Assalamualaikum
ramai yang mencari elok rupa sedap mata memandang
ramai jugak yang mencari si dia yang kaya boleh menumpang senang
juga ramai yang mencari si dia yang kerja stabil menjamin masa depan katanya.
kebahagiaan sesebuah hubungan bukan hanya menerima tanpa mahu memberi.
melalui detik-detik kepayahan lebih indah dikenang apabila sudah sampai di kemuncaknya nanti.
cinta yang sejati apabila ditanya mengapa memilih si dia kamu tidak punya jawapannya. kekayaan tidak menjamin kebahagiaan dan senyuman kerana kekayaan juga boleh membuat kamu derita. setiap hambaNya telah ditentukan rezeki oleh Dia, tinggal perlu usaha untuk dapat lebih jika mahu.
tak perlu mengeluh apabila mendapat bukan yang kamu idamkan kerana boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia buruk untuk kamu, boleh jadi juga kamu membenci sesuatu namun itulah yang terbaik buat kamu. Allah lebih mengetahui..
**berdoa biarlah bersama dia hingga ke syurga nanti, Amin
9 comments:
jodoh yg ditentukan oleh Allah adalah yg terbaik!!.
tak perlu mengeluh.yang penting reda..hoho
likee... =)
perkahwinan itu seharusnya indah.. =)
sebenarnya pertalian hati yang kuat lebih menjamin perhubungan,,,tp ntahla bila nk jumpa tu kan,,,
kira T__T
xtau nak ckp ape.huhu
semoga di pertemukan jodoh yang baik di mata allah..
lieynanilaz :: betul tue :)
HJ :: yup!! :)
yad'z :: kan.. :)
missina :: insyaAllah satu hari nanti msti dipertemukan jugak :)
kak Elly :: laaa npe nie kak?
OTG :: Amin :)
yang paling penting, jodoh pertemuan sume kat tangan Tuhan.. so terima ngan redha =)
kay_are :: betol tue :)
Post a Comment