Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 June 2014

Pantai Morib Banting, ICT Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


balik dari Taman Rama-rama terus ke rumah kakak dekat Banting. tido semalam kat sana. dapat la mama main dengan cucu mama dua orang lagi tue. konon malamnya nak ke ICT, tapi badan masing-masing dah letih. tukar plan pergi sabtunya pulak sebelum balik ipoh.

sabtu pepagi kakak dengan abang lang bawak melepak dekat Pantai Morib. ambik angin laut pepagi katanya. bebudak kecik seronok kemain dapat lepas bebas berlari atas tanah. Fateh Uwais tak senang duduk tengok abang Danial seronok berlari sana sini. dia pun nak berlari sama. muka seronok sungguh dapat berlari sekali dengan abang. dia? mestilah abi yang pegang sambil berlari terkedek-kedek hihihi

dekat Pantai Morib cuma boleh ambik angin, main bubble, makan-makan. banyak la kedai-kedai yang jual layang-layang, bubble semua tue. tinggal nak pilih dan beli saja. kalau nak turun mandi air laut jauh sikit kena berjalan. air laut nya tak pasti pulak bersih ke tidak.


lepas makan tengahari terus ke ICT Shah Alam. abang long nak masuk Trick Art Gallery. tiket masuk seorang RM15 tak kira la dewasa atau kanak-kanak. kami bertiga tak masuk pasal masa awal pembukaan dulu dah pernah masuk. kalau dulu tiket sorang tak sampai sepuluh ringgit rasanya. sekarang kemain mahal nasib la takde nafsu nak masuk situ pun. 

cuma bawak Fateh Uwais kami jenjalan pusing area ICT sementara tunggu mama, along dengan budak dua orang habis pusing dalam art gallery. banyak benda baru dekat ICT. ada water world, gallery patung berbentuk artis(ape namanya pun ntah, Red Carpet gamaknya kot), kiosk mainan token macam dekat fun fair tue, macam-macam lagi selain yang memang dok ada kat sana. 

dan ummi awal-awal lagi dah cakap dekat abi nak naik macam komuter duk pusing-pusing tue. menda ape ntah tak ingat namanya. kalau malam lagi seronok la pasal boleh tengok banyak lampu keliling. kami naik waktu siang. RM20 satu kereta. satu kereta boleh naik 2 orang saja. tak kira la orang dewasa atau kanak-kanak. maximum 2 orang saja. preggy women and baby tak dibenarkan naik. terpaksa la tinggalkan Fateh Uwais dekat bawah dengan opah dan ibu dia. 

mulanya kata opah muka budak tue nak nanges dah tengok ummi dengan abi tinggalkan. tapi bila opah suruh tengok atas, nampak ummi abi terus ceria balik muka dia. takut kena tinggal letewwww. gayat oiiii naik menda alah tue. sebenarnya kereta boleh berpusing-pusing ikut suka kita lah. nak tengok side depan kiri kanan atau belakang. tapi ummi is gayat. jerit-jerit kat atas tue bila abi nak pusing stereng. sudahnya berpaut jela kat lengan abi macam gambo atas. kes penakut la tue. takde menda lain dah =.=

abi kata nasib la depa tak bagi bawak anak naik. ummi pun tak boleh handle diri sendiri macam mana nak handle anak pulak. hewhewhew :p. so far puas hati lah bayar RM20. kalau tak gayat boleh pusing tengok keliling.



 nanti kita ajak abi jenjalan lagi ye yayang kecik ;)

tiket parking kami RM3 sahaja. tak pasti la kami duduk situ berapa jam. nak cari parking susahnya oiii silapnya kami sebab tak tau jalan nak masuk parking dalam banggunan. kalau mai malam confirm lagi berpeluh ketiak cari parking =.= Fateh Uwais tak eksaited pun masuk ICT. kalau masuk time malam mungkin dia teruja pasal suka tengok banyak lampu. takpe insyaAllah next time ye laling.

keluar ict abi tanya nak makan ape. terus teringat kedai burger abang burn kat luar ict. masuk ke situ. awal pembukaan dulu masa kami makan, seronok je. tapi sekarang sangat mendukacitakan. meatball rasa hangit. pisau potong burger tak bagi. kalau burger kecik macam burger KFC tue boleh la terima akal nak makan ngap macam tue je. ini burger lapis tue kau nak suruh orang gigit telan macam tue je. fikir la logik akal sikit. kalau orang kondem, marah pulak nanti kata melayu tak supported melayu. tapi nak supported macam mana kalau meniaga serupa tak ikhlas. abi kata ini last kita makan sini, lepas nie tak masuk dah. gambo pun takde. nampak sangat marahnya ummi abi. huh!!

11 comments:

cik Anggur said...

mahalny ank masuk dlm tu.....tu tak masuk makan lagi kan..kalo nk g mmg kena betul2 ada duit bru leh ~

Izwa Kamaruddin said...

itu posing gayat sambil bermanja..hehehee..2 plus 1! ;)

AtieYusof said...

Salam Kira..akak & family sempat gi ICT masa raya thn lepas..tapi tak sempat lah nak jenjalan semua tmpt sbb Pa'e dah ngantuk sgt..hehe..amboi gambar berdua dgn Abi tu romantik no...hehe

Zai Zamree said...

jln sakan uwais...nti Aqil dh cerdik ckit nk bw gi sn gak la

aIEn said...

waaahh uwais g jln2 pantai morib ye? aunt yg dok banting pun x g pun pantai morib tu =p

Mrs. Abi said...

syoknya uwais pi jalan2... tak ajak ponnn

QasehnyaRania said...

tak pernah pergi ict.
morib dh pergi hri tu.masa dmm.teringin nak pergi laut.hahaha

burger abg burn pon x pernah makan.mengecewakan bila mcm tu kan..

Aryan azra said...

seronoknya dpt jalan2 ye fateh uwais...

tak pernah pun pg makan burger abg burn tu..huhu

OKje said...

Okje pantai Morib pun tak pernah pergi Kiera....
Nape tak masuk rumah snow?...Tp tak sesuai untuk Uwais rasanya...sian nanti dia kena tinggal...

LYAfrina said...

hihi..comel uwais duk kat robocop tu

Mummy LiYzA ^^, said...

waa,dh lama rasa xpi ICT..mcm2 dah brubah eh~hihii,kna pujok cik asben bwk p jenjalan nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...