Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 November 2012

Suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



nampak komen suami terselit-selit kat entry yang lepas-lepas. contohnya macam kat atas tue. tapi saja malas layan. kang sudahnya saya jugak yang kena bahan. jadi baik buat senyap jer. hihi :p

jumaat lepas lepas sementara suami keluar sempat la sembang dengan mama mentua. yang berkisarkan perihal suami. dicerita macam mana susahnya dia menjaga suami dari kecik sampai besar. apa yang selalu dibuat untuk suami. apa yang patut dan tak patut dibagi pada suami. saya dengar, tulis note dalam hati dan simpan kemas-kemas. saya tau itu nasihat untuk saya bukan sesaje mama bercerita.

saya tau jauh di sudut hati mama inginkan saya menjaga suami seperti mana telitinya dia menjaga suami. insyaAllah saya ingat pesan dan nasihat mama. cuma maafkan saya kalau ada yang kadang saya terlepas pandang. saya sedang usaha menyesuaikan diri dengan status baru. Alhamdulilah mama mentua saya sangat baik, dilayan macam anak sendiri. disayang macam anak sendiri. moga kebahagiaan dan tautan kasih antara kami sekeluarga berpanjangan hingga jannah. amin

saya ada dengar pesan ustaz. jangan biarkan suami dalam dilema memilih antara isteri dan ibu. eh bukan bermaksud saya ada masalah dengan mama mentua atau sewaktu dengannya. ini cuma ingatan saya pada diri sendiri. hari tue saya ada baca kat mana ntah soalan dia saya tak ingat tapi jawapan dia saya ingat. kira halal la ek hihihi.

pesan ustaz jangan biarkan suami dalam dilema memilih antara isteri, anak dan ibu sebab itu akan memburukkan perjalanan rumah tangga. isteri dan ibu dua wanita yang penting dalam hidup suami. sebaiknya bantu suami untuk tak berada dipertengahan simpang. sama la jugak dengan suami. jangan biarkan isteri terpaksa memilih antara suami dan ibu sebab keduanya adalah tonggak utama dalam hidup seorang wanita.

insyaAllah saya ingat pesan tue dan cuba usaha sebaik mungkin untuk jadi isteri dan menantu yang baik untuk kesemuanya. mama saya selalu pesan dah jadi bini orang, dok umah mentua jangan bangun lewat sangat, ringan tulang jangan biar mak mentua buat semua kerja, rajin-rajin turun dapur masak bekpes suami, dengar cakap laki jangan nak ikut kepala sendiri jerr. errrrr ape mama nie anak mama nie rajin la bukan malas sangat sikit jerrrr :p

balik kampung ritu lelaju cakap kat mama "rini anak mama buat bekpes kat suami" mama tanya apa yang saya masak "roti telur jer" ingatkan masak nasi lemak ke nasi ayam ke kata mama. mama nie!!!! =.= sobsobsob

kepada Pakcik Imam saya, terima kasih sudi hadir dalam hidup saya. sudi lafazkan ijab dan kabul bernamakan nama saya. sudi coretkan tentang diri saya di laman kesayangan awak tue. terima kasih terima saya seadanya, melayan perangai saya yang kadang senget, yang kadang suka belasah awak, yang melayan perangai manja saya. terima kasih melengkapkan hidup saya. semoga ikatan rumah tangga kita mendapat rahmat dari Allah, segar mewangi di dunia jugak di akhirat hingga ke taman-taman syurga hendakNya. insyaAllah sama-samalah kita usaha baja rumah tangga yang kita bina dengan iman dan taqwa sebab dekat situlah ada keredhaan Allah kan :) saya bukan yang terbaik tapi insyaAllah sedang berusaha menjadi yang lebih baik :)

22 comments:

Syamimi Saad said...

alahai..sweetnya catatan kiera buat suami ni..betul tu, bila ibu mertua cerita tntng suami kita, sedikit sebanyak dia nak kita jaga anknya juga sebaik mungkin seperti ibunya jga..jgn terlepas pndang apa yng dia suka, apa yng dia tak suka..

insyaAllah..sy doakan moga kiera & suami bhgia ke alam syurga.. :)

Anonymous said...

belajar secara perlahan2 ye !

نورعيم said...

nak cari abg suwit jgk la pasni. kahkah :p

Mummy LiYzA ^^, said...

“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”

tupperware_merah said...

ok, jely tgk org tu dah bahagia. nak merajuk 60 hari r gini.

Zai Zamree said...

xpe...pelan2 bljr...k.zai pon hr tu cmtu gak :)

nursuriani said...

kenapa sayu jer baca entry neh?? tetiba jerk rasa sedeh. hukhukhuk. kira, mis u! uhuk! nanti kita baca entry yang lain yer. kita tak sempat nak baca smuaaaa :( jaga dri! jaga hubby!:)

CikSpek said...

semoga kalian terus berbahgia sampai syurga. nanti dah ada anak pun, teruskan kemesraan mcm baru kawen. nasihat ku ini berdasarkan pengalaman sekeliling.

OKje said...

Betul tu Kiera... jauh di sudut hati MIL Kiera tu, dia nak Kiera jaga anak dia mcm mana dia jaga.... simpan dalam hati dan minda pesanan tu sebagai pegangan untuk hidup berumahtangga.... yang pasti mereka dahulu makan garam daripada kita!

Cik Ros said...

sweetnya entry kak kiera ni..

nn lylyn said...

=) amin insyaAllah

kay_are said...

habis r nadzri kne belasah ngan buli ngan ko pasni.. ko dah r garang.. ish ish.. =P bekpes pun dapat roti telur je? kesian2.. huu.. ape pun semoga umah tangga ko kekal sampai syurga ye.. =)

Lydia Miza said...

Kalau msk nasi lemak nasi minyak mau senyum lebar encik suami kamu kot

Unknown said...

mohon muntah di sini

*ape rti telur je? reti msk xreti ni? hahaha

cik nana said...

rase sedih n sayu je bace. hihi nape ek..semoga akk bahagia bersama suami till jannah.Aminnn..

Ain Norainsyah said...

selamat hidup berumahtangga dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri ye akak...

Semoga cepat sesuaikan diri dengan kehidupan baru ni. :)

Jna marcello said...

Ahahah sweettt jeee!
Tbe ² nak syokkk sndri bace Entry ni kiera..mcmne la Na da kawen ade family nk jaga suami Eh jauhh berangan kan?
Tp entry Kiera Ni..bole Na ambek note note penting bekalan tok hari akn dtg cewahhh hahahha

Kiera missyouu!
Setelah sekian lama Na x update blog bukan sbb Na x sihat..
Na bz bz tdo Kiera hahah :p

Tp for ur concern! Muax

Orkid Edyliyne said...

comellah akak nie...
hehe...
serius OE tersengeh2 sendiri baca entry akak nie... ^^

Unknown said...

betul tuh. bila dah kahwin, suami biasa dilema untuk memilih mana yang lagi penting. ibu atau isteri.

aku HaniAsyira said...

ala kak, manja2 comel gitu.. buli2 pun sayang kan.. hee~~

Mek Onie said...

ahhhh,sweetnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D

mama aryan said...

mula2 dulu akak pun macam tu jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...