Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

25 February 2014

Simpan Buku Pink Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ada readers yang tanya saya, betul ke bila nak daftar buku pink semasa hamil kedua perlu bawak buku pink semasa hamil pertama kali dulu? jawapannya ya. perlu bawak. kalau dah pregnant kali ketiga, kena bawak buku yang first dengan second time dulu. 

kawan yang bagitau info nie, kakak pun kata benda yang sama cuma kakak kata ada klinik kesihatan yang mintak dan ada yang tak mintak. dan tak silap saya nurse saya check dulu pun ada bagitau pasal benda nie. kena simpan buku pink setiap kali hamil. tak kisah la walaupun mengandung kali ke enam dan seterusnya ;) tengok tue buku saya berlubang-lubang. berlubang tue bukti yang saya pernah ke hospital masa nak bersalin dulu. sepatutnya bila dah berlubang buku tue kalau datang kali kedua pulak dah kena admit tapi atas sebab lain saya boleh balik rumah dan rehat dulu sebelum contraction lebih kuat rasa. sebab tue la berlubang empat tue. membuktikan banyak kali pergi balik hospital hihihi :p


sebab tue kena jaga buku tue elok-elok, balut cantik-cantik, kalau terkoyak gam bebaik. macam saya aritu sebab laporan dah terlampau banyak sampai terkoyak isi dia. dah kena tampal balik. kalau tercicir nanti tak pasal je kan. penting simpan buku pink sebab dalam tue terkandung rekod kesihatan diri semasa hamil dulu.


oh ye buku rekod kesihatan anak yang kaler biru pink tue pun kena simpan jugak. sebab nanti masa dia nak masuk sekolah darjah satu, pihak sekolah mintak parents bawakkan buku tue untuk disemak bukti dia dapat cukup atau tak vaksin mengikut peringkat umur yang ditetapkan. 

masa saya tanya kat adik yang kerja nurse tue, boleh ke tumpang cucuk uwais kat klinik seberang jaya katanya boleh tapi nanti bila dia dah besar kalau sekolah mintak bukti cucuk vaksin, kita kena pergi kutip kat klinik-klinik yang pernah bawak anak cucuk. takut nanti kemudian hari timbul masalah pulak. tapi tak boleh ke refer pada buku rekod yang kita simpan tue? wallahualam. sampai situ je maklumat yang saya dapat. lupa nak tanya lebih-lebih lagi hihihi :p  

8 comments:

Z@i Z@mR33 said...

buku pink kak pon dh lunyai...yola...start 4 bln dh ulang alik klinik n spital

Fiza Rahman said...

Tak pernah buka buku merah sbb tak pernah check kat KK.

MR & MRS MAKMUM said...

kenapa mesti pink erk....hahahaha

aTieYusof Family said...

Salam Kira..
klu ikut mmg semua kena simpan kan? sbb masa next preggy depa akan check..pastu masa anak sekolah pun buku2 ni semua diminta..:)

QasehnyaRania said...

kena take notedd ni. thanks for the sharing

neesa_jun said...

Klu kt sabah plak..bukunya warna putih..cepat kotor..huhu..ada bekas kicap dah...lol..

klu x disruh simpan pun...memang nk simpan as kenangan..byk gmbr scan kt dalam tu.. =D

4x p hosp??waaaa..sy ni takut2 nak p hosp..takut kena tahan...lol

Kesuma Angsana said...

yup betul sgt tu !.. penting nyer kena simpan buku kehamilan & buku vaksinasi anak2 ni kan!

mia izzati said...

yeke?? hengat time kita ngandung lagi baru mintak lagik

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...