Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

31 December 2014

2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

2014 yang penuh dengan suka duka tangis tawa. bukan je pada diri sendiri tapi dengan ujian dari Allah untuk semua umat manusia dalam negera yang bergelar Malaysia ini. ye setiap yang terjadi adalah ujian Allah. stop blaming each other dan mula kan dengan betulkan diri sendiri dahulu. pernah dengar suami cakap bila Allah murka akan sesuatu tempat tu maka hilang lah rahmat pada tempat itu. bukan maksud saya orang yang ditimpa musibah banjir tu jahat, buat salah etc. tapi mungkin salah tu berpunca dari diri kita. sedangkan kalau ko buang sampah sejemput atas jalan raya dan ko tak kutip balik, itu pun dah boleh buat Allah murka sebab ko dah kotorkan dunia dia. atau kalau ko pergi mana-mana, berebut parking, bergaduh maki hamun sesama sendiri, keluarkan kata-kata kesat itu pun dah boleh buat Dia murka. jadi sebab itu saya kata tadi mula betulkan dengan diri sendiri dulu. mungkin kah semua ini berpunca dari kita? kita kah yang bersalah? boleh faham? good!!

saya yang dari kejauhan hanya boleh membantu takat yang termampu dan boleh menitipkan doa setiap hari buat diri mereka dan diri sendiri. haaa lagi satu pernah dengar suami cerita. katanya. pernah satu ketika para malaikat dengar yang Allah kata salah seorang dari mereka semua (para malaikat) nanti akan ada yang ingkar pada arahan Allah dan akan dimasukkan ke neraka jahanam. makanya semua para malaikat takut dan berjumpa dengan iblis. masa tu iblis ketua semua malaikat kat situ. Malaikat lain pun mintak iblis doakan untuk mereka supaya tidak termasuk antara yang ingkar tu. iblis pun berdoa tapi iblis lupa doa untuk diri dia sendiri. jeng jeng jeng. jadinya setiap kali mendoakan kesejahteraan orang lain jangan lupa berdoa untuk diri sendiri sekali. supaya diri kita sendiri tak jadi lalai, lupa atau alpa akan perintahNya. peringatan untuk diri sendiri ni haaaa.

2014 bakal melabuhkan tiranya hari ini. moga kita semua terus berlari mengejar keredhaan Allah, meninggalkan laranganNya, mengerjakan perintaNya. 2014 penuh suka duka dalam mendidik dan membesarkan seorang Khalifah Allah, amanah dari Allah yang paling terberat untuk kami suami isteri. terasa berat bahu ni andai didikan yang kami beri tak sempurna atau tak baik. 

dah cuba senaraikan dari January sampai Disember. tapi nampaknya semua pun pasal anak, abi, anak, abi. ngehngehngeh. bersyukur diberi kesempatan dan peluang punya keluarga-keluarga yang bahagia dan saling berkasih sayang. doa sangat moga kasih sayang antara kami berkekalan hingga syurga Allah nanti. Aminnnnnn.

2015. banyak rencana dan plan yang cuba diatur. perancangan yang dirancang sebaik mungkin. moga Allah permudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami, redhakan hati kami dengan setiap ujian dan dugaanNya, serta titipkan kekuatan pada kami untuk terus taat padaNya. sebaik-baik perancangan kita, hebat lagi perancangan Dia. kalau kita rasa sedih sebab tak dapat sesuatu yang kita nakkkkk sangat, buanglah jejauh perasaan itu. kerana setiap perancangan Allah adalah yang paling terbaik dan tersesuai untuk diri kita. pasti ada hikmahnya. bergantung haraplah hanya pada Allah sahaja. hanya pada Allah sahaja. hanya Dia yang berupaya dan punya kuasa.  



ummi tetap sayangkan awak sepenuh hati sampai nak melimpah walau stokin awak hitam legam lepas berjalan sampai laman depan rumah. 

24 December 2014

Tido Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak dua menjak ni kemain lasak budak kecik sorang tu tido adoyaiiiii. kalau sebelum ni lasak dia cuma takat tido melintang katil. atau kaki tangan atas ummi abi. tapi sekarang lain pulak haaa peel dia ni. silap hari bulan ummi beli katil lain pulak kat dia nanti ni. mihmihmihmih. ok gurau je abi. takut tengok abi jeling :p


kalau dua tiga minggu lepas pesen tido bawak diri. mesti pusing badan ngadap tilam tepi katil ni. dah berapa kali kerja nak berlaga dengan dinding je. kesian. lastnya ummi mintak abi angkat tilam spare letak tepi dinding. settle masalah. 

tapinya sejak malam kemarin. tido kemain jadi tersangatlah lasak. dah la ummi tersilap makan ape tatau. muntah cery bery semua makanan dan tenaga yang ada. tengah sedap boleh tido lena tetiba rasa ada benda berat atas pinggang (tido mengiring) nak pusing badan susah dan rasa berattttttt sangat. rupanya budak kenit sorang tu elokkkkk landing atas pinggang ummi. pftttttt bertuah betoi haaaaa.

semalam lagi sekali. tengah tido rasa susahhhh sangat nak bernafas. adoyaiii dah kenapa pulak ni. mata nak bukak rasa sayang sebab mengantuk yang amat, tapi dada sempit rasa nak bernafas. sekali tengok rupanya dia boleh tido sedap atas perot ummi. hoiiiiiiiii melebih betoi kannn. grrrrrr

cuba bayangkan bila budak berat dah 11 kilo kot sedap landing atas kita. boleh bayang tak macam mana ummi punya sesak nafas nak tahan? T_T sabo aje la. tengah dia kecik la boleh tido dengan kita kan? nanti dah makin besar ntah2 nak ke tak lagi tido peluk kita. tido celah ketiak kita. hurmmm

23 December 2014

Family Day Office Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Khamis lepas 18 Disember 2014, hari keluarga office Ummi Uwais, bertempat di Pendang Lake Resort, Kedah. disebabkan hari khamis, abi kena kerja dan tak boleh nak cuti sekali. ummi cuma berdua je dengan Fateh Uwais ke lokasi kejadian. ikut kan boleh je kalau ummi nak tinggal dia dekat rumah mak pengasuh. tapi hati ummi tak sampai hati, baru je terdetik dalam hati pun dah sayu. baiklah ummi bawak dak kecik sorang tu, sebab kegembiraan ummi adalah bila adanya anak di sisi. 

sampai je lokasi kejadian terus daftar diri, mintak Kak Rafizah jagakan dia sekejap sementara ummi menulis dalam kelompok ramai orang tu. kata Kak Rafizah dia kerja nak ke kolam je. memang dari mula sampai lagi situ dulu yang dia pergi. mungkin sebab kami selalu bawak dia bagi ikan makan dekat Jubli. itu yang dia fikir kolam ni pun ada ikan jugak =.= sampailah ummi lepaskan hajat dihati dia nak tengok kolam sambil bagi pencerahan "sayang, ini bukan kolam Jubli yang ada ikan banyak selalu lapar tu, kolam ni takde pape pun. yang ada ranting, kayu. ummi takut tengok anak ummi duduk tepi kolam ni. nanti hari cuti kita ajak abi tengok ikan ye" dah puas hati dia baruuuuuu lah tak menuju ke kolam dah. phewwwwww

lepas mendaftar boleh terus breakfast. ohhh hampir nak terlucut budak sorang tu bila tangan ummi lagi sebelah terpaksa pegang pinggan makan. terus laju-laju tuju meja makan geng IT. Razif pun offer nak jadi baby sitter sekejap. Nik pulak tolong suap makan baby Uwais. Jas tolong ringankan beban sedikit. Alhamdulilah Allah permudah urusan ummi, walaupun abi takde di sisi waktu itu. 




sementara kami berhimpunan bulanan. ummi lepas je budak sorang tu. nak dukung pun bukan dia nak duduk diam atas dukung. buat lenguh tangan je kepit dia. baiklah lepas je dia main. memang sehari tu hari dia berjalan meronda merata secara bebas. baru kali ni lah ummi bebaskan dia sebab yang ramai kat situ semua pun officemate ummi. ummi tak lah risau sangat. kalau public tu memang takkan lah sesekali dia lepas dari ummi. hewhewhew



memang seminit pun tak diam =.= macam mana dia dekat rumah, memang macam tulah dia dekat luar. Fateh Uwais bukan seorang budak yang pasif, dia memang aktif macam gitu. Alhamdulilah ummi suka dengan keadaan tu sebenarnya walaupun letih sikit. ummi memang tak suka kalau tengok anak ummi dudukkkkk pasifffff semacam. terus risau huuuu. dia aktif tapi bukan hyper aktif. 

dekat sape pun tak takut, dukung lah sape pun tapi biasanya memang perempuan dia tak berapa mau sangat pun dari dulu lagi hukkkk. memang Fateh Uwias tak takut ape pun kecuali clown. kalau ummi nak bertenang berehat sekejap boleh duduk dekat clown. tapi jenuh kena kerabat la dengan budak kecik sorang tu =.=" tapi tak boleh praktik selalu dengan clown tu takut nanti terus sel otak dia terbantut pulak. sesekali tu boleh la ehehehehe :p




Alhamdulilah officemate semua pun rajin mengasuh dia sekali, anak2 officemate pun mau main sama dengan dia. Alhamdulilah Allah permudah urusan kami sehari tu. yang penting ummi puas hati dapat gembira ceriakan hati anak ummi. maaf pada officemate kot kalau ada terkasar perbuatan Fateh Uwais pada kalian. sobbbsss



masuk je kereta nak keluar Pendang Lake, dia sibuk duduk tengok atak dia(lori). bila ummi pujuk suruh baring, tido. ummi tepuk dan zikir dia pun menurut perintah. mungkin sebab memang dia tau dia letih tersangat-sangat. dan baru nak masuk tol pendang je dia dah mula tido lena sampai la pukul 5 petang!! alhamdulilah dapat ummi tumpang tido barang sejam dua. hewhewhew

17 December 2014

Geget

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

anak teruna sorang tu sekarang tengah gemo(suka) menggeget. tapi yang geramnya kita ni pulak haaaa jadi mangsa keadaan. ummi dah memang lah selalu kena geget time dia menyusu. kadang suruh dia kiss kita pun kena bedal sekali. seram je rasa bila dia bukak mulut leluas nak kiss ummi >.<

masih lagi menjadi anak ketiak abi

sekarang mangsa terbaru, Abi. yela abi! selalu tu dah ummi sekarang kena tukar selera la pulak. baru lah adil. baru lah abi tak touching nanti ekekekekeke :p aritu sampai menjerit lah abi kena geget. abi merajuk masuk bilik. pandai pulak tu dia pegi pujuk abi balik lepas dah buat salah. nasib la abi. dah seminggu sekali baru dapat jumpa kan. kasi baby bite lah sikit mihmihmih :p

budak yang tolong lambatkan ummi pagi tadi =.=

gigi dah ada dua atas dua bawah. demam aritu tumbuh terus dua batang lagi kat bawah. tadi check gusi tengok ada lagi sebatang nak tumbuh kat atas. tak pasti lagi sebelah ada ke idak, tak dibaginya nengok lagi. sabo aje la. 

padan la sakan sangat mengeget minggu lepas. habuan nak tumbuh gigi lagi rupanya. redha dan tabah aje la ummi abi ni haaaaa.


16 December 2014

Nasi Ayam Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kemain haaaaa nama nak meletop saja. Nasi Ayam Cinta by Chef Abi Uwais. weekend lepas saja la kata dekat suami. "aritu bukan abang kata nak buat nasi ayam ke? ape kata kalau abang buat nasi ayam minggu ni" dan ke Mydin lah kami mencari barang-barang untuk membuat nasi ayam ke esokkan harinya. 

pagi ahad saya kerja sementara suami mengasuh anak di rumah. dan tengahari suami datang bersama anak. ikutkan bekalan yang suami bawak untuk saya makan seorang diri di ofis nanti. tapi memandangkan tengahari tu settle awal urusan saya, ajak suami makan depan air pancut Masjid Zahir. tetiba nak fefeling satu masa dahulu gituuuuu mihmihmih :p 

Nasi Ayam Cinta gitewwwwww

Alhamdulilah dapat suami yang baik cukup lengkap serba serbi. rajin ringan tulang. kalut-kalut masak nasi ayam untuk kami berdua. tak pernah lagi la sepanjang kudrat dan hayat dia hampakan permintaan kami. selagi terdaya dan termampu memang dia akan tunaikan. alhamdulilah bersyukur dengan rahmat pinjaman Allah. thanks suami, dan thanks jugak pada MIL FIL yang dah didik suami dengan baik. 

sebenarnya kalau orang lelaki masak ni sedap dia lain macam haaaa. ini bukan pujian ambik hati. tapi memang puji betoi. mungkin sebab tu kebanyakkan restoran dan hotel chef majoriti lelaki. teringat arwah paksu. dia pun chef jugak dekat salah satu hotel dekat ipoh satu masa dulu. masakan dia memang mabeles. cuma tak sempat dia nak tunaikan hajat saya yang mintak dia sediakan menu meja pengantin masa saya kawen dulu, Allah lebih sayang dia. Al Fatihah.

10 December 2014

Resepi Congo Bars

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

gambar lama ajeeee

Congo Bars ni dah lama sangat buatnya, dah berapa kali sesi pun buatnya tapi baru sekarang TERINGAT nak share resepi hewhewhew. pertama kali buat dulu saya adun pakai mixer je semua bahan sebab malas banyak bertakhta dalam diri hihihihi. tapi yang baru buat beberapa minggu lepas adun pakai tangan memang lain texture dia. ada perbezaan di situ ye. tapi bila adun guna tenaga tangan kena bertabah la sikit, kerana adunan akan menjadi berat dan semakin berat lagi-lagi bila dah letak tepung nanti. sebab itu last three week ummi buli abi. mintak tolong abi yang adun kerana tenaga dia lagi kuat mihmihmih :p resepi asal dari Mek Onie


Bahan-bahannya ::

 315 tepung gandum @ tepung naik sendiri - kalau guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder dah.

 2 1/2 baking powder 

 250gm gula perang - resepi asal 300gm, saya kurangkan sebab tak suka manis sangat.

 3 biji telur

 250gm buttercup -resepi asal 200gm sahaja, saya letak sebuku terus sebab nanti kalau simpan takkan guna lagi dah, rugi pulak rasa. texture congo bars jadi lembab sikit bila buttercup lebih. PENTING untuk biarkan buttercup lembut sendiri supaya nanti mudah nak mengadun.

 1 sudu besar esen vanilla

 1 sudu kecil garam

 200gm coklat chip (letak banyak2 kalau nak lebih sedap), badam cincang, bijik kuaci atau apa saja jenis kekacang yang rasa sesuai nak letak dalam congo bars tu


Caranya ::

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. ketepikan

2. Kacau buttercup, dan gula perang sehingga sebati. dan masukkan telur satu persatu, esen vanilla dan garam. kacau2 gaul2 sampai sebati semua bahan.

3. setelah sebati masuk tepung yang dah diayak atau tepung naik sendiri tadi tu. kacau gaul lagi bagi lebih sebati. masukkan pulak coklat chip dan segala kekacang yang korang suka.

4. griss loyang dan tuang dalam loyang. sila hias dengan banyaknya coklat chip dan badam atas tu supaya congo bars nampak lebih meriah gituuuu.

5. bakar menggunakan oven dengan suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak. TAPI!! suhu tu bergantung jugak pada oven korang memasing.


dah siap, kalau jenis tak sabar macam ummi uwais boleh potong dan makan ketika masih panas itu. heavennnnnnnn sangat rasa hihihihi. ohmai tetiba meleleh air liur bila teringat congo bars ni. abiiiiiii sabtu nanti kita buat lagi ek. ekekekekekekeke. 

Selamat Mencuba!!!

09 December 2014

Atak!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dah makin banyak perkataan yang Fateh Uwais kami tu boleh lontarkan. dah paham bila kami bagi arahan. dah tau solusi kalau kami bertanya. contoh kelmarin. saya saja tanya dia mana hp ummi? saya tau dah hp ada bawah kain belum lipat. dia pun mencari rata, masuk bilik. dan heret beg kerja ummi bawak ke ummi. mesti dia tau ummi selalu simpan hp dalam beg tu. alahaiiii anak, alhamdulilah awak dah makin bijak. syukurrrrr.

kemain seronok haaa main dengan anak kak yan. seronok la ada kawan, selalu main sensorang

dan sekarang ada satu lagi yang dia palingggggg obses. kalau tengah menyusu dalam kereta pun boleh bangun sebut "atakkkkk atakkkk" mulanya tak perasan jugak atak tu ape. rupanya atak tu lori atau bus atau kenderaan yang besar spesies mereka, mana pulak la dia dapat perkataan atak tu =.=


dan ummi abi lah manusia yang paling setia membetulkan perkataan dia setiap kali menyebut atak itu. moga anak ummi boleh bezakan mana satu lori, mana satu bus nanti. bawak pergi beli lori kemain haaa rambang mata tatau nak pilih mana satu. style ummi abi. boleh beli satu barang sahaja setiap kali keluar, lebih tak boleh. takmo biasakan dia, sekarang memang la ummi abi mampu takut nanti dia terbiasa sampai ke besar semua keinginan dia kena tunaikan pulak huuuu. tapi selalunya hati ummi ni la tak kuat bila tengok anak nak satu-satu benda. mula ummi yang nak beli kan dua. moga ummi kuat sobsssss

07 December 2014

Ummu Khalifah Shops

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dress Girl size 6-12 Month
Price : RM45 (exclude postage)


Rompers Baby Unisex : RM25 (exclude postage)


Rompers Baby Girl : Rm25 (exclude postage & Shoes)


Baby Kids Shirt : RM30 (exclude postage)


kids Pants : RM33 (exclude postage and toys)

okey dekat atas ni antara yang dijual di Ummu Khalifah Shop, ada jugak novel terpakai yang condition tip top, kek lapis sarawak, dress baby girl yang bermacam corak, shirt kanak-kanak yang berbagai gaya, legging bayi dan macam-macam lagi la. tinggal klik je page Ummu Khalifah Shop. kalau nak cuci mata saja pun bolehhh nak beli lagiiiiii lah boleh hihihihi ;p yang penting harga murah dan design tersangatlah cantik.

kalau nak mintak Ummu Khalifah Shop wrapping jadi bentuk hadiah dan terus pos ke penerima pun boleh. boleh pilih mana-mana item dari album dan beritahu pada UKS. insyaAllah anda akan berpuas hati ;)))


Kids Shirt : RM30 (exclude postage)

size : 3 Years

Colour : Blue only *yang lelain dah sold out ;)))


04 December 2014

Demam Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


dah dua malam berturut-berturut sejak isnin lepas badan Uwais panas. bila malam sahaja, pagi besoknya tu alhamdulilah dia sihat badan sejuk balik. sampai la tengahari semalam mak mengasuh dia call kata badan anak panas sangat, ubat pulak ummi lupa nak spare adoiiii. cepat-cepat ummi balik tengok anak, elok ummi sampai kata mak nya dia baru bangun tido, tido pun kejap sangat dalam setengah jam je. tak selesa mungkin. mak mengasuh cuma jeram-jeram badan dia dengan towel basah sementara tunggu ummi datang. itupun kemain dia marah mak jeram badan dia -.-


akhirnya ummi decide untuk tak masuk ofis. badan anak terlalu panas. bagi ubat dan pantau suhu dia. alhamdulilah dia masih mampu untuk main sekejap-sekejap. bila tenaga dah kurang dia datang merap dekat ummi. seharian jadi baby bear bila petangnya. langsung tak boleh jauh dari ummi. sangkut atas perut ummi sepanjang masa. bangun je ummi dia pun mula menanges hurmmmm. mula la saat tu rasa hati rapuh sebab abi takde, abi jauh T.T

Alhamdulilah lepas makan ubat pukul 8 malam, badan dah mula sejuk, peluh dah mula keluar. tido pun lena berbanding malam-malam sebelum. saya dengan mak dia suspect demam nak keluar gigi. selalu gigi keluar sebatang sebatang. kali ni dua batang serentak, tambah dengan antibodi lemah sikit sebab selsema, itu yang boleh jadi demam pulak. 

alamak!!!! 

moga terus kuat dan terus sihat ye anak, insyaAllah ummi sentiasa ada dengan awak. paut lah kaki ummi asalkan itu boleh buat awak selesa walaupun ummi tersiksa sampai nak buang air pun kena bawak dia =.= dan bila dah sihat dia kemas pulak lemari baju ummi. habis bersepah segala tshirt yang ada, dah la banyak lagi kerja tertangguh sebab dia jadi baby bear sobssssss. nasib demam kalau tak mesti kena dah tu dengan ummi :p

03 December 2014

E-Pump Malish Bermasalah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


E-Pump Malish Single

Saya beli Breastpump Malish ni bulan June tahun ni. Belum pun cukup setahun. Alhamdulilah suction dia ok, bateri tahan lama, nak guna dia pun mudah je tapi ada satu masalah Malish yang saya tak boleh tahan. komponen corong pam dia. selalu bermasalah. tatau apa masalah dia, bila lepas cuci bukak semua komponen esoknya nak pam dekat office mesti tak boleh sedut keluar susu, takde rasa suction dia maksud saya. padahal masa beli dulu ok je. hurmm


Head Pump Malish
penyelesaiannya. saya kena bukak semua komponen kat atas, dan pasang satu satu balik semula sampai complete. kalau takde suction jugak saya akan ulang buat sampai suction dia berfungsi. larat ke ko kadang sampai dekat enam belas kali duk bukak pasang balik, emosi jangan cakap lah pulak. dah bengang tahap ape je sebab tak mau mau. dah kalau perasaan emosi muncul sedikit sebanyak dia akan ganggu produktiviti susu. kalau nak susu lancar dan mencurah-curah masa mengepam diri kena tenang, relaks, tak kalut. tapi dah kalau marah-marah dekat pump yang tak mau fungsi dengan baik tu tak ke produktiviti susu ummi terjejas T_T


Membran (getah kecil putih)
Membran yang dah mula kena ganti

Membran yang baru (rapat)

rupanya ada sebab yang suction takde. jawapan dia MEMBRAN. sila rujuk gambar pertama di atas. memana jenis pump electrik yang ada membran ni memang takkan ada suction sekiranya membran dah lama pakai dan renggang seperti gambar ke dua. untuk Pump Jenis Malish 3 bulan sekali wajib tukar. saya dulu beli dekat online, biasanya kalau kita beli online mana la ada penerangan secara terperinci berbanding kita beli kat kedai kan. bezanya nak tau membran kita yang bermasalah atau tidak bila takde suction. rujuk gambar kedua dan ketiga. 


  
Oh ye satu lagi tips sebelum pasang komponen pump, pastikan komponen bebas dari air. maksudnya lepas je basuh cuci bersih sila keringkan ia supaya ia berfungsi dengan baik dan cergas. dan satu lagi tips yang baru dapat hasil berjalan keliling blog orang lain. lepas je kita pump dekat office boleh simpan terus corong pam tersebut dalam beg susu kita ye, tak perlu basuh sehingga sesi kedua atau ketiga. namun!! ada namunnya, hanya boleh bertahan selama 24 jam. lepas 24 jam dah tak boleh guna pakai sekiranya belum di cuci bersih menggunakan sabunnnn. kenapa? sebab susu ibu itu sendiri ada bakteria baik yang terkandung dalamnya. jadi kalau dekat office takde la masalah nak tunggu corong kering apa nya kan. jelas? kalau tak jelas sila kemukakan ye. ehehehe :p 


dan satu lagi yang penting. untuk memasang headpump. pastikan muncung corong berdepan dengan kita, membran menghadap ke kanan atau ke kiri kita. sory gambar tak clear. kenapa ntah wuuuuu. 

ok berbalik ke Breast Pump Malish, dalam bulan ni entah kenapa pump Malish tu banyak buat perangai, siap cakap dekat abi kata dapat bonus nanti nak beli Medela. sebab geram punya pasal. tak memasal pulak dia buat perangai teruk-teruk adoiiiii. Akhirnya isnin awal November lepas, Malish langsung tak berfungsi. motor ok, tapi suction non hadooo. dekat setengah jam bukak pasang bukak pasang sampai jari pun naik melecet. stress takyah cerita la kan. pulun wassap abi ngadu itu ini, last sekali abi kata ambik duit pergi kedai beli Medela. adoiiii berpinar kepala bila ingat harga Medela tapinya sehingga hari ni Medela la yang paling win antara semua pump. alah membeli menang memakai kata orang. hurmmmm

dalam entry lepas ada saya mention kata pergi center Malish dekat Saujana Utama Sg Buluh, bukan Segamat, segamat tu johor nun. silap tempat hahahaha. dan bila diorang check rupanya hanya membran dia yang bermasalah seperti yang saya duk membebel sakan kat atas nun. membran tu cuma berharga RM10 sahaja. mana nak cari? boleh call center Malish, mungkin diorang boleh pos kan kepada anda. atau kalau terdesak sangat cuba beli membran Autumnz dan pakai pada Malish. semalam saya cuba cari dekat kedai barangan bayi, dan sales girl tolong carikan yang paling sesuai pada head pump malish. tak mahal. dua keping membrane RM10. jimat kan? janji senang cari dan boleh masuk.



::SOLD OUT::

dan hari ini saya nak let go Malish Single saya, masa dia bermasalah aritu dan tak sempat hantar ke Center suami suruh beli pump lain dulu, yela sanggup ke nak tahan bengkak susu sementara tunggu pump dekat center dia T_T

RM180 exclude postage

*suction lembut dan tak bising
*anti back flow
*guna cuma 5 bulan
*masih ada dalam warranty sehingga 16 June 2015
*takde masalah cuma kena ganti membrane baru 3 bulan sekali

FREE : HeadPump + Membrane (New)

berminat? boleh wassap saya 0194942450

02 December 2014

Kereta Menara Alor Setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sabtu sebelum abi apply cuti mengasuh aritu ada la bawak Fateh Uwais ke Menara Alor Setar, pasal situ ada playground, tapi tak sesuai pulak untuk Fateh Uwais main. playground yang agak tinggi untuk usia dia, dan terlalu ramai kanak-kanak dah besar dekat situ. takpe nanti kita beli playground kita sendiri ye, terus abi jeling ummi. kahkahkah :p

selain playground, ada jugak belon besar yang boleh bebudak main dekat dalam tu, tatau apa nama dia. selalu tv3 duk buat aktiviti dalam benda alah tu. tapi tak sesuai jugak untuk Fateh Uwais main dalam tu. 


ape je yang sesuai? ni haaa kereta kontrol. RM5 untuk 20 minit. kemain seronok lagi dia dapat main kereta, ronda pusing taman situ. tapi memang cukup 20 minit jela lepas tu dia sendiri keluar dari tali pinggang yang ada tu, nak naik kereta lain pulak, bosan letewwww =.= yang boleh abi approve main sebab abi boleh kontrol sendiri kereta tu ke mana nya. jadi la, janji anak seronok.

yang lagi best abi kata nanti boleh beli dekat Fateh Uwais. yeayyyy tunggu abi dapat angpow CNY kita gesek-gesek bawah ketiak abi ye?? mihmihmih :p ada sesape tau kereta jenis ni yang berkualiti dan harga berpatutan area penang, kedah? boleh la kami pergi survey2. dah jumpa kedai area Alor Setar. buy 1 free 1 katanya. yang best free nya barang yang berpatutan area barang yang kita beli tu jugak. tapi yang kurang best harga pun BERPATUTAN sangat. hewhewhew. 

27 November 2014

Ziarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ahad lepas 23hb kami ada jemputan kenduri dekat Kuala Selangor. alang-alang nak ke belah selatan sana, kami suami isteri pun pakat la nak menziarah kawan-kawan mana yang tak pernah dapat jumpa Fateh Uwais. dah alang-alang kan. sabtu pagi lepas je gerak dari rumah mama dekat ipoh terus singgah Slim River jumpa Abah Kay_Are Fateh Uwais. lupa pulak nak tangkap gambo dah sibuk menangkap budak kecik sorang tu panjat turun meja. awal-awal tu kemain haaa behave, malu-malu kucing duduk atas riba abah KR dia tapi lepas 10 minit, dah warm up katanya kot. kemain lagi buat rumah tu macam rumah dia =.= thanks to KR dan family yang sudi layan kami bertiga, hidangkan nasi lemak yang sedap :)))))

dalam tengahari gerak terus ke Tanjung Malim, dekat aje. jumpa ex boss suami yang dah lama tak bersua muka. "kami ni tengok anak ko membesar dalam pesbuk jela" sedih beno haaa ayat ngehngehngeh. konon lepas solat zohor nak terus ke rumah mak ayah ex boss itu tapinya terjumpa pulak kat gerai area situ. ada pulak playground, kakak abang rajin pulak melayan dia, terkekeh ketawa seronok sampai tak nak balik la pulak, pandai pulak tu pergi bagi tangan dekat uncle sebab tak nak balik =.= alhamdulilah lepas jugak hajat dorang sekeluarga nak bersua muka melayan budak kenit sorang tu. dan lupa jugak nak ambik gambo :p ohh ye mee kuah situ memang sangat sedap, orang yang tak gemo makan mee kuah pun hirup licin, ummi letewww sape lah lagi :p

lepak Tanjung Malim pun dah sampai tiga lebih, terus kami ke Segamat. nak mencari center Malish Baby. nak menganto breast pump saya yang takde suction itu. cari punya cari rupanya kedai tu bukan nama Malish Baby =.= mujur la jadi bijak sikit pergi cari nombor kedai kalau tidak mau sampai minggu depan pun tak jumpa. bila call takde pulak dorang mention nama kedai tu sebenarnya apa. hurmmm takpe la janji breast pump dah selamat hantar sementara ada warranty lagi. 



dan lepas tu terus ke Shah Alam, rumah family pengasuh yang MIL mengasuh dulu. kitorang dah jadi rapat. sama la macam kami suami isteri dengan family mak mengasuh Uwais hihihi. sampai dekat sana jumpa kakak-kakak kemain lagi Uwais jadi cekgu besar. ajar kakak dengan adik panjat rak berlubang. kemain pulak tu petak bawah tak layan, yang petak belah atas jugak nak dipanjat. main tangga usah kira la, berdiri atas anak-anak tangga pulak tu. nak tercirit ummi ni tengok kelaku awak tu tau takkkk. ummi ni dah la ada penyakit fobia tengok anak buat benda-benda pelik =.=


pinjam topi pak ngah sekejap yeeee

dan malamnya kami bermalam di rumah sepupu suami, Kota Puteri. dekat dengan Kuala Selangor. besok pepaginya nak jumpa dengan kakak yang jauh dimata dan dirindui sebelum pergi kenduri. tak payah la kalut bangun awal pagi kalau dah tido area yang dekat situ ehehehehe. dekat rumah pakngah ni pun sama. keja naik turun tangga. bila pakngah acah-acah marah tau pulak menyorok dalam perot abi adoyaiiiiii


Kak Ipah kita yang dirindui, ini la dia nya kakak pertama yang saya menumpang kasih masa awal-awal datang kedah dulu, tumpang kereta dia pergi ofis, tumpang kereta dia masa balik kampung takde tiket, yang mencarikan rumah sewa pertama dulu, memang banyak la saya terhutang budi dengan kakak ipah yang seorang ini. nama dia best Nur Zatul Iffah Zaimi. ehehehehe. mulanya sampai situ Fateh Uwais tido, yela memang time dia tido pun. ada la dekat sejam budak kenit ni pun bangun. terus sengih merata, macam orang mamai pun ada mihmihmih :p dan kerana cik epa layan dia tengok cat, terus hari-hari mintak cat kat telefon. "nak encett, nak catttt" hewhewhew. thanks kak belanja makan.


adoiiii sakit hati kita tengok gambo itu. tapi nak buat macam mana, redha jela dah nama pun mintak tolong tangkapkan gambo. mujur lah ada gambo selfie dengan pengantin sobssss. alhamdulilah tujuan dan niat utama kami sekeluarga travel ke Selangor tercapai. nak tengok Kak Elly kita ni bersanding dengan suami tercinta pilihan hati. kira doakan moga Kak Elly dan suami berbahagia sampaiiii syurga, dikurniakan zuriat yang soleh solehah, diberkati perjalanan rumah tangga. menu kenduri sangatlah sedap. menu jawa kooo. paling win pencuci mulut tu. jambu batu dengan apa ntah. tapi memang sedap. gambo? takde pasal lupa hahahahaha :p


terima kasih pada semua kengkawan ummi abi yang sudi luangkan sikit masa jumpa kami, jumpa Fateh Uwais. memain mengasuh dia, dukung budak 10.5 kilo tu. gomol sana sini, jaga dia. terima kasih semua. insyaAllah ada rezeki, ada masa nanti kita jumpa lagi. misi 2015, ke Johor ke kita? insyaAllah :))))))

26 November 2014

Bebear Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


tula dia nya bebear abi. abi cuti kemain lagi dia melekap dengan abi. makan mandi main semua dengan abi. sembang baca buku pun dengan abi. sampaikan abi nak mandi pun boleh dia menangis menjerit macam kena rotan =.= 

ummi ni konon nak la susukan dia sementara abi mandi, bila abi depan mata dia kemain berlagak lagi dengan ummi, takmo susu, nak main dengan abi. tapinya sampai abi langsung tak boleh bergerak jauh sikit dari pandangan mata dia, terus menangis meratap hiba merangkak pergi pintu bilik air, suruh abi keluar jugak-jugak grrrrr betoi

abi kena ambik, dukung pujuk, geli-geli perot sikit dan dia baring beralaskan lengan abi sambil menyusu ummi baruuuuu la muka ada senyum manis nyot nyot susu =.= kalau ummi pulak yang volunteer jadi tukang pujuk alamat lagi kuat la menyebai nya sampai ummi pun bebai sekali Ehh!! :p

tapi mujur la bila hari abi takde Fateh Uwais seorang ni tak bebai cari abi, mungkin dia pun paham. dan saja jadi bebear abi, bergantung dekat kaki, sangkut dekat perot abi, bila abi cuti sebab dia tau itu aje masa yang ada dengan abi. anak lahhh anak.

20 November 2014

Abi's First Bridge Run

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ok kita tiru tajuk entry abi :p ahad lepas ummi TERPAKSA approve permohonan cuti abi dari menjaga anak. yela kan setiap hari ahad hari Uwais bersama abi sampai ummi tak boleh mencelah =.= ok ok ekceli bukan terpaksa tu, ummi memang ikhlas bagi abi join Penang Bridge Run ahad lepas. yela sekali sekala kena lagi bagi dia berdunia dengan persekitaran luar tanpa kami. ehh sebenarnya kalau event tu tak jatuh hari ahad, ummi dengan baby mesti dah sibuk mengikut jugak tu. sebab ummi kerja je hari tu, kalau tidak mesti kami berdua dah jadi tukang sorak abi hewhewhew :p

yang ini anak punya kata abi, juara Futsal dulu. ok ummi redhaaaaa, anak dapat piala abi. ummi redhaaaaaa :p

alhamdulilah suami asal nak buat ape, pergi mana tak pernah membelakangkan isteri dia, walau kami duduk jauh tapi asal dia nak keluar ke mana hatta gunting rambut kedai auntie kat depan jalan pun dia akan wassap bagitau. eh eh jangan la salah faham. ummi ni tak mengongkong la, tapi sebab mungkin kitorang dah terbiasa macam tu. ala setakat wassap seketoi dua nak bagitau ke mana bukan gaduh kena bayar beratus ringgit pun kannn. terima kasih suami yang selalu ingat kat isteri tercinta ni :p

ok ok berbalik ke pangkal jalan. dah lama suami kata nak join Penang Bridge Run, saya ni asal benda tu tak mendorong pada yang negatif, saya mesti sokong. siap masa dia tengah gigih berlatih boleh hadiahkan kasut lari lagi. beli yang kaler striking supaya bila ummi dengan anak teman abi jogging boleh cam dari jauh kasut abi, abi yang mana satu. perangai sangat kannnn hahhahahaha :p

matlamatnya nak habiskan 10 kilometer dalam masa satu jam setengah. hadiahnya seutas medal. eh betoi ke seutas tu? lantak kan nya :p setiap hari gigih berjogging dekat PISA sana nun, setiap hari mesti dia update berapa round boleh lari, macam ummi la yang update setiap kali pump dapat berapa aunz. pemangkin semangat katanya :p ehh melalut lagi. 

abi declare ini hadiah untuk ummi, jadi Fateh Uwais mohon tengok aje medal ni nanti. ummi punya!!! kehkehkeh :p

pendek ceritanya abi berjaya habiskan 10 kilometer dalam masa satu jam 20 minit. alhamdulilah ummi tumpang bangga dan hepy untuk abi. dan yang bagus nya selain tu badan abi dah mula fit dan sihat. siap mak mengasuh Uwais tegur lagi kata abi dah kurus. kalau ummi yang dengar dah kembang hidung, abi apatah lagi kan hewhewhew :p

tahniah abi sayang, moga lepas ni abi terus kuat semangat nak teruskan aktiviti kesukanan abi. nanti dah pindah sini abi mesti boleh lagi fit. yela dah hari2 bersenam kejar Fateh Uwais :p

19 November 2014

Handphone Ummi Rosak!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alkisahnya anak teruna sorang tu memang suka sangat 'makan' telefon. antara sebab yang dia paling suka nak makan kalau dia dah rasa tinted telefon. dia akan cuba koyakkan tinted sedaya upaya setiap hari. koyak menggunankan mulut yang sedihnya T.T

kalau lama dulu, telefon sony ummi dah jadi mangsa. yang akhirnya ummi hadiahkan telefon tersebut pada dia. tapi disebabkan dia tau takde lampu yang keluar dari telefon tersebut. akhirnya dia pandang sepi je sony ummi.

minggu lepas samsung abi pulak jadi mangsa. abi mengadu kata telefon abi short tak boleh on dah lepas anak gigit, ummi dah sakit kepala masa tu. dah la itu je telefon abi yang boleh buat jadi broadband. kalau rosak double sakit kepala lah ummi. ummi suruh abi timbus telefon tu dalam tong beras. petang ummi balik kerja abi kata tak boleh cas lagi. muka abi dah keruh. ummi ambik telefon abi, simpan dalam plastik ikat dan timbus lagi sekali dalam tong beras. warning kat abi jangan ambik sampai esok pagi. paginya abi wassap dari ofis kata telefon abi dah sihat balik. alhamdulilah legaaaaa ummi ni.


tengok ape jadi T_T

pulak dah minggu ni, anak kembali tabiat makan telefon =,= bila ummi nak cas telefon tengok tak boleh masuk cas. eh eh dah kenapa ni? bukak cover belakang. mak aiiiiii penuh dengan air liur awak je ye Fateh Uwais grrrrr. terus lap dan bubuh dalam tong beras seharian plus plus. alhamdulilah kembali sihat dan boleh cas. kalau tidak berpinau gak kepala mata ummi abi nak membeli telefon baru dah la breast pump pun rosak masa ni jugak adoyaiiiii. haaa pasal breast pump Malish tu nanti ummi buat entry lain ye. nak kena ke center dulu tanya ape masalah dia. hurmmmm

makanya ibu ibu bapak bapak sekalian, kiranya telefon kome dah dimakan anak dengan jayanya. cuba dulu simpan telefon dalam plastik, ikat kemas-kemas dan timbus dalam tong beras seharian semalam. insyaAllah akan kembali ok, kalau tak ok jugak sila sediakan berkeping-keping not lima puluh atau seratus. ngehngehngeh :p

18 November 2014

Dua Jam Tiga Puluh Minit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam pukul 5.17pm kakak mengasuh Uwais mesej, anak mak mengasuh dia la. bagitau kata dorang nak bawak adik (Fateh Uwais) pergi hantar kawan-kawan dia yang datang bercuti ke sini balik naik KTM. ohhh ok. ummi pun relaks jela. sebab selalu paling lewat pun ummi ambik dia dari rumah mak pukul 5.50pm lepas selesai ummi mandi solat. biasa la PJJ kan, mak dia memang hari-hari suruh ummi settle diri dulu baru ambik dia.

pukul 6pm pun ummi relaks lagi. boleh settle basuh baju dalam mesin lagi. bila part nak makan nasi dah mula rasa sunyi. sungguh sunyiiiii sangat takde budak kecik Fateh Uwais tu dalam rumah. selalunya kalau ummi sidai kain pun dia akan mengekorrrr je, ummi kibas kain dia pun kibas kain. kalau ummi duduk bersila makan, dia duduk bersila depan ummi sebut "nanak nanak" nak nasi sekali. bila anak takde, ohhh ummi sunyiiii sampai kena bukak video-video anak la buat ceria suasana, tapi masih hampa sobssss



sepanjang itu jugak duk mesej abi tak berenti. bosan la itu la ini la. bertabah aje abi melayan hihihihi. akhirnya bila jam dah 7.30pm ummi tak betah duduk. rasa nak meleleh dah air mata rindu anak sobsss. ummi mesej kakak dia tanya ada kat mana dah, lambat lagi ke nak balik. teruk beno perangai ummi kan sobsssss

balik je anak, terus dia menyelak-nyelak tudung cari susu. rindu letewwww. memang peel dia kalau balik keja sampai je rumah terus cari susu dia dulu. tapinya kejap aje, nampak moto mak sibuk nak naik lagi =.= alhamdulilah mak kata dia baik bila bawak berjalan, cumanya jenuh nak kejar dia berlari. saya tak risau pun pasal tau mak tu bukan senang-senang nak lepas dia merata. kalau jiran nak mai dukung dia pun mak tak mudah nak bagi. 

dan ummi memang tak boleh duduk lama kalau takde anak ummi depan mata. huuuu. takde abi boleh bertabah lagi, takde anak ummi dah separa mereng sobsssss

16 November 2014

Merajuk!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kami suami isteri ni memang suka mengusik Fateh Uwais tu. baik abi baik ummi, dedua perangai sama naik. mihmihmih :p tapi!!! sekarang pun Fateh Uwais dah pandai mengusik ummi. duduk atas abi, bila ummi hulur tangan nak ambik terus paling muka sambil mulut berbunyi lagi. yang syoknya bibir senyum. dalam hati gamaknya dia kata yeayyyyy padan muka ummi T.T



dan sekarang ni kami berdua lagi suka usik dia, saja je peluk abi dia kekuat lepas tu panggil dia "baby tengok ni ummi peluk abi, abi tak peluk baby, werksssss" terus budak kecik sorang tu tinggal segala barang dia, baring atas lantai. kalau dia dalam bilik sekali dengan kami terus menonong keluar bilik, muka mencuka, bibir cebik baring atas lantai. merajuk letewwww hahahahahaha. seronok tengok muka dia marah merajuk. pebret ummi tu mihmihmih.

"pegi pujuk balik anak ummi tu sape suruh menyakat" abi la selalu tukang pujuk balik dia. hihihihi :p kalau nak peluk kena peluk bertiga baru muka ada hepy banyak. perangai sungguh!!! tapinya selalu tu kalau abi yang peluk ummi dia kurang nak heran. kalau abi dia yang kena peluk kemain lagi marah kita ni haaaa. i is sadddddddddddddd :p

besar dah anak ummi abi ni, kejap je masa berjalan. dah reti bermain dengan emosi sekarang ni. yang pastinya awak tetap anak manja kesayangan ummi abi. sikit pun tak kurang bezanya kasih sayang kami ke awak wahai Fateh Uwais, pemberian pertama kami dari Allah.


13 November 2014

Breastfeeding Journey : Semangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulilah masih diberi rezeki dan kesempatan untuk menyusukan si budak bijak Fateh Uwais ini. siapalah lagi nak puji anak sendiri melainkan ummi nya ini kahkahkah :p Alhamdulilah dah setahun dua bulan plus plus rezeki anak kami menyusu badan. moga Allah terus banyakkan susu ummi, kekalkan semangat ummi, tabahkan hati ummi. amin

ada masa dan ketika nya perasaan dan semangat ni memang jatuh merudum. tambah bila susu tengah drop. mula lah perkataan negatif datang menghasut. "tak payah pam lagi la" "bagi anak susu fm lah" "balik nanti je baru direct lah" dan macam-macam lagi yang terpaksa ditepis hari demi hari. oh ye kata-kata tu datang dan dihasut oleh diri sendiri bukan orang lain. makanya semangat dan ketabahan utamanya kena datang dari dalam diri sendiri dan bila mengenangkan anakanda Fateh Uwais yang seorang itu. memang tak sampai hati nak bagi dia FM. kalau awal dulu menitik-nitik air mata jatuh bila dia minum FM. tapi apa kan daya waktu tu rezeki tak sebanyak sekarang, dan tak secerdik waktu ni. ye ibu ibu dah jadi ibu ilmu kena cari setiap hari bukan tunggu orang datang suap kt ko je ye. 

bila semangat mengepam mula hilang, selain muhasabah diri. manusia pertama tempat saya mengadu adalah SUAMI. alhamdulilah dapat suami yang memahami isteri dia, yang sama-sama belajar pasal breastfeed, yang sama-sama menceduk ilmu sana sini cara nak banyakkan susu dan uruskan emosi diri. suami lah yang banyak bagi kata semangat, yang kuatkan semangat saat semangat diri sendiri mula jatuh dan menjauhhhhh. terima kasih suami.

Alhamdulilah selama Fateh Uwais menyusu badan jarang sekali dia dapat sakit. bila ditakdirkan dia demam pun, dia masih ada semangat dan tenaga yang sikit untuk bangun bermain bila saya selalu susukan dia. alhamdulilah nikmat rezeki yang Allah pinjamkan buat kami sekeluarga. eh ini bukan saya compare dengan sesape atau pada siapa yang bagi anak FM. ini cuma pemerhatian saya pada Fateh Uwais tersayang je. maafkan diri ini andai ada yang berkecil hati.

cumanya apa yang saya tahu dan yakin. setiap parents sedang dan akan berusaha bagi yang terbaik untuk anak-anak mereka. biarlah tulang terbengkok, lutut terkalih asalkan yang terbaik untuk anak-anak kan? dan itu juga lah yang dilakukan mama papa saya dulu. ohhhh tetiba rasa nak nanges ;'))))

12 November 2014

Muzium Padi Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



perginya dah lama tapi baru teringat nak masuk entry kakaka :p disebabkan ummi pernah sebut dekat abi teringin nak pegi Muzium Padi, last pergi masa form 5 ke form 4 dulu ntah. makanya bila ada hari lapang, abi pun tunaikan lah permintaan seorang ummi ini. terletak di Gunung Keriang Kedah, beroperasi setiap hari dari jam 9am hingga 5pm. cas bayaran masuk, dewasa RM5. kanak-kanak @ berpakaian seragam RM2. 

apa yang ada? ada tiga tingkat. tingkat bawah sekali menempatkan alatan-alatan tradisional dan moden yang digunakan di sawah padi, dan segala kegiatan yang boleh dilakukan pesawah. macam contoh, tahan jerat burung ke, tangkap ikan ke etc. masa ni Fateh Uwais tido, jadinya kami cuba berjalan sambil belajar saja lah, malas nak berhenti posing itu ini hihihi.

tingkat dua galeri lukisan dinding, jugak aktiviti pertanian padi dari zaman batu dulu kala sampai lah ke zaman sekarang ni. ada jugak tayangan info mengenai pertanian padi yang dijalankan di sini. (tak tangkap gambo)



tingkat tiga. ini yang paling istimewa. ada lukisan dinding 3D disepenuh dinding. kita cuma perlu duduk di atas kerusi yang disediakan dan pelantar akan bergerak sendiri, membawa kita menyaksikan pemandangan negeri kedah. ada gunung keriang, kampung orang, sawah padi, macam-macam lahhh. kalau duduk situ menikmati dengan tenang memang terasa macam kita duduk dekat balkoni hotel dan yang depan mata kita tu adalah pemandangan yang sebenar. hebat orang yang menghasilkan lukisan tu, hebat lagi Allah yang mengurniakan nikmat itu pada mereka :)

sekitar kawasan tangga pulak diorang reka bentuk macam dalam gua. siap ada bunyi-bunyi suspen macam dalam gua betoi. siap ada bunyi titisan2 air lagi tu. Fateh Uwais mula-mula nak naik peluk abi sekuat hati, bila nak turun dia pulak seksaited lebih =.="


dekat luar banggunan muzium ada la macam-macam artifak yang boleh jadi port tangkap gambo. tapi sebab masa kami keluar tu hujan dah turun. makanya kita masuk Nurul Iman cecepat aje la :))))))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...