Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

09 April 2014

Suara Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

baca entry Kak Zai semalam terus teringat perangai manja anak bujang sorang tue. macam biasa la hari khamis kami berdua travel alor setar - seberang jaya. budak kecik tue biasanya lepas bebas explore apa je yang dia rasa nak belajar bila dalam rumah. tapi bila kena kunci sejam dalam car seat sedikit sebanyak tue mesti akan memberontak bosan.

minggu lepas dah sampai sungai petani mula dah dia bosan. sebab sebelum-sebelum tue perjalanan agak lambat sikit, jammed dekat highway. plus renovate jalan. bila nampak dia dah mula bosan. ummi pun nyanyi la dengan lebih kerap. ajak sembang-sembang.

sampai satu tahap dia menangis. tamau duduk dah. pujuk pun tak jalan. bagi bunyi bell. suara nangis lagi kuat dari bell huuuu. nak berhenti jauh lagi. paling dekat Hentian Tikam Batu, tapi ada lagi beberapa kilo perjalanan. saya tak berani berhenti tepi-tepi jalan tue, lori besar lalu tepi bergoyang Nurul Iman, saya takut. saya pun cuba la alternatif lain. bukak handphone sambil mata awasi stereng kereta.


play record suara abi yang ada dalam hp. sebenarnya record tue abi buat untuk saya. menyanyi sambil drive balik masa saya dalam pantang dulu. senyap seketika bila dengar abi menyanyi. tapi bila abi berhenti nyanyi dan tuju ucapan bla bla bla untuk ummi dia sambung nyanyi dia jugak, bila abi habis cakap sambung nyanyi. senyap balik grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr =.=

dah tue ummi pulak rajin ngusik. saya cakap la. haaaa abi cakap love u kat ummi. tak cakap kat baby. terus menangis balik budak tue hahahahahaha padan muka ummi. dia dah la tak boleh abi lebihkan ummi dari dia :p 

13 comments:

juicy X said...

Anak jauh dr abi gitu la..dia tahu tu abi dia

aTieYusof Family said...

ahahah...anak Abi sungguh Fateh Uwasi ni.. jeles dgn ummi nya tu..:)

Fiza Rahman said...

Alololo...anak manja bai nih. Nak dgr suara abi bari benti nangis yer.

aina zul said...

comeyh fateh uwais.. irdhina pun cmtu klu abbi dy kursus, kna buka suara abbi dy pastu amek kaen pelikat bt selimut..kemain sedap tidonya..

Kesuma Angsana said...

mmg anak abi betul lah ni hehehe

Z@i Z@mR33 said...

hihihi....mmg pasan dia nk suara abah dia.smlm dia nangis lg tgh2 mlm.buka video abah dia terus diam.sabar je la T_T

Kakzakie said...

Cerdik betul kan.. nampak sangat dah kenal suara abi dia dah.

MR & MRS MAKMUM said...

kena rakam lagu byk2 senang nk bg dia dgr pas nie ~ weeee

Sue PeLik said...

huhuhu budak2 pun faham kan?? hehehe awak laaa kuat mengusik. cubit umie dia kank! ehehehe

QasehnyaRania said...

carik abi la tu
kiranya akak drive uwais dduk dlm car seat la kan.agak mncabar juga kan bila bdpan dgn situasi ni

aDisH.sHidA said...

ummi pun kuat mengusik..kan dah tak senang bawak keta..huhuhu...

aku HaniAsyira said...

alalala.. paham lak dia kan.. cute je.. =)

inche hlovate said...

hihi comey je uwais.. nak dengar sore abi dia je..umi ni jgn la usik2 uwais..sian dia

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...