Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera
ada
sesape perasan tak saya takde banyak hari kat sini? ke takde yang perasan?
kalau takde tue maknanya saya yang berperasaan sorang-sorang la =.= sekarang
nie keadaan kesihatan sangat la tak mengizinkan. nak hupdate entry pun rasa nak
muntah dengan tenet yang slow, lappy yang problem lagi la menjengkelkan hati
nak duduk melepak kat sini.
selalu
orang kata kalau bencikan seseorang jangan benci sangat takut nanti jatuh
sayang. dan macam tue la jugak sebaliknya. disebabkan rindu tapi suami tak bagi
balik penang atas sebab kesihatan saya yang selalu on-off sihat sakit sekarang,
maka izinkan saya mencoret sepatah dua kata disini. maaf kiranya ada yang rasa
saya annoying, tapi nak jugak tulis kat sini nanti senang nak baca balik
almaklumla orang tak sihat kalau tulis diari bukan je orang lain tak paham
dengan saya sendiri pun tak paham jugak =.="
dulu
masa baru-baru kenal dengan suami dekat group KBU tue rasa sangat arghhhhh
letih la dengan budak nie. dah la banyak cakap (seyes dia memang sangat banyak
cakap) dan sangat geram sebab dia sangat suka membuli dan kacau orang lain kat
dalam tue. Sape kenal suami saya akan tau la macam mana perangai suami saya
tue. Tapi dah orang suka membuli tak kan nak biar pulak kan, mesti la
melawan(tapi selalu pun kalah) :p
pestime jumpa
dia masa gath kat tanjung asam dengan bebudak KBU la jugak(selalu kalau
kitorang berjumpa memang time gath jela) memang dah tau dia nie seorang yang
banyak cakap tapi selalunya bila luar dari medan maya tue tak expect la akan serupa macam sebelum nie. Rupanya lagi
banyak cakap dari yang dijangka huuuuu nanges :p
tapi
orang kata tak kenal makan tak cinta, dah kenal nak bercinta jela pagi petang
Ehh jangan salah anggap. Bercinta pagi petang dah lepas nikah ok. Tak nikah
lagi takde masa nak layan sangat :p sekarang nie kalau dia senyap saya pulak
sunyi mesti tanya “nape senyap je nie?” haaa kan dah pelik tue. Sebenarnya mulut
dia takde la 24 jam bercakap tanpa henti, ada masa memang dia sunyi. Time tido
dah tentu la kan :p time dia susah hati, time dia tengah serabut, ada la
time-time dia jadi takde la susah sangat untuk saya paham kalau masa tue adalah
masa untuk dia bersendirian tanpa gangguan dari saya.
Dan bab
membuli tue memang tak boleh nak elak bila dah kawen. Selalu kalau saya dah
berada di ambang kekalahan akan keluar ayat nie “awak nie tak baik buli ibu
mengandung tau” haaa gitewww :p
Dan sekarang
bila jauh dengan suami mula nak demam tak sihat. Demam rindu la hoiiii SILA
MUNTAH :p macam semalam bila suami tak kasi balik penang dah mula sebek, air
mata menitik satu satu. Mujur la dia paham yang sekarang nie isteri dia hati
tisu nipis. Mudah koyak cepat-cepat la pujuk bagi tau reason kenapa tak
diizinkan balik. Kalau tidak ada yang merajuk tak nak balik weekend nie (boleh
percaya ke :p)
Dan pepatah melayu tue buat
saya tersenyum sorang-sorang. Dan sekarang jatuh sayang jatuh cinta dan
bersyukur dia yang dijodohkan buat saya. Bersyukur yang teramat sangat. Awakkkkkkkk
saya sayang awak ;)
#Pray for Lahad Datu, moga dilindungi sekalian mereka yang tinggal dan mempertahankan disana. amin
12 comments:
memang kuat bebel pun...sakit telinga dengar nadh bebel..hahaa
kira lak klau ckp mesti dengan mimik muka haha..elok benar dah tu
Owh...saya perasan. Patutlah sunyi sepi. Tak sihat rupanya. Get well soon yer.
jg kesihatan k
Bercinta lepas nikah sllu nya indah sgt.. erm! biasa lah kan usik mengusik dlm perkhawinan.. itu yg membuat kita bertambah rindu bila berjauhan..Ibu mengandung mmg hati akan mudah tersentuh..
byk kan sabar ya..
*TQ for DOA utk kami di Lahad Datu:)
ASSALAMUALAIKUM ... jaga kesihatan ya ... ada baby kat dlm tuh . saya lbh suka klu partner saya byk cakap sbb lbh happening ... baru ceria hidup ...
perasan gak okje... nape dah lama tak datang...tapi tak sempat nak menjenguk Kiera...harap maafkan...maklum le dengan kurat empat kerant ni...manalah larat nak gi penang nun jauh diutara...hehe..
Moga kiera sihat dan dilimpahi cinta yg beruah-ruah ye!
nak kawinnn jugak laaa..haha
eiiiiiiiiiiii kenapa tajuk entry sama ni??? hahahahahahahhahahahhaha
nadh memang banyak cakap pon!!! bersyukur sangatttttt dia da kawen! haishhhhhhh....keji kan komen ni? konon da kawen tak bising dah lah, tapi bising jugak...dengan isteri aje...ahhahahahahahah
tetiba je rasa macam nak kawen hahahaha..happy tengok kak kiera :)
erkk xtau nk komen apa :p
sy xberapa nak perasan sbb sy pun makin slow update n bw.. heee~~
sweet gitoh kan
kembang kempis bro nadz bace entri ni.. huu
Post a Comment