir agar tidak terkesan wajah sendu dihadapan permata hatinya bersama Alya Zulaikha, Asha Amira.

*****


Pantas dilipat nota kecil tinggalan Faiz Danial sebelum lelaki itu keluar menunaikan solat Asarnya. Faiz Danial sering menjadi kekuatan Alya Zulaikha, menghibur saat berduka, menemani saat keseorangan. Alya Zulaikha pasrah andai kebahagiaan yang dicapai bertahan sekejap Cuma. Dia tetap bersyukur kerana Allah memberinya peluang merasai cinta dan sayang dari seorang suami bernama Faiz Danial.

Dia tiada pilihan, dia sayangkan nyawa baru yang hadir dalam rahimnya. Alya Zulaikha memilih menggadaikan nyawanya demi kelahiran cinta hatinya bersama Faiz Danial. Kanser rahim yang dihadapinya sudah berada ditahap terakhir.

Jika dia memilih nyawanya sudah pasti anak yang dikandung terpaksa dikorbankan. Namun, harapan untuknya sembuh juga tiada andai cinta itu dikorbankan. Biarlah cintanya itu menjadi kekuatan buat Faiz Danial andai ajal memisahkan mereka nanti.

Pantas kertas dan nota yang dipesan pada suaminya semalam digapai. Dengan tangan yang bergetar Alya Zulaikha tetap teruskan jua.

“Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana berpeluang mencintai dan merasa cinta Alya Zulaikha. Aku redha Ya Allah andai apa jua yang terjadi. Pintaku Engkau panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurga. Dan berikan aku kekuatan untuk terus menjadi kekuatan isteriku.” Lencun wajah Faiz Danial dengan air mata. Dia pasrah. Allah mengujinya kerana dia mampu. Hanya itu kekuatan yang dipegangnya hingga kini.

*****
“Asha minta maaf papa” pantas wajahnya diangkat merenung permata hati yang disayanginya. Sumber kekuatan untuk dia terus gagah berdiri selepas pemergian arwah Alya Zulaikha.

“kenapa sayang? Asha minta maaf kenapa nie?” pantas dirangkul Asha Amira.

“sebab Asha mama meninggal, sebab Asha papa menangis” kolam mata Asha Amira sudah bertakung. Pantas diseka Faiz Danial.

“tak sayang. Mama tinggalkan Asha untuk papa sebab mama nak Asha jaga papa, teman papa. Dan sebab mama tahu Asha Amira anak papa dan mama akan menjadi anak solehah, satu-satunya yang akan mendoakan papa dan mama bila kami tiada nanti” biarpun Asha Amira baru berusia tiga tahun namun anak ini sudah faham apa yang berlaku. Faiz Danial sendiri sering berterus terang dengannya agar Asha Amira tidak terbeban dengan perasaan menanggung rindu pada Ibu yang tidak sempat dilihatnya.

Hanya sekali sahaja Asha Amira menyusu dari Alya Zulaikha.  Selepas Asha Amira tertidur kekenyangan Alya Zulaikha pulang menemui sang pencipta. Saat itu Faiz Danial terjatuh ke lantai. Insan yang amat dicintai dan disayangi telah pergi meninggalkan dirinya buat selamanya. Jika tidak kerana iman di dada, jika tidak kerana seraut wajah mulus Asha Amira pasti Faiz Danial sudah rebah ditelan kesedihan.



Buat kesekian kalinya nota terakhir dari buah hatinya dibaca. Sayu hati Faiz Danial melihat getaran pada tulisan kekasih hatinya. Dia tahu pasti saat itu Alya Zulaikha sedang menahan derita dan sakit yang maha hebat.

Petang itu Faiz Danial hanyut dalam tangis kerinduan buat isteri tercinta. Lebih sebak hatinya saat mendengar tangis Asha Amira yang menyebut rindukan mamanya.

“Ya Allah, Engkau ampunkan dosa mama Asha. Asha rindu sangat dengan mama”

takde tajuk

Assalamualaikum

bermekap itu cantik ke?

Murabbi Cinta #1

Assalamualaikum semua

 
25 sept 2011 , 20:32

19 February 2012

Kesayangan saya

Assalamualaikum semua

tengah menghitung hari nak balik Ipoh khamis nie..
ada kesayangan baru lahir
Afiq Danial


lahir 16 Februari 2012
berat 2.6 kilogram

buat masa nie gambar tue jer yang ada, tunggu achik balik khamis nie siap Afiq achik kerjakan...

mesti wangi bau die..
tak sabar nak gesel-geselkan pipi kat pipi die..
nak lagakan idung dengan idung si kecik nie..
nak.. nak macam-macam lagi lah...

**pakcik!! bila nak lawat saya? -mesej from Afiq- :p

dia sahabat dia kembar

Assalamualaikum semua

bukak comment pepagi nie nampak comment bawah nie


haisshh syahdu pulak baca komen dak gemok nie.. 
bersahabat dengan Kirin dari KBU.
seseorang yang aku up kan dari rakan menjadi sahabat.
 apa yang istimewanya Kirin hingga menjadi sahabat?

boleh bawak bergaduh, memang fevret kitorang la nie bila dah berjumpa
dalam tengah duduk saja pun blh tetiba bergaduh.
 yang kadang-kadang bukan mulut jer bertekak, tangan kaki pun bergerak sama

sahabat yang menjadi tempat aku meluah perasaan satu ketika dulu tak kira la time tue sedih, marah, geram, sakit hati, sampaikan pernah menangis. tapi yang bestnya dia boleh buat kelakar walau aku nie tengah marah bagai nak rak, menangis sampai nak sembab mata.

kerana bersahabat dengan KSP jugak membuat kan yang lama dulu salah faham erti persahabatan dan cara kami bersahabat. Alhamdulilah Pakcik Imam faham. 

kerana dia sahabat, antara terawal yang tahu perihal aku dan Pakcik Imam. yang menyokong tak kira apa jugak yang aku buat. yang melindungi saat ada yang menganggu. tapi dalam bersahabat, batas pergaulan tetap terjaga. 

Kirin dan Kira kerana itu kami menjadi kembar, juga kerana perangai kami yang seakan sama.. sama gila!! hihi

KSP... aku tetap sahabat dan kembo ko sampai bila-bila. doa aku biarlah kita bersahabat sampai syurga. Amin. terima kasih menjadi sahabat dan kembo aku. dan aku pun rindu kebisingan kita yang dulu. :)

 biarpun ada mulut-mulut yang berbisik dari sahabat boleh menjadi teman tapi nak mintak tolong jangan ada yang nak kenen kan aku dengan sahabat sorang nie sebab aku sendiri dah punya Pakcik Imam dan Ksp sendiri dah punya Cik Lesung Batu. doakan kami menjadi sahabat hingga ke syurga, kerana itu yang sebaiknya.

**akan review Pakcik Imam satu hari nanti, InsyaAllah

18 February 2012

Cerpen :: Saya HATI Kamu

Assalamualaikum semua

kau nie aku tengok macam tak ada perasaan jer Dif”

“haaaaa? Apa benda kau cakap nie Rul?” terkejut Hadif dengan pertanyaan Khairul. Entah apa saja yang bermain diminda sahabat nya itu.

“tak la, maksud aku kau nie tak ada perasaan dekat perempuan ke? Tak pernah aku tengok kau layan mana-mana awek, bukan jer tak bersembang, pandang pun tak” akhirnya terluah juga segala tanda tanya Khairul. Bukan niat untuk menghina temannya namun dia khuatir andai Hadif benar seperti apa yang disangkanya.

“engkau nia Rul. Aku nie sama macam kau, ada sekeping hati yang Allah kurniakan. dan takkan sesekali aku cuba menjeratkan diri aku sendiri ke lembah dosa dengan menolak ikatan pernikahan . Bukan kah manusia itu dicipta berpasang-pasangan. aku yakin akan ada pasangan aku satu hari nanti. Bila dan siapa hanya Allah yang mengetahui.” Panjang lebar penjelasan Hadif buat sahabatnya.

“Alhamdulilah, lega aku dengar kau cakap macam tue” dan keduanya serentak tertawa.

‘biarlah rahsia itu hanya aku, dia dan Allah saja yang tahu’ monolog Hadif.

*****

“kenapa awak selalu ignore kalau ada yang dekat dengan awak? Awak dah ada siapa-siapa ke?” Dahlia memecahkan sunyi dibilik mereka berdua.

“siapa apa nya? Kalau betul diorang tue ikhlas nak berhubungan dengan saya, diorang kenalah mintak izin dengan ibu dan ayah saya dulu. Biarpun orang akan memandang saya seperti kolot, nak berkawan pun kena mintak izin keluarga saya tak kisah janji saya tahu saya tak buat perkara yang salah.” Jelas Huda.

Dia mengakui ramai yang merisik-risik mahu berkawan rapat dengannya atau bahasa orang sekarang couple namun semua ditolak. Kerana dia punya prinsipnya sendiri.

“owh macam tue” ujar Dahlia yang menghentikan perbualan mereka petang itu. Biarpun mereka berdua telah bersahabat sejak disekolah menegah namun soal hati tidak pernah disentuh baik Dahlia mahupun Huda.

*****
“Assalamualaikum makcik, saya Hadif. Maaf kiranya saya menganggu makcik. Biarpun agak kurang manis saya hanya mengirim sms pada makcik namun saya rasa lebih tidak manis andai saya tidak meminta izin dari makcik terlebih dahulu. Saya mahu meminta izin untuk berkawan dengan Huda, dan insyaAllah andai ada jodoh kami saya mahu menyunting Huda nanti” dalam keadaan bergetar jari Hadif mengirimkan pesanan ringkas buat Ibu Huda yang jauh di Kuala Kangsar. Hajat dihati mahu meminta izin melalui telefon namun dia khuatir andai lidah kelu mahu berbicara nanti. Kurang manis kiranya dia memulakan perkenalan dengan gadis Ibu Bapa tersebut tanpa restu dan izin dari mereka yang melahirkannya.

Itu cerita tiga bulan yang lalu. Dan sebentar tadi, Alhamdulilah selamat sudah majlis pertunangan antara dirinya dan Huda. Sengaja mereka berdua memilih untuk menyembunyikan berita pertunangan antara keduanya. Apabila tiba masanya kelak baru diberitakan pada umum.

“sampai macam tue sekali Dif? Aku kagum” terkelu sebentar kata-kata Khairul mendengar cerita sahabatnya sebentar tadi.

*****
“aku sama macam kau dan orang lain. Ada perasaan ingin dicintai dan mencintai. Merindui dan dirindui. Tapi selagi akad belum diangkat aku takut nak pamerkan perasaan tue pada si dia. Bagi aku biarlah segala perasaan cinta rindu dendam yang ada dalam hati aku diluahkan pada isteri aku yang sah nanti. Saat tue bukan jer akan jadi saat manis antara aku dan dia tapi lebih manis kerana tiap kata dan renungan antara aku dan isteri akan menjadi ibadah yang mendekatkan kami pada Yang Maha Esa.” Panjang lebar penjelasan Hadif.

“aku betul kagum cara kau dan tunang kau” terkebil-kebil Khairul mendengar penjelasan Hadif.

“tak perlu kagum, bukan aku jer yang pertahankan kesucian cinta macam nie, ramai lagi kat luar tue yang pertahankan kehendak hukum agama.”

Teringat kembali Hadif pada perbualan antara dia dan sahabat nya minggu lalu. Baginya keindahan sesebuah perkahwinan itu lebih indah kiranya perasaan cinta disimpan hingga la kedua pasangan diijab kabulkan.

Biarlah perasaan itu dilafaz hanya pada yang halal memilikinya. Sungguh dia cinta pada tunangannya, Huda. Namun, dia lebih mencintai Yang Maha Esa. Hadif khuatir andai dosa dan kesilapan semasa era pra-perkahwinan mereka akan meracuni kebahagiaannya bersama isteri.

“saya hanya akan meluah hanya apabila awak sah menjadi isteri saya kelak, bersabarlah wahai hati, kuatlah wahai diri” Hadif lebih menasihati dirinya sendiri.

 “awak percaya pada tunang awak? Macam mana awak nak tahu dia jujur atau tidak kalau awak sendiri tak tahu ke mana dia pergi, dan awak langsung tak berkomunikasi dengan dia?” sungguh, Dahlia ingin tahu.

Huda tersenyum Cuma.

“Alhamdulilah, hubungan kami berjalan dengan baik. Saya percaya pada dia dan selebihnya saya percaya pada jodoh yang dah ditetapkan oleh Allah. Buat apa saya susah-susah nak susah hati, jika benar dia jodoh saya pasti Allah mengizinkannya.”
“lagi pun saya dan dia bukan malaikat yang tak punya nafsu. Kami risau andai diri dan akal dikuasai nafsu, hilanglah malu hilanglah kesucian cinta kami.

Keduanya kembali mendiamkan diri.

*****
“masyaAllah” terduduk Huda mendengar suara bercampur tangisan dihujung talian. Baru sebentar tadi Ibu Hadif menelefonnya mengkhabarkan berita Hadif di tahan di wad, barah Hati peringkat ke tiga. Berjujuran air matanya.

“doctor, saya juga berdarah A+ , pasti saya boleh dermakan hati saya untuk dia. Tolong selamatkan dia doctor, masih ramai yang perlukan dia, masih ramai yang perlukan bimbingan dia untuk kembali ke pangkuan Ilahi.” Tersekat-sekat Huda menuturkan niat hatinya. Sebak bercampur tangisan. Niat nya Cuma satu biarlah insan bernama Hadif kembali kepangkuan mereka yang memerlukannya.

“baiklah ikut saya” baik ibu bapa Hadif mahupun Huda, mereka akur jika itu kehendak Huda. Kemahuan hati Huda tiada siapa yang mampu merubah kecuali Yang Maha Kuasa merubah dan membolak balikkan hati manusia.

Assalamualaikum wbt..

Maafkan saya atas keputusan yang saya ambil. Saya tahu masih ramai yang perlukan awak. Saya mungkin tak mampu berdakwah seperti mana awak, kerana itu biarlah saya korbankan sedikit nikmat Ilahi agar awak masih mampu meneruskan penggembaraan Cinta Ilahi. Doa saya moga Allah permudahkan jalan awak. Andai bukan jodoh kita didunia doa saya moga jodoh kita diakhirat kelak. Jaga diri awak. Wassalam

-HUDA_


“saya juga perlukan awak” perlahan Hadif menyeka air mata yang terbit. Tidak disangka gadis yang dicintai dalam diam mampu berkorban sejauh ini. tinggi benar cintanya pada Ilahi hingga sanggup menggadaikan nyawanya sendiri.
Pantas Hadif menyimpan surat yang acap kali dibacanya. Terus wajah isteri tersayang ditatap. Tersenyum saat mata mereka bertaut.

“terima kasih sudi berkongsi hati dengan abang”

“dah banyak kali abang cakap macam tue, cukup-cukup la tue” pantas dicuit hidung suami tercinta. Berkat kuasa Ilahi Hadif dan Huda mampu bernafas dengan berkongsi sekeping hati. Besar harapan keduanya biarlah rasa dan bahagia yang dikecapi berkekalan hingga ke taman-taman syurga.

“saya HATI kamu” pantas keduanya tertawa.

16 February 2012

Dear Diary :: Marah

Assalamualaikum

dah kenapa dengan aku nie pun tatau la.. salah sikit nak marah, salah sikit nak mengamuk.. marah marah dan marah.. Astghafirullah halazim.. marah bisikan syaitan.. ujian yang diberikan Allah swt nak tengok tahap kesabaran hambaNya.
semoga kesabaran yang dimiliki sebelum nie kembali kepada diri. Amin. ampuni hambaMu ini Ya Allah kerana gagal mengawal emosi. T_T

kepada pakcik imam, maaf saya tak dapat kawal amarah saya sejak dua tiga hari nie, saya gagal tapi saya akan usaha perbaiki balik. dan terima kasih menjadi tempat saya meluah rasa yang terpendam dalam hati dan terima kasih atas nasihat, didikan dan ingatan.  saya hargai.

kepada mama, maaf saya tak boleh luahkan apa yang terpendam kerana mama lebih beremosi berbanding saya. saya takut mama yang pening kepala dan marah lebih dari saya nanti kerana sayangnya mama kepada saya melebihi diri mama sendiri. biarlah pakcik tue yang share pening kepala dengan saya, yang bahagia jer saya kongsi dengan mama ye.

**monolog hati

 
 

14 February 2012

Cinta

Assalamualaikum

 ramai yang mencari elok rupa sedap mata memandang
ramai jugak yang mencari si dia yang kaya boleh menumpang senang
juga ramai yang mencari si dia yang kerja stabil menjamin masa depan katanya.

kebahagiaan sesebuah hubungan bukan hanya menerima tanpa mahu memberi.
melalui detik-detik kepayahan lebih indah dikenang apabila sudah sampai di kemuncaknya nanti.



cinta yang sejati apabila ditanya mengapa memilih si dia kamu tidak punya jawapannya. kekayaan tidak menjamin kebahagiaan dan senyuman kerana kekayaan juga boleh membuat kamu derita. setiap hambaNya telah ditentukan rezeki oleh Dia, tinggal perlu usaha untuk dapat lebih jika mahu. 

tak perlu mengeluh apabila mendapat bukan yang kamu idamkan kerana boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia buruk untuk kamu, boleh jadi juga kamu membenci sesuatu namun itulah yang terbaik buat kamu. Allah lebih mengetahui.. 

**berdoa biarlah bersama dia hingga ke syurga nanti, Amin

12 February 2012

satu perjalanan #5

Assalamualaikum


Jangan pandai menabur janji
Takut nanti terabur gigi
Bila ada rasa dihati
Pergilah merisik si empunya diri

Riuh rendah rumah si dara
Mengikat diri dengan teruna
Majlis bertunang sederhana Cuma
Termeterailah perjanjian dua keluarga

Moga dipermudahkanNya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...