Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 December 2015

Sri Senangin Village : Chalet Di Teluk Senangin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



hari ni nak share pasal chalet yang kitorang menginap weekend lepas pulakssss. pintu masuk ke teluk senangin ye kawan-kawan. kawasan sana ok tapi mungkin sebab tak ramai orang jadi infrastruktur tak berapa berkembang macam dekat Teluk Batik. jiran sebelahnya. masa saya pergi beberapa belas tahun dulu, time sekolah lagi. tandas pun takde. cuma berharap dekat air perigi dan sekeliling perigi orang awam gantung kain buat tempat salin baju dan buang air kecik. tapi sekarang dah nampak tandas yang didirikan(tatau bersih ke tak sebab tak guna pun) tepi-tepi jalan pun ada dah kedai-kedai yang jual pelampung cenderamata semua tu.



sebenarnya sebelum jalan masuk ke Teluk Senangin takde sebarang signboard pun macam nak ke Teluk Batik. lagi 3 kilometer nak sampai simpang ke Teluk Senangin baruuuu nak nampak signboard nya. jadi kalau naik dari jelapang korang terussss je sampai ke Air tawar dan nampak sekolah warna kuning kat simpang 3 traffic light tu belok ke kanan. dan terusssss lagi sampai jumpa simpang 3 yang ada BHP petrol sebelah kanan. ambik kiri dan nanti akan jumpa signboard ke Teluk Senangin. atau nak lagi mudah sila pasang waze. hewhewhew :p



dan kami menginap di sini, Sri Senangin Village. chalet tepi pantai. betol2 tepi laut. 


chalet kami. Family Suite semalam RM250. lengkap dengan aircond, tapi takde bilik-bilik kecik macam homestay yang biasa untuk family suite tu.


pandangan hadapan chalet kami. ada siap pondok kecik untuk bbq. cuma pondok bbq tu lantai dia dah rosak. kena lapik dengan zink yang berdiri tu haaaa. alatan untuk bbq tak disediakan ye. kalau nak kena sewa dengan pihak chalet. dan make sure kalau nak berholiday bawak sesiap plug extension ye kawan-kawan. tak payah berebut plug nak cas hp ke bateri kamera ke. chalet dia sediakan dua port plug. satu dalam rumah satu lagi dekat luar. 




haaaa kan dah kata chalet betul-betul depan laut. bukak pintu dan berlari la ke laut sana. tido malam pun boleh dengar menderu-deru ombak memukul pantai cewahhh ahahaha. sebab tula si Fateh Uwais dah tak sabar tergedik-gedik nak main pasir pantai, nak mandi lautnya. celik je mata bukak pintu nampak lauttttt


ada dua katil queen


2 tilam single yang dah dicantumkan. budak kecik tu kemain seronok melompat dari satu katil ke satu katil. yela selalu lompat satu katil je kali ni berderet-deret katil bersusun haaaa tak habis-habis mulut tu sebut "sonok la ummi abi, adik suka la" hihihihi


sebuah katil single. dan ada tv sekali. tapi hari tu tak sempat pun nak bukak tv nak tengok chanel ape je yang ada hihi. ohh ye tingkap tu takde langsir ye kawan-kawan. pandai2 la korang gantung tuala dekat situ buat langsir.

kalau ikutkan bilik ni boleh muat maksimum 12 orang. tapi kami hari tu ada 10 dewasa dan 5 orang kanak-kanak. berhimpit-himpit la jugak tidonya tapi takpe la untuk satu malam ok la. bila lagi nak rasa berhimpit2 adik beradik kan hihihi


kipas ada aircond pun ada. walau duduk tepi laut tapi rasa berbahang tu tetap ada. dah pkul 4 pagi baru bagun perlahankan kelajuan kipas.


ada pintu keluar ikut bilik air. jadinya kalau baru naik dari laut boleh terus masuk ikut bilik air untuk cuci badan cuci segala pasir yang melekat dekat kaki


bilik air besar, bersih dan selesa. lantai pun tak berlumut. cuma takde alas kaki tempat nak lap-lap kaki dari pasir pantai atau sewaktu dengannya


cumanya dekat chalet ni semua pun kena sewa lain kecuali bantal, katil, tilam dan yang telah disebutkan awal ni la. tuala kena sewa, tapi takpe la sebab memang biasanya kita bawak towel sendiri. tapinya bila selimut pun kena sewa macam hurm hurm la jugak. takde sehelai selimut pun yang disediakan. pandai-pandai la korang nak selimut tengah malam tu pakai kain batik ke pakai telekung ke atau pakai towel korang sendiri. bagi saya pihak chalet patut sedia setiap katil sehelai selimut sekurang2nya. rasa nya takde sape nak curi bawak balik kot. kot lah. 


dapur ada. tapi gas kena sewa ye kawan-kawan. makanya sesiapa yang ada dapur kecik untuk travel tu sila bawak. kalau tidak jadi macam kami hari tu. nak menumis pun dalam periuk nasi. bila berjalan ramai-ramai satu family kami lebih prefer untuk masak dari makan dekat kedai atau beli. makanya bila nak menyewa mana-mana memang kami tanya sesiap ada dapur tak. tapi tak sangka pulak gas nya kena sewa huhuhu. 


kawasan sekitarnya luas. chalet kami yang paling hujung. jadi kawasan parking tu lebih luas untuk kami sekeluarga. cumanya kena datang awal la. kalau tidak kena berebut jugak parking dengan pengunjung yang lain. 



cuma yang bestnya bila kita menginap dekat chalet. laut yang depan chalet tu umpama private beach. tak berebut dengan pengunjung lain. macam entry saya yang semalam tu. chalet ni ok. selesa la. cuma ada la sedikit kepincangan macam yang saya sebut dekat atas nunnnnn. dan ada lagi satu masalah lalat. bagi kami lalat tu bukan salah pengurusan chalet. mungkin ada yang bela ayam atau apa-apanya kan. tapi tula lalat tu memang sungguh mengganggu sampai kena pasang ubat nyamuk la siang-siang hari sebab nak halau lalat mengganggu anak-anak tido huhuhu. Fateh Uwais tu bukan boleh kalau lalat lalu-lalu dekat dia time tido. mengamuk sakan budak tu. 



semoga ada lagi rezeki lebih lepas ni nak bercuti-cuti mesia. tapi mana tau terlebih rezeki boleh bercuti-cuti luar mesia pulak kannnssss. aminnnn hihihihi ;)


nahh untuk korang yang mungkin nak menyewa disini jugak. atau jenguk fb dorang untuk tengok gambar-gambar dan perkhidmatan yang mereka sediakan jugak



post signature

24 comments:

PERMATABIRU said...

PERNAH PERGI SEKALI 2 TAHUN YANG LALU..cantik pantainya

Anonymous said...

SAlam... seronok juga sekali2 bawak anak hirup udara pantai he2, dh besar yer uwais.

Dunia Zumal said...

Wah, puas hati chalet camni kan ^-^

QasehnyaRania said...

kan. selimut n gas x yah la kot nak sewa. bg j la skali pakej sewa bilik tu skali, mmmm..
tuala, ok je. mmg ciksu ke mana2 akan bawa tuala sendiri. x selesa guna tuala lain.

el said...

250 tu kira mahai jugak
dengan kelengkapan pun mcm ada kekurangan..
smpai tong gas pun kena sewa..aduhaiiii
tp yg best tu kuar2 je npk laut

Aryan azra said...

oo...dia takde bilik ye, terus tido macam tu je ramai2..ye la kalau biasa homestay tu ada bilikkan, macam ni tido ramai2 mesti bisinglah malam borak2 kan..hehehe best je sesekali

Zafirah Kama said...

Selimut pun kena sewa? tuala pun? ish2

Zafirah Kama said...

Tak pernah singgah teluk senangin.. dari kecik nampak teluk batik je..

mungkin boleh ubah selera lepas ni.. hehe

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum...

Kami selalu juga ke Teluk Senangin....berbanding dahulu memang banayak yang cantik dah sekarang....Tandas yang bersih pun dah ada tapi kena ke depan sikit.... Tandas awam...berbayar...

Semoga Teluk Senangin akan berkembang maju ... tang selimut tu...setuju juga dengan Kiera

iryantyismail said...

best nya..betul2 depan.pantai....tapi yang tak best banyak yang kena sewa
.huhu

Syamimi Saad said...

Asslmkm kira..
Membngun dh kt tmpt tu. Dulu pnh pergi. Thun 2008. Mmng bnyk dh berubah dh.. Teringinnya nk ke sana..

sobri yaacob said...

teluk sengin x pernah sampai lagi..
teluk batik pernah le..
btw tido berhimpit2 la best
mgeratkan siraturahim heheh..
btw nice share..mybe next time leh planning ke sana plak......

Siti Sharini said...

alahai comel fateh uwais happy yerrr...
tong gas pon kena sewa macam agak tak ikhlas gaklah bagi dapur tu huhu

Jepun Mari said...

best chalet dpn pantai, celik mata terus terjun pantai

cikpinz said...

Wah bestnya..nak kena terjah ni..

Siti Yang Menaip said...

waaah.. bukak pintu terus nampak laut la ni ? bestnya..

Sha Mohamed said...

Hamboi.. selimut pun kena sewa, agak melampaulah..
Biasanya memang dah masuk pakej kan.. Ish ish.. betul2 mencari untung..

Zai Zamree said...

cuti2 mcm ni pon dh best..klau hotel kdg tu jauh dr laut sgt.klau yg btl2 dkt laut mahai bebeno plak

nurhuda said...

hmm lama tak menginap kat chalet tepi pantai

Nina Mads said...

macam best je tapi dulu keluar pg dr ipoh balik malam. hhehe
seharian di teluk batik mandi smpai hitam

Nina Mads said...

tak pernah lg tido kt sini. hehee

Unknown said...

Pnh pegi dlu...tp air die air paya....rsnye skg dh pkai air paip kot...

Unknown said...

Salam.. ada kosong lg tak utk sabtu dan ahad ni

Unknown said...

Mcm mne nk booking untk mggu dpn ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...