Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

25 June 2014

Uwais Makan Ape?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau mak ngasuh atau kami bawak Fateh Uwais ke mana-mana atau tempat baru mesti orang tanya. makan ape badan sampai bam-bam elok semangat macam nie? (merujuk pada baby pipi pau tu la). Alhamdulilah walaupun Uwais aktif sangat tapi badan pun elok semangat lagi. sebenarnya kami cukup risau kalau badan dia susut/kurus. lebih seronok tengok badan dia naik elok macam tu. syukur badan dia masih bersemangat. dukung pun semangat jugak hihihi.

pernah ada kawan suami tanya. "anak u mesti tak aktif kan?" sebab tengok badan Uwais bulat. hoiiiiii sampai hati kata dia tak aktif. ummi memang emosi kalau orang kata bukan-bukan kat anak ummi ni. kalau depan mata mesti ummi dah buat muka meluat, hahahahahaha :p

ok berbalik pada tajuk. Fateh Uwais makan sama je macam bebudak lain. pagi makan bubur. tengahari makan puree buah. petang bubur lagi. dalam bubur dia wajib ada beras(dah memang lah), ayam/daging/tofu telur/udang sotong(jarang sekali letak), satu jenis sayur (ikut apa yang dalam peti ais). 3 item tu memang wajib ada dalam bubur nasi dia. puree buah pulak wajib ada epal, sebab favret dia epal. kadang tu campur jugak dengan pear, kiwi, betik, labu atau ikut suka ummi lah nak letak apa pun. 

kalau dekat rumah pengasuh ada 4 sesi dia minum susu. pagi susu anmum, pasal abah dia (abah pengasuh) suruh ajar jugak minum FM takut nanti bila dah besar atau susu saya takde dia jadi tak reti minum susu formula. kesian ke dia nanti. dan selebihnya susu saya yang dibekal setiap hari. alhamdulilah walaupun lagi berapa hari nak masuk 10 bulan masih diberi kesempatan dan rezeki menyusukan anak. walaupun tak secara eksklusif tapi masih bersyukur punya rezeki yang banyak ini. kalau hari saya cuti atau weekend memang dia fully bf. alhamdulilah syukur sangat. walaupun susu taklah banyak macam orang lain sampai tak muat nak simpan dalam peti beku tapi masih bersyukur ada jugak rezeki untuk Fateh Uwais. Alhamdulilah.

dan bersyukur yang Uwais jarang nak kena demam atau sakit-sakit yang mudarat. mungkin sebab tu badan dia masih bersemangat. alhamdulilah. kalau dia demam atau sakit sikit tu selera masih ada cuma kurang sikit-sikit jela. syukur sangat antibodi anak ummi kuat. itulah nikmat nya bila dia dapat susu ibu agaknya. syukurrrrr.

dan yang pasti. hati yang gembira dan suka melahirkan badan dan otak yang sihat dan cergas. alhamdulilah sekali lagi masih diberi kesabaran yang maha tinggi dalam menjaga, mengasuh dan mendidik anak. jarang sekali dia nak menangis meragam tak tentu pasal. yang selalu nampak senyum manis kat bibir dia. dari situ saya tau dia seronok. bila dia seronok ummi abi lahhhhh yang paling beronok-ronok suka.

moga Allah terus sentiasa lindungi anak ummi Fateh Uwais. berikan kesihatan yang baik pada anak ummi abi. sihatkan tubuh badan Uwais. otak yang cerdik dan cergas. dan jadikan Fateh Uwais anak soleh yang berjaya dunia akhirat. amin amin  

10 comments:

aryan azra said...

salam kira...

kalau akak pun org kata yg bukan2 ttg anak pun akak buat muka juga..hehehe

cumil apa fateh ni..bam-bam..akak suka tp anak2 akak semua tak jd bam-bam mcm ni,kurus2 je semuanya

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah.. bila anak2 sihat senang rasa hati kan Kiera :)

idzwa kamaruddin said...

ooo..anmum memang bagi budak semangat skit :) takpa la kan asalkan awak sihat senyum senyum selalu tu dah ok dah tuuuuu ;)

mehh chiummm skitttt.. >_<

juicy X said...

haha pepandai kata x aktif! mcm umar la, org tgk dia kurus kata dia x kuat makan. padahalllll makan mcm2 tp x gemuk. pesen mudah langsing gamaknya haha

Z@i Z@mR33 said...

sm mcm Aqil.
bdn smangat org msti kata dia slow pdhl dia aktif bkn main smpai jenuh nk kepung

Fiza Rahman said...

Comelnya uwais posing mcm tu.

Apa punya statement lah ckp mcm tu. Dia jeles tgk badan uwais mantop kot.

cik Anggur said...

apa igt kalo bulat je mesti lembab la...ckp ank org ank dia tu mcm laju sgt !!! marah niieeee......ckp uwais plak....

hainom OKje said...

Wah mmg mewah Uwais dengan makanan sepanjang hari...berganti menu....tulah untungnya ada blog kan Kiera...ilmu lebih banyak hehe...
Moga Uwais akan dpt breastfeed sampai umur 2 tahun ye....

QasehnyaRania said...

aamiin
mmg semangat tgk badan fateh uwais..
menu sntiasa berganti.. alhandulillah :)

neesa_jun said...

salam sis!...bagus la dh biasakan minum botol..sy ni dilema nk biasakan my baby dengan botol susu..huhu..nasib umah dekat dgn tempat keja..

memang semangat fateh ni...gigit2 pipi dia leh??hehehe

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...