Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

28 May 2014

Kelambu Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 seronok duduk dalam kelambu

sebelum nie mama ada tanya nak beli kelambu tak? memandangkan saya dengan suami dah ada anak kecik. mulanya takmau beli lagi. tapi bila tak larat nak bergaru tengah malam dan risau anak kutip sawang yang jatuh dari siling bilik yang tinggi melangut (bilik kami pesen rumah yang siling tinggi sampai nak kena panjat tangga, sambung kayu lagi baru boleh buang semua sawang bergantung, epic tak? :p). terus berfikir-fikir patut ke beli kelambu?


tengok Kak Zai update entry dia beli kelambu khemah, terus msej tanya mama ada tak kelambu bentuk khemah jual kat katalog mama tue. mama kata ada harga dalam RM5+. mulanya berat nak pasang kelambu bila terbayang kain kelambu tergantung-gantung menyemak mata. kelambu bentuk khemah semak mata jugak tapi atleast nampak la kemas sikit. kononnnn hahahahaha. yang penting sawang tak jatuh direct atas katil.


budak kecik tue kemain suka duduk dalam kelambu. dari hari pertama sampai la hari nie. tiap kali kami zip kelambu, dia seronok pusing terlentang tergolek jerit-jerit suka dalam tue. ingatkan dia bosan la, rupanya lain pulak. agaknya ntah benda apa la dia ingat kelambu tue. lawak betoi la Fateh Uwais nie. gelak je kami berdua tengok perangai dia sorang.


bila nak tido zip kan kelambu, kalau tak tido boleh ikat tepi pintu dia. nampak la kemas sikit. sikit. saya nie pesen yang tak boleh tengok semak-semak pasal tue banyak fikir sebelum buat keputusan beli kelambu. alhamdulilah keputusan tepat saat kelambu dipasang atas katil. ada kes denggi kat taman sebelah, sebelah tue means 10 langkah dah boleh sampai. moga lepas nie terlindung kami dari digigit nyamuk time tido. ummi abi berdarah A. kajian kata orang darah A nyamuk suka hisap darah. memang betul pun =.=

7 comments:

MR & MRS MAKMUM said...

uikk...comeynya kelambu tu.......igtkn kelambu baby rupanya kelambu besar utk katil besar firs time tgk kelambu cm tu

idzwa kamaruddin said...

alaaa comel nyerrr...

aTieYusof Family said...

Amboii suka budak comel ni duduk dlm kelambu ye..hihi.. golek2 bermain dlm tu... Akak klu bab2 denggi ni mmg fobia.. takutt..byk sgt kes jadi kt Tmn kami...

Ibnu Ramli said...

Bagus tu, kena banyak langkah berjaga-jaga sekarang ni.. nyamuk sekarang ni dalam aircond pun dia dah biasa hehe

aIEn said...

uiihh best!! mane beli tu?

juicy X said...

Kami ckup x minat kelambu wuuuu...sbb mmg x reti tido dlm kelambu

Z@i Z@mR33 said...

perangai sm mcm Aqil.suka sgt dok dlm kelambu.dok igt kelambu tu tmpt mainan ke apatah

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...