Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 November 2012

Satu Perjalanan #27 versi Beberapa Hari Sebelum Akad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mungkin entry nie akan jadi entry basi kalau besok lusa dan hari seterusnya awak akan tetap melihat dia bersawang tanpa entry yang baru. petang nie insyaAllah saya dah mula bergerak ke ipoh untuk menuju ke satu perjalanan saya yang dah lama ditunggu ;) yela nak update belog cam mana kan. saya bukan ada tenet. kalau saya rajin upgrade selkom nie jadi tenet bergerak nanti insyaAllah ada la saya kat sini. hihihihi :p

kalau tanya saya apa perasaan nak kawen nie. tak tergambar perasaannya. indah, seronok, tak sabar, berdebar, sebak semua bercampur jadi satu. ini masa yang saya dan pakcik imam tunggu. setahun tujuh bulan kami menunggu saat ijab dan kabul. boleh bayangkan tak bagaimana terseksanya menahan rasa sayang cinta dan rindu untuk seorang lelaki? menahan semua tue kerana dia belum menjadi yang halal. sungguh perit tapi ia satu perasaan yang indah. saya tak bermaksud nak berbangga diri kerana ada kalanya saya jugak tumpas. saya manusia biasa T.T yang tak lari dari membuat kesilapan. ampuni saya Ya Allah ;(

ok berbalik pada perasaan. sungguh yang pertama saya bersyukur sangat yang  Allah permudahkan jalan kami, Allah permudahkan jodoh saya, jodoh yang tak perlu menanti masa yang lama untuk ditautkan. walau awalnya ada konflik yang perlu dilalui. tapi berkat kasih sayangNya kami bakal disatukan 10 November nie insyaAllah.

tentu jugak saya seronok, bahagia kerana bila bermulanya ijab dan kabul saya punya jalan untuk lebih mencari redha Allah. kata ustazah jalankan tanggungjawab  seorang isteri kerana Allah. dua pahala yang kita dapat contohnya kerana membuat satu kerana Allah, keduanya kerana suami itu adalah syurga saya. sungguh saya bahagia kerana insyaAllah nantinya saya punya tempat untuk bersandar dan bercerita segala hal. menumpang bahu dan dada, bahagia kerana kami sama-sama dapat menyempurnakan sebahagian agama yang selebihnya perlu kami taburi dengan taqwa. insyaAllah banyak perancangan yang di buat untuk membaja rumah tangga menjadi rumah tangga yang mewangi di sisi Allah. moga dipermudahNya amin.

sebak kerana saya bakal dilepaskan ke tanggungjawab seorang suami dari tangan papa yang selama nie mendidik dan menjaga saya. dari seorang yang manja diriba mama papa dilepaskan pada suami yang di amanah untuk menyambung mendidik saya. tentunya saya sebak kerana 24 tahun saya membesar dan bermain di hadapan mereka. dan tentunya saya sebak bercampur bahagia kerana ketika itu saya punya dua keluarga yang terlalu menyayangi saya. keluarga kandung jugak keluarga mentua. jika tidak kerana kasih sayang yang dijatuhkan dari Ilahi untuk mereka semua pasti saya tak kan merasa disayangi seperti ini. Allahuakbar sebaknya perasaan tatau nak digambarkan.

risau tue tetap risau. banyak yang saya risaukan. risau kalau nanti tetamu saya ada yang tak sempat jamah makanan. macam kenduri kawan saya. pukul 2 catering dah mula kemas sebab makanan dah habis. tapi insyaAllah cukup kot kan sebab kitorang masak sendiri. rewang. moga segalanya berjalan lancar lah hendaknya amin.

haaa nampak tak macam perasaan bakal pengantin yang macam-macam perasaan bercampur aduk. tapi selalu saya pesan kat diri sendiri jangan stress!! nanti jerawat timbul. Eh!! hihihi. betul la jerawat tue wujud salah satu sebab stress. tau tak dalam seminggu nie balik keja je usung hadiah. Alhamdulilah murah rezeki tak mintak pun tapi dah rezeki kan tak kan kita nak tolak hihihi tapi alangkah bahagianya kalau besday pun dapat hadiah banyak macam wedding kan? hikhikhik :p 

    
Ya Allah Ya Tuhanku, dengan kasih sayangMu, Engkau perancang terhebat, saya mohon padaMu Ya Allah permudahkan lorong jodoh buat semua sahabat juga rakan saya. sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui siapa dan apa yang terbaik untuk mereka, Kau permudahkanlah ia Ya Allah. izinkanlah hujung nafas mereka disisi suami/isteri yang mengajar mereka mengingati namaMu. izinkanlah mereka membaja rumah tangga yang mekar mewangi di sisiMu. sungguh saya berdoa moga Engkau izinkan mereka merasai seperti mana pinjaman perasaan saya ketika ini. Amin ya rabbal alamin 

34 comments:

cheryna zamrinor said...

Tahniah! Kak Sha mungkin tak dpt hadir sebab kena bekerja. Tapi apa2 pon akan sentiasa mendoakan Kira. Dan akan sentiasa rindu Kira juga.

U're a good girl. Sangat sweet. Bertuah dia :)

tupperware_merah said...

hati-hati balik tau syg! aku tgu kat umah. :)

ase sebak plus gegeli plak bace entri keterujaan ko ni. kehkeh..

OKje said...

OKje teramat faham perasaan Kiera, lagi dulu lagi OKje dah faham...ha...ha... Sukalah tue!!!!

Apapun hati-hati balik tu Kiera... jangan laju-laju bawak keta tu

Nanti jangan lupa upload gambar, teringin rasanya nak tengok En Imam tu...

Kalau dekat boleh jugak datangkan...... Apapun Selamat Pengantin Baru semoga bahagia hingga ke Syurga untuk Kiera dan suami...

Honeymoon mana eh Kiera? OKje nak folo...ha...ha...

Izwa Kamaruddin said...

semoga dipermudahkan semua urusan!

Zai Zamree said...

Cantikkan date tu 101112...

moga segalanya dipermudahkan...Amin

juicy X said...

gud luck....selamat melangkah ke alam baru...

***best tau feeling akad nikah

Sunah Sakura said...

nak nangis lagi...nguhuhu...kiera yang dulu pestime akak jumpa, kanak2 ribena...dalam berapa hari lagi nak jadi isteri orang da...sob sob sob...

Anonymous said...

sekali lagi ucap tahniah & doakan yg terbaik for u ye

aDisH.sHidA said...

hati2 tau balik kg japg...jangan nak drift sangat..

sedih dan sebak plak akak baca entry nie...mesti kalau akak de time kamu akad nikah..akak akan turut nangis jugak..

semoga semuanya dipermudahkan...jumpa nanti dengan gelaran PUAN NUR SYAKIRA isteri kepada nadzri azlan

Mummy LiYzA ^^, said...

moga suma slamat hendaknya~
berhati2 taw,ingatlah org2 tersayang..jgn wisau n nebes sgt2,enjoy de moment..sekali seumur hidup tuh~

kay_are said...

dah nampak dah tak sabar nak kawen dalam entri ni.. kemain lagi kan.. bahagia sangat.. semoga dipermudahkan ye.. amin =)

mama aryan said...

tahniah sakura..seronoknya nak kawin..tetiba teringat masa kawin dulu hikhik

mirmashi94 said...

selamat menikmati syurga dunia ;). tak ingat terbaca atau terdengar, perkahwinan tue ibarat syurga dunia andai dihiasai dengan iman dan takwa. in fact, pada saya any kind of relationship hanya akan betul2 utuh dan indah andai ia di bina atas dasar iman dan takwa. one thing yang saya dapat dari novel sinergi, hilal asyraf.

akak, jangan stop blogging. coz want to know u more. and i want to be one of the pieces in the puzzle of ur life ^^

aku HaniAsyira said...

tahniah yea.. moga2 semuanya selamat walaupun baca entri ni lepas kenduri kan.. =)

Unknown said...

tahniah kak.sori x dpt dtg. kejelah.

Nizam Ijam said...

tahniah... semoga dipermudahkan urusan :)

saya dah update :) jom check

Anonymous said...

tahniah ye. jgn pikir byak2.. just hayati je hari terbaik awak sebagai raja sehari.. jgn risau2.. ;)

Orkid Edyliyne said...

nak ucap awal2 boleh? hehe... selamat pengantin baru... semoga dipermudahkan segalanya...
semoga berbahagia sampai ke akhir hayat... ^^

(OE nie tak pandai betul nak buat ucapan dekat orang.. hehe)

نورعيم said...

akak syg, selamat pengantin baru. sedih tak dapat pegi kenduri akak. sobss.

Ain Norainsyah said...

sukanya tengok orang bahagia camni...semoga berkekalan ke akhirat kelak ye kak... :)

Kumiko Ryou | Farah Amira said...

kak kiera,semoga berbahagia dengan abg nadh..:)...miko doakan semoga kalian berbahagia selalu..:)

OKje said...

Ni mesti Kiera tengah pakai inai nikan.....

Yanty Lee said...

Dear , chill.

E'thing will be fine.

Congrats again and sorry I can be there on ur big day.

InsyAllah 1 fine day we shall meet up.

Jna marcello said...

kieraaa all the best jgn nefes klau nak focus egt kan Na mesti kiera akn tenang2 ajee hihihihi ;)

congrtassssss kieraaaa

OKje said...

KIera...oh Kiera.... tengah nangis sikit....sikit eh.....alah Okje tau....gembira sedih tu namanya!he...he...

nursuriani said...

huhuhuhuhuhu. tahniah! semoga dipermudahkan segala urusan. eh skema pulak ayat aku neh. hikhikhikhikhik.uit, sabar2. hahahha tak lama dah huhuhu

Unknown said...

selamat pengantin baru kiera..

jeles awak dah naik pelamin..

eee...sila tayang pic kawen satu ..plisss... :)

Unknown said...

nk ngis jugakla begini

Anonymous said...

Tahniah kak ^^ Selamat Pengantin baru.Semoga berbahagia till Jannah.InsyaAllah.Bestnya..tup tap tap dh kawen.Oh masa cptnya kau berllu..

OKje said...

Hi Pn Kiera..... sampai tak terkata nampaknya!!!!! he...he...

vendoline said...

tahniah99x
semoga semua berjalan lancar...mesti meriah ni

OKje said...

He..he... Kiera oh Kiera ... buat apa tu??? he..he... ... facebokk dah bertukar... entri belum lagi ke??

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

inche hlovate said...

tahniah..kawen dah dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...