Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
semput jugak nak balas kunjungan kengkawan tue pun ada jugak yang belum sampai lagi.. wuuuu insyaAllah saya akan balas kunjungan awak semua satu persatu insyaAllah dengan tulang empat kerat saya ini :p
mulanya saya ingat takde ramai kawan saya yang hadir memeriahkan walimah saya. tapi bila Allah hadirkan ramai kengkawan dan sahabat saya hari tue memang rasa cukup terharu. sampai saya cakap dengan Mas, saya ingatkan takde sape nak mai kenduri saya pastu dia kata "orang kata kalau kita nak tengok orang tue ramai kawan atau tak tengok time dia kawen dengan dia meninggal" saya terharu terima kasih pada semua yang sudi datang dari jauh. mana yang tak dapat datang tue saya tau awak semua turut mendoakan saya dan suami terima kasih sangat saya hargai semua tue. hanya Allah yang mampu membalas jasa awak semua. semoga rahmat Allah sentiasa memagari awak semua Amin.
Khamis malam Mastora sampai dari Alor Setar. naik bus dan saya pick up dia dekat Medan Gopeng ditemani mama dan papa. terharu sungguh la dengan sahabat sorang nie sanggup datang awal dan bersusah demi saya. seyes terharu ;( dia la yang banyak tolong saya. tolong saya pasang pelamin, tolong letakkan inai dekat jari dengan kaki, tolong macam-macam yang sampai saya tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya nak berterima kasih kat dia. satu yang saya doa moga dipermudahkan segala urusan awak Mas. Mastora yang memakai jubah pink itu :)
Jumaat masa tengah siapkan pelamin dengan Mas, Cik Gksb msej kata dia dah sampai ke Medan Gopeng cepat-cepat tinggalkan kerja dan terus pick up dia kat sana ditemani Mastora tadi. macam-macam kejadian sebelum jumpa Cik Gksb nie nak tau details pasal perjalanan dia masa walimah saya baca kat entry dia kat sini. sangat terharu jugak dengan sahabat sorang nie dia naik bas dari KL terus shoot mai Ipoh. memang dah lama dia bagitau kata dia nak datang naik bas saya boleh kan je. sape la tak sudi bila sahabat nak mai meneman kita kan. dia lah yang mekap saya masa hari akad sabtu tue kalau saya tau dia pandai mekap tak payah saya susah-susah upah mak andam mekapkan. dia mekap lagi cantik. seyes!! dia jugak la yang ingatkan saya makan tiga suap nasi sebelum mekap hari kenduri nanti pengsan. huuu kena paksa makan sebab masa tue mak andam dah mai. terima kasih sahabat banyak membantu dan menjaga kami sepanjang hari berlangsung semoga perjalanan ampa dengan abam janggut dipermudahNya Amin. ;) Cik Gksb itu yang memakai tudung kaler pepel.
sabtu masa akad Iffah, Hanie dan kawan Hanie sampai ke rumah saya. Hanie tak lama pun lepas je akad tengahari tue terus sepupu saya dengan Iffah anta dia ke Medan Gopeng sayangnya tak dapat sembang lama-lama kan. gambar pun tak sempat ambik sama huuuu. mekasih ye Hanie sudi jugak mai kenduri kami susah-susah tue. kalau adik sayang saya si Iffah tue tak mai sentap la jugak huuuuu mana boleh kakak kawen tanpa adik-adik di sisi. dah la Noraim tak dapat mai kalau dia pun tak mai sedih la saya wuuu. terharu jugak la dengan bersusah payah dia datang. masa ahad tue kalau dia balik sorang sumpah saya risau nasib la Along drive kan Maya dia tue ada jugak la teman dia nak balik jauh.tak banyak hari dengan dia, tapi cukup nak melepaskan rindu lama tak berjumpa. Iffah yang berbaju merah itu.
dorang bertiga la yang meneman saya sepanjang hari kat rumah. tidur dalam bilik sesama. bergaduh bergurau baling-baling bantal. saya rindukan saat tue ;( sahabat yang boleh dibawak bergurau walaupun kadang terlebih limit bergurau nya. saya sayangkan mereka semua. terima kasih sangat sudi meneman saya.
oh ye gambar yang keempat itu kakak saya. Kak Elly sangat terharu sebab saya tau hari yang sama dengan kenduri saya, kenduri pakcik dia. tapi sanggup jugak dia mai kenduri saya dan suami. sungguh saya speechless dan hargai sangat. terima kasih kak atas kesudian tue.
apa pun sebelum saya sambung entry nie mohon maaf kalau ada yang datang tapi saya tak sebut nama. saya ingat sape yang datang tapi ada nama yang saya tak ingat terutama nya geng BP (Blogger Perak) saya mintak maaf sangat tapi seyes saya sangat terharu dan berterima kasih awak semua sudi datang walaupun kita tak rapat sangat. saya hargai sangat.
Kay_Are dan adik-adik, Norainsyah, Che Ain, Fadil, Abg Reez, Reena, Along Yusoff, Pakcu, Ruzz, Kak Adish Shida, Kak Shida Anwar, Munet, Miko, Onie dan kawan, Anith, Aimaa, Naim, Kak Elly dan adik, Cik Gksb, Mas, Iffah, Atin, Aien sudu plastik, Saddam dan isteri, Nur Lina, Naqiah, Syukri Roslee, bebudak BP, Bebudak KBU, bebudak GMG, bebudak kawan belog saya semuanya saya nak ucapkan terima kasih atas kesudian awak semua menghadirkan diri. untuk nama yang saya tak sebut jangan ambik hati ye, saya hargai sangat kesudian awak semua melapangkan masa untuk saya dan suami.
yang mai naik bus, yang mai naik kereta, yang mai naik moto sampai eksiden, Zul, yang walau apa jugak cara awak datang sungguh saya dengan suami sangat hargai kehadiran awak semua. sungguh kami terharu dan speechless hanya doa yang mampu kami ganti dengan kesudian awak semua. terima kasih sangat.
ada yang datang dari Kedah, Penang, Terengganu, Perak, Kl dan dari serata tempat yang jauh yang dekat macam la saya tak nanges bila nak lepaskan semuanya balik. saya terlalu gembira dengan kasih sayang awak semua sebab tue air mata sangat murah turun. semua kesayangan yang terlalu lama tak berjumpa bila sekali jumpa memang riuh rendah teratak bonda saya tue dengan gelagat dorang. sungguh saya bahagia dengan awak semua.
ada video yang dorang titipkan buat saya dan suami. nak tengok klik sini dan sini. bergegar rumah tue bila dorang pakat semua menjerit nasib la rumah kampung kalau rumah taman confirm orang kiri kanan menjeling hihihihi. terima kasih atas doa kalian ;) terima kasih pada yang sudi buat entry untuk kami berdua, saya hargainya tapi nak copy masuk dlm nie kena ambik masa nak cari balik. insyaAllah saya akan link kan ke entry saya nanti ;)
kiri Che Ain dan kanan osmate saya Khairatol Aini. tak sempat nak sembang lama dengan dorang sebab masa tue kalut dengan siap, pengantin laki nak mai lagi huuu.. mekasih ye sayang-sayang sudi jugak datang. terharu lagi ;(
pengapit yang tersepit kata mereka. hihihi macam-macam sungguh depa nie. terharu dengan Naim sebab sanggup jadi pengapit kenduri kitorang berdua walaupun hari yang sama ada kenduri kawan dia. terima kasih Naim kami hargai sangat. kelakar je sembang dengan punya nebes dia nak jadi pengapit habis dia tanya itu ini. bila ingat mesti nak gelak hihihihi :p terima kasih jugak pada Mas yang melayan kerenah saya itu ini. dia bukan saja pengapit malah segalanya untuk hari bahagia saya tempoh hari. terima kasih Mas :)
ini kesayangan saya yang datang dari Kedah, Perak dan Selangor. sungguh terharu kakak-kakak saya sudi datang meraikan majlis adik dorang nie. Kak Elly, Abang Faizal, Dina, Kak Yan, Pakcik Zubir, Adief, Kak Ana, Abang Sofie, Syafiq, Syamil, Kak Iffah, Amar, Mamu, kawan-kawan ofis yang datang dari kedah terima kasih kerana sudi jugak sampai ke rumah saya walaupun ramai yang sesat baca peta huuu.. terima kasih hanya doa yang mampu saya balas untuk kesudian kalian. kata Kak Elly "sonok pi kenduri ko sebab rasa kitorang dihargai bila mama ko sambut kitorang sungguh-sungguh" saya terharu ;)
juga terima kasih buat sahabat sekolah juga sahabat teman kerja lama yang sudi menghadirkan diri di walimah saya. sangat terharu bila sungguh ramai yang datang. terima kasih. sedang menunggu gambar dari kawan sekolah nak hupdate kat dalam nie ;)
akhir kata. saya mohon maaf andai ada kekurangan dari pihak saya suami dan keluarga. kalau ada yang tak dapat goodies ke saya mintak maaf. keterlanjuran saya dan kekurangan saya mohon maaf tersangat. hanya Allah yang tau macam mana gembiranya hati saya bila melihat ramai kesayangan yang hadir depan mata meraikan hari bahagia saya dengan suami. mohon maaf ada nama yang tak terselit saya tak ingat huuuu maafkan saya ye. jangan ambik hati ye sayang-sayang semua. terima kasih sekali lagi sudi datang meraikan. yang meraikan dari jauh jugak saya tak lupakan terima kasih sekali lagi. hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian. moga rahmat Allah sentiasa memayungi kalian semua. terima kasih :)
akhir kata. saya mohon maaf andai ada kekurangan dari pihak saya suami dan keluarga. kalau ada yang tak dapat goodies ke saya mintak maaf. keterlanjuran saya dan kekurangan saya mohon maaf tersangat. hanya Allah yang tau macam mana gembiranya hati saya bila melihat ramai kesayangan yang hadir depan mata meraikan hari bahagia saya dengan suami. mohon maaf ada nama yang tak terselit saya tak ingat huuuu maafkan saya ye. jangan ambik hati ye sayang-sayang semua. terima kasih sekali lagi sudi datang meraikan. yang meraikan dari jauh jugak saya tak lupakan terima kasih sekali lagi. hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian. moga rahmat Allah sentiasa memayungi kalian semua. terima kasih :)
#kredit pada semua pemilik gambar
#maaf kalau ada typo ;)
18 comments:
tahniah..!
cantikkkk..manis..
meriah betul majlis puan kiera..
Kalau nak ucap terima kasih kat semua memang tak terhabiskan Kiera.... apa pun sangat-sangat seronok, bila kawan-kawan dtg majlis kita..
hadiah pun datang banyak! he...he...
Dah start keje ke Kiera?
Tahniah..
Selamat Pengantin Baru.. :)
moga bahagia ke alam syurga.. :)
tahniah kak!! =)
nak je pergi tp ada urusan kain pulak.. kalau tak boleh tumpang kay-are buat muka tak tahu malu.. ekeke
hahaha selamat nama adik akak banyak kat situ
kembang2 hahaha
#rindu kat mama akak...kim slm die kalau akk jmpe k..kate iffah y kepoh kim salam haha
tak dan nak amek gambaq. segan nak kaco pengantin melayan tetamu.
MERIAHHHHHH~!!
camtik laa tema kaler OREN~!!
tbe2 Na suka pulakkk ;D
Okeh. Tacing. Sy x dsebut. Malas bc dah. Tutup belog, wekkk
wah. tahniah. selamat penganntin baru. :)
teman2 peneman tu la yg penting...klau xdak depa kalut gak...hehehe
weeeee :)
bahagia rasa tgk ko bahagia. semoga mekar bercinta sampai syurga ye syg. :)
satu bende yang aku rase aku nak wat tapi lupe ialah tangkap gambar T__T tapi kalau tangkap terdedah r identiti aku.. so ok gak lupe =P
baju merah tu iffah.. motif kne censored muka?
cantekkk nye orennnnn. klu gambar akak besar cket mesti puas tgkkkk. tapi tetap nampak akk comeyyy ;)
alhamdulillah....semua bjln dgn lancar....n apa yg diimpikan kmu ngan nadh dipermudahkan Allah s.w.t....
takde mknanya ssh puan ira....sy bhgia sgt coz dpt sma2 sbukkn diri tuk ari bermakna kmu..hihihi..
kmu shbt dunia akhirat sy.....jasa kmu kt sy pn xtrbls dear.....ap2 pun sy doakan semoga perkahwinan yg dibina ini kekal sehingga ke jannah.....
syg kmu sgt2.....Puan Syakira
Dan saya tak hadir...anda tau mengapa sayang. Terlalu sibuk dan sekarang sakit pula. Tp saya happy...sebab tanpa jari yg kepoh...majlis anda tetap gumbira:)
sobssss akak sila jgn bg org nanges plis.
kuat ayaq mata ni tgk gmbr2 akak kawen. sobss.
tahniah..sangat meriah tgk gambar2 ni..pengantin berseri-seri..cantik
suka ayat yang 'kalau nak tengok orang tu ramai kawan, tengok time dia kawin dengan dia meninggal'
hehe...
sangat meriah...
suka sangat tengok... ^^
Post a Comment