Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

01 April 2015

Fateh Uwais Sape Jaga?"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

budak paling eksaited abi dah balik mai. merap sunguh-sungguh!!!

bagi sesape yang pernah mengikuti(kot ada) perkembangan keluarga kecik kami ni tau la kot dulu kitorang PJJ hampir dua tahun lebih. start dari aku terima nikahnya sampailah si Fateh Uwais berusia setahun tujuh bulan. kiranya hadiah setahun tujuh bulan dia adalah dengan berpindahnya seorang abi uwais ke bumi kedah ini hewhewhew. Alhamdulilah.

jadi selama kami berPJJ Fateh Uwais dimana dan siapa yang menjaganya?

dia disini, di kedah bersama umminya yang tercinta dan dijaga oleh pengasuh yang menyayanginya, alhamdulilah :D masa mengandung dulu saya dengan suami selalu dilema nanti anak nak tinggal dekat mana? dekat ipoh bersama atok dan opahnya ke. dekat penang bersama abi wan dan omak ke. atau dekat kedah bersama ummi dirumah sewa. sungguh dilema sebab masa tu tengah panas kes pengasuh dan pusat taska dera baby. huuuu sampai ummi ni kalau ada video yang dera2 baby atau bebudak ni memang tak kan play punya.

tapi sejak dah boleh rasa tendangan Fateh Uwais dalam perut hati seorang ummi terus nekad. aku akan jaga sendiri anak ni dekat sini walau suami jauh. segala ujian cabaran dan dugaan akan ditempuhi bersama doa dan usaha. huuuu punya lah tekad. sebab? bila Fateh Uwais dah mula boleh menendang dengan jayanya dalam perut kitorang dah seakan boleh berkomunikasi berdua. sedih pulak rasanya bila 10 bulan 5 jam 17 minit bersama berdua kemana sahaja tetiba dia lahir nak berpisah. ummi taaaa kuadddddd ;'(

dalam pantang pulak opah dia buat ummi dilema balik "tinggalkan dia dengan opah lah, sedih pulak opah nak lepaskan dekat orang lain" pulak dahhh. sebab opah dia yang kelebet Fateh Uwais ni masa dalam pantang dari tapak kaki sebesar jari opah jaga dia huuu. tapiiii opah jauh nun di ipoh dan ummi di alor setar. mampu ke ummi menanggung rindu? takkan nak balik tiap minggu. mana nak cekau duit?

tapi hati seorang ummi terus kuat dan nekad lagi nak jaga sendiri Fateh Uwais. alhamdulilah hari2 doa moga Allah temukan ummi dengan pengasuh yang baik, yang jaga Uwais dengan penuh kasih sayang dan macam anak sendiri. siang malam doa sebab ummi tau hanya Allah je yang mampu tunaikan doa dan harapan ummi. hanya Allah. 

dan Alhamdulilah Allah tu Maha Besar, Maha Penyayang. Dia temukan uwais dengan pengasuh yang memang sayangkan dia. nak pulak pengasuh dia dah lamaaaaaa tak mengasuh budak lelaki. kiranya Uwais ni satu-satunya anak mengasuh lelaki yang dia jaga. kalau tahun-tahun sebelum semua baby perempuan. jaga macam anak sendiri yang kadang ummi pun tak jaga teliti macam tu >..<

syukur jugak bila dah buat keputusan tu berserta doa Allah mudahkan saje urusan keluarga kecik kami. Allah murahkan rezeki dalam berbagai bentuk. dapat pengasuh yang baik pun rezeki jugak kan. Alhamdulilah kalau tidak mau ummi berendam air mata berhari-hari wuuuuu.

jadi mampu ke jaga anak sendiri tanpa suami teman hari2? insyaAllah mesti mampu. banyakkan berdoa, banyakkan dekat dengan Dia. mesti boleh. penat memang penat. ada masa rasa nak nanges lama-lama, nak jerit kuat-kuat tapi sebenarnya semua tu buat diri rasa lebih kuat. dan bila tengok muka suci anak semua perasaan tu hilang, terbang entah kemana. indahnya perasaan tu Allah je yang tau ;)

13 comments:

juicy X said...

kami kalau bab pengasuh ni, kami tawakkal je. sbb pada kami benda ni kita mana tau untung nasib kita. cuma kena berdoa dan minta sungguh2 pd allah moga anak kita dilindungi :)

eima said...

alhamdulillah
selalunye klu kat kedah kbykan klu yg jg org2 kampung ...elok je diorg jg anak kita ...

tp klu belah sini kebanyakan dijd kan kerjaya ... utk duit semata ....

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah.kiter baik insya allah allah akan ketemukan dgn org baik-baik jugak kan..

Zai Zamree said...

moga kebahagian milik ummi abi uwais sentiasa...amin

arysha_fayyadh said...

Assalam kira,
Allah uji bahagian laen
Allah bagi rezeki bahaian laen kan3

ewanthology said...

Salute.

iryantyismail said...

kalau yan tak sanggup pjj....tapi apa apa pun tahniah encik somi dah kerja dekat :-))

ALYA said...

COMELNYE DIA..

YaYa VoGue said...

comelnyer anak teruna awak..hihi

YaYa VoGue said...

comelnyer anak teruna awak..hihi

Aryan azra said...

Alhamdulillah dipertemukan dengan pengasuh yang baik..begitulah dilema ibu2 bila nak hantar anak2 ke tempat pengasuh,macam2 yang difikirkan...hanya doa yang mampu kita panjatkan moga pengasuh anak2 kita semuanya baik2 kan

Macam akak pun alhamdulillah dapat taska yang cukup bagus dalam menjaga naka2

OKje said...

Yeah...okje taulah ..... Syukur alhamdulilah, sirih pulang ke ganggang jua akhirnya. Bagus tindakan Kiera tu, anak kita, kitalah yg jagakan....tak kan nak suh opah pulak jaga, cukup cukuplah mereka jaga kita, bagi diaorg rehat.

QasehnyaRania said...

betul tu kira.mmg x sanggup nk bpisah kan.
alhamdulillah

ps: adik ipar ciksu pon dpt tukar ke jitra. selepas dptank no 2 hri tu.bulan dua dpt baby. bulan 3 dpt surat posting. ank sulung dh 3 thn. lama jugak dorng pjj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...