Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

13 April 2015

Selamat Pengantin Baru Cikde!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

minggu lepas, 4 april ke Kajang lah kami meraikan walimatul urus cikde tersayang. Iffah Afeefah. plan awal nak bermalam dekat sana hari jumaat tu tapi atas sebab tertentu kami decide gerak awal pagi hari sabtu dari ipoh. itu pun singgah mana ntah nak bagi policy client abi uwais.


pengantin yang kerja gelakkkkk je dari masa diarak sampai lah ke atas pelamin. hepy for u cikde. hepy sangat cikde dah jadi isteri orang. macam tak percaya pun ada haaaa. mohon jangan garang lagi bila dah jadi isteri orang ni #ehhhh!! kihkihkih. semoga cikde dan pakde berbahagia sampai syurga sana, diberkati beroleh zuriat yang soleh solehah amin amin. menu masa hari kenduri sedapppppp sangat sampai rasa nak patah balik pegi tambah. tapi mujur masa ambik awal-awal tu dah bubuh banyak sesiap. kahkahkah perangai sungguh!!!


mujur pelamin cikde atas pentas. kalau tidak jenuh nak muatkan blogger yang reramai ni. hewhewhew. ekceli cikde ni blogger Buta+Pekak+Bisu=CINTA tu. kami je yang dah terbiasa bahasakan diri cikde ummi abi sejak2 Fateh Uwais lahir dulu. dah terlekat sampai sekarang hihihi


nak papa kata uwais. abi dengan ummi pandang sesama sendiri. sape papa dia ni? sebab kalau ikutkan yang bahasakan papa dekat Fateh Uwais cumalah abang ipar saya dan adik suami. rupanya dia panggil abg ady budika ni papa. errrrrr tertelan air liur kejap. suka hati dia je bahasakan papa. mujur abg ady ok je bahasakan papa balik. ampunnnn. ekekekeke. 

terima kasih sangat sebab rajin layan dia tengok ikan, bawak berjalan ke sana sini. sampai nak ikut papa dia balik. takmo keluar keta papa dia pulak tu. amboiii sangat anak ummi. maksudnya dia rasa mesra dan yakin jela tu yang boleh rapat tu. ape pun kami mendoakan kalian berdua suami isteri bahagia dunia akhirat dan dimurahkan rezeki. amin amin



pun jumpa achik mira dekat sana. punyalah payah nak jumpa padahal duduk penang sesama aje. cumanya achik mira dah merantau ke johor nun. tak sangka berjodoh jugak jumpa dekat kenduri. kata achik mira kalau nak selfie dengan uwais kena upah ais sirap dulu kalau tidak dia lari pegi dekat papa dia tu kahkahkah :p



#KamiBloggerUtagha..... punya jauh bergatheringggg. dengan achik anith ni pun sama. padahal jarak pendang dengan alor setar tu tak jauh mana pun. tapi sebab memasing busy. kami lah yang selalu busy tu huuuu. kat sana jugak baru dapat bermesra nya kihkihkih 


Kak Sunah sakura sayanggggggg. kalau orang yang jarang jumpa atau kalau pestime jumpa mesti terpanggil saya ni sunah sakura. errrr tang mana yang sama nya entah. kalau tang sakura tu memang betol la sama kot hahahahaha. ada yang kata senyum tu sama errrrr


yang ini pun sakura jugak. tapi Yana Sakura. rasanya pestime jumpa dia. errr yeke? sory ummi uwais memory lost tetiba hihihihi



lama jugak lepak dekat kenduri sana. kami sampai pukul 12 lebih macam tu rasanya. 3 lebih jugak baru gerak balik. itu pun bila tengok Fateh Uwais dah macam main benda pelik-pelik. petanda dia dah mengantok dan letih la tu.


masuk je kereta dia dah mula merengek mintak susu. memang mengantok dan letih tersangat lah tu. mana tak nya seminit pun takmo duduk diam. tapi alhamdulilah anak ummi boleh dikatakan behave la jugak tak buat perangai menangis hentak kaki ke ape dekat kenduri orang huuu. janji jangan 'ikat' dia je huuu. alhamdulilah jugak mau dengan kengkawan lain bila ada yang nak ambik dukung. kalau kecik dulu jangan harap lahhhh nak boleh dukung main dengan dia lelama. memilih kuat ni huuuu. berapa banyak huuuu ntahhh


lepas kenduri cikde terus ke alamanda pulak jumpa kawan abi. settle gitu gitu ke rumah kak Lydia Miza pulak, nak tengok baby ariz!!!. bertubuh dah badan dia. 'berasa' jugak la bila pegang dukung tu. dan macam biasa Fateh Uwais takde jeles dengki ke ape bila ummi abi pegang baby. dia seronok main dengan abang kakak. anak kak Lydia


tengok tu. kami boleh berlama-lama sampai maghrib dekat sana pun sebab anak behave. mana tak behave dia bebas main merata dalam rumah ummi lydia dia. siap duduk dapur lagi abang kakak jamu aiskrim dekat dia. ewahhh bahagia letewww ekekekeke. thanks kak Lydia sudi terima dan layan kami aritu. 


hari sabtu yang padat dan penat diakhiri dengan tido dekat rumah kakak saya dekat banting. ummi abi dah flat sampai tertido depan tv. Fateh Uwais selamba boleh main itu ini lagi. mujur kakak sepupu dengan mama papa dia rajin melayan sekejap. sampai lah kakak sepupu kata "kakak dah pening dah ni uwais, jom la tido" baruuuu dia menapak dekat ummi mintak tido kahkahkah. kemain kannnnnn

13 comments:

eima said...

dah byk klai jd silent reader ... kali tak kire nk tgal komen jugak .. sorry la kiera ..ai bz sangat kadang tu sempat baca je tp tak tinggal komen .. kang sempat buka je tp taks empat baca blog hangpa ......

selamat pengantin baru kat cikde ... dan untung uwais semua nk pgg die ... baby bolat gebu katekan

Zai Zamree said...

Bestnya...lama x gather² ni

Gee Lion said...

wahh meriahhh!! suka tengok! ^_^

OKje said...

Kira bergathering blogger utagha lah ni yeh. Sebelum ni Kiera pernah jumpa ke tak?
Selamat Pengantin Baru buat Cik De, moga kekal hingga ke akhir hayat.

Amboi Fateh.....bukan main lagi dia main tak hengat....umi sukalah tu, dapat rest yer

Anonymous said...

Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. meriah majlisnyer tu !

Putri said...

Jauhnya fateh uwais berjalan...

AtieYusof said...

Salam Kira... wahh..Fateh Uwais dah besor nampak tu..hihi..lama bebenor tak dtg sini...
meriah nampak majlis Cikde.. Salam Pengantin Baru buat mrk.. :)

Hafizin Jamil said...

Cikde dah kawin laaa.. ramai dah blogger yang dulu2 dah ada rumah tangga ni. ahaha

Aryan azra said...

selamat pengantin baru buat cikde..moga berbahagia hingga ke jannah.. oh ada kakak dekat banting ye, kalau datang sini lagi boleh la jumpa juga,akak tau juga banting tu hehehe

arysha_fayyadh said...

Assalam kira,
haaaaaaaamboooooooiiiiiii
sakan uwais jenjalanj yer :)

juicy X said...

ewaHHHHH anith kemain berseri2

iryantyismail said...

selamat pngantin baru cikde :-))

yan teringin jumpa kawan blogger..masih belum kesampaian hajat ni

QasehnyaRania said...

wow..
seronknya.
bst kan bila suami isteri sesama blogger.
meriah. kawan u kawan i juga.gituuu

abg soleh pon ada.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...