Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

29 April 2014

Bubble Taman Jubli Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 kena pegang pasal sibuk nak merangkak merata =.=

anak dah besar sikit, dah makin cerdik. jadi waktu untuk mencari masa yang lebih berkualiti bersama keluarga kecik kami ini. selalunya suami buat keputusan nak balik ahad petang atau pagi isnin besoknya bila jam dah hampir pukul 7 malam. tapi beza minggu nie, hari sabtu lagi dah buat keputusan. nak pulak abi buat cadangan nak lepak santai kat memana. hati ummi dah berbunga, ummi tau hati baby pun mesti berbunga sebab dia tengok mata ummi ;)

abi kata ummi decide nak pergi mana. ermmm ermmm. mula nak ajak ke Taman Tasik Jitra, tapi bila fikir jauh pulak kami nak patah balik ke Kuala Kedah nanti. oh ye ada Taman Jubli Emas. boleh main bubble!!! aritu Mummy GK ajak pi main bubble tapi sebab abi buat keputusan tue lewat terus tak jadi. 

lepas abi ambik ummi kat ofis terus lelaju ke Apple Baby House dulu. nak belikan Feeder untul Aqil Najmi anak kak Zai dan soft book buat khalifah kecik kami nie. pergi mana pun mesti ada habuan dia jugak. untunglah~~~ selesai soping terus ke Taman Jubli. yang sebetulnya ummi bukan ingat pun jalan nak pegi situ. weechat MummyGk awal-awal lagi nak tanya jalan. karang kalau sesat abi dengan anak moody APTB hahaha :p

 bosan tunggu bubble ummi tak jadi kahkahkah :p

sampai terus menapak beli bubble dengan makanan ikan. ummi nie kalau nak bagi makan ikan memang eksaited lebih. suka tengok ikan tue berebut. mula ummi bukak la skill main bubble. sekali tak jadi banyak macam adik jual tadi buat. terus kecewa majok takmau main dah hahahaha. ajak abi dengan anak pergi tasik. teruja tengok setiap kelompok orang yang bagi makan mesti berkerumun ikan datang. wahhhhh *tengok tue ummi yang teruja lebih* hahahaha :p

 seronok tengok ikan dia

ajak abi duduk kat satu tempat yang kosong. abi kata takde pun ikan. haishhh abi nie mana la dia nak datang kalau takde umpan. tabur je makanan berkerumun semua datang. anak pun kemain eksaited sampai gelak mengekek bila abi bagi peluang tengok ikan banyak-banyak secara dekat. siap nak terjun masuk dalam tue lagi. hoiii mana boleh!!!

 bahagia nampak awak??? ;)

dan secara official nya petang tue Fateh Uwais dapat main atas rumput. kemain suka siap tarik2 rumput tue grrrrrr. ummi dengan abi biar je tapi takde la biar sangat. bagi dia merasa sikit-sikit je buat lepas kempunan :p dah habis main kita basuh la tangan kaki muka kepala badan dia balik. hihihi. habis makanan ikan ajak abi main bubble balik.


teruja bila bubble menjadi. hahahaha ummi nie dia yang lebih-lebih pulak. padahal anak tue takde teruja mana pun bila main bubble. cuma dia syok bila tengok menda tue bebas berterbangan dan dia dapat 'sepak' bubble itu. seronok tengok anak dengan abi seronok. ummi nie lagi beronok-ronok sampai berjela entry hahahaha. maaf la ye :p ekceli nak habiskan bubble hari tue jugak. tapi abi kata simpan la sikit. nanti kalau kita datang lain kali boleh main lagi. oh nak datang lagi ek? horeyyyyyy hihihihi

14 comments:

Kakzakie said...

Kakak dpt lihat kebahagiaan menyelinap di setiap ruang hati Kiera, abi Uwais dan anakanda Fateh Uwais sendiri.

Uwais mengekek comel sangat. Kakak suka tengok. Geram:)

Z@i Z@mR33 said...

sonokkan abiskan masa bkualiti mcm ni.k.zai tetiap mlm rabu mmg kuar detin...hihihi.siang abah detin dl dgn Aqil mlm br detin btiga.sonok sgt wlaupon letih esok tu nk keja

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sebab tu ajak ampa p sana ritu kan uwais suka tu hehehe..

eh simpan bubble? bawa balik besen tu skali ka? hoho

Lydia Miza said...

Bestnya main bubble..

Eiii geram tgk dia duduk atas rumput tu. omey

MR & MRS MAKMUM said...

igtkan sg petani je ada tempat nama taman jubli ~

idzwa kamaruddin said...

amboiii perut awak tu seksi tau..hehehe..

QasehnyaRania said...

taman jubli kat area gunung keriang ke sg petani ni?
suka ye anak ummi n abi ni ye dpt dduk ats rumput. snyum pon lebor kemahen. hihi

juicy X said...

Heyyy awak nmpk peyottt

aIEn said...

hihi seronok kan bile anak dh beso sket ni..lg2 bl dh pandai nk bmain =)

hepi je tgk muke uwais dpt merangkak atas rumput...

aizamia3 said...

geram nengok dak Uwais ni.. ;)

QasehnyaRania said...

thanks akak mendoakan saya saya hargai sgt2 kwn kwn blog ni walaupon x kenal sgt tapi sy rasa tenang setiap kali bca komen2 yg positif..

hanya Allah yg mampu membalasnya :)

Kesuma Angsana said...

sukanyer tgk uwais bila dier happy mcm ni so cute lah !

aTieYusof Family said...

ee..geram nengok Fateh Uwais... hihi... suka main bubles tu..mcm abg Pa'e lah...:)

Fiza Rahman said...

Happy family. Gebunya anak bujang nih.

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...