Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

23 June 2014

Pra-Walk Taman Jubli Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


ke Taman Jubli Emas kita lagi. yeayyyyy. semalam suami mengasuh anak. pepagi lagi dah mesej saya kata petang karang nak bawak Fateh Uwais main baby walk dia dekat tempat yang luas. kesian dia main tolak-tolak dalam rumah. ruang kecik. bila tolak kena dinding tak reti nak pusing dah bebai-bebai. hahaha. tingggggg terus teringat kat taman jubli emas ada dataran tapi suami kata. nak bagi main atas rumput. kalau anak jatuh pun atleast dia tak sakit sangat, ok abi. setuju!!!!!


lepas ambik ummi balik kerja. anak terus cari susu. kami suami isteri dah boleh agak kejap lagi mesti dia tido nie. lepas balik lunch dengan saya tengahari semalam sampai petang dia tak nak tido kata abi. tepat jangkaan. anak tido dengan mudahnya. terus punah harapan ummi abi nak bagi dia main dekat sana. suami kata. takpe la. nanti2 la kita bawak dia. terus ke Longwan nak cari barang ummi. sekali masa turun kereta elok Uwais jaga sambil senyum simpul. abi kata awal lagi kalau nak ke taman. capai barang apa nak cepat-cepat dan terus patah balik ke taman jubli emas. 


masa bawak turun baby walk dari Nurul Iman, terfikir jugak. nanti tak ke orang kata poyo je bawak menda alah tu bagi anak main kat sini. tapi bila fikir balik. asyik nak fikir apa orang nak kata je, jenuh nak atur hidup. lagipun niat utama nak bagi anak main puas-puas tempat luas bukan nak mempoyo depan orang ramai. jadi ignore sahaja kata-kata kecik sang hati. gituuuuuu.

sementara tunggu abi solat. saya bagi anak makan dulu. tak larat nak kejar dia tolak baby walk dia. dah la tu. dalam sibuk main, dia boleh berhenti tarik rumput dulu. lepas tue sambung balik tolak. grrrrrrrr. ummi suruh main bukan suruh mesin rumput =.= sudahnya decide bagi makan dulu. takde la ummi letih nak larang dia cabut rumput. kihkihkih.


kemain eksaited dapat main tempat luas. sampai satu masa dia dah letih. dia duduk. tak boleh la bagi duduk sebab nanti togel rumput tu dikerjakan jari comel dia. kuman tu yang utamanya. abi kata jom pergi tengok ikan. boleh jugak bagi ikan makan. dan macam biasa bukan je anak. ummi dengan abi pun eksaited tengok ikan berduyun-duyun datang. cuma macam sayuuuu je tengok ikan kat tasik situ. macam takde sape bagi makan. maksud saya. macam pihak pengurusan sana takde sediakan makanan khas untuk ikan dalam tasik itu. kalau pengunjung datang baru dorang makan. hurmmm mungkin itu hanya telahan saya sahaja. dengan harapan nasib ikan-ikan yang sungguh banyak itu terbela lah. *ummi jangan nak drama sangat boleh tak?????*

 takde gambo bubble. gambo anak jugak yang banyak. hewhewhew :p

dan petang semalam baru nampak orang ramai main bubble besar. macam yang Mummy GK selalu sebut. terus terdetik dalam hati, bila Mummy nak balik nie. boleh la bawak anak main bubble sekali. ummi tak reti. sedangkan nak main bubble kecik pun tak reti ini kan pulak besar-besar gitu. kahkahkah

bila abi tengok anak kemain seronok main tempat luas. abi kata lenkali kita datang sini lagi. boleh bagi anak main lagi. ok abi insyaAllah. ummi abi nie takde lain. asal boleh tengok anak hepy, senyum manis-manis dah cukup membahagiakan hati ummi abi. love u Fateh Uwais. 
 

7 comments:

idzwa kamaruddin said...

love u too fateh uwais :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hihihi... kan...dah lama ajak dtg sini sebab pk sesuai untuk uwais riadah....

tp xpenah nya jadi haha... ehem... bila tah uwais nk ada kawan main ni... tunggu yer nanti mummy suh babah keja kuat sikit ahahaha...

cik Anggur said...

soalannya..knp taman jubli sungai petani tak de cm nieeeee ~

Z@i Z@mR33 said...

amboi2 dia...nk jln dh

juicy X said...

gaya mcm tgh mesin rumput hoi!

QasehnyaRania said...

syoknya fateh nolak ye..
dpt kebebasan mka boleh lah teroka ..

Fiza Rahman said...

Seronok lah uwais dapat gi taman. Puas dapat tolak baby walk sbb kawasan lapang kan.

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...