Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 June 2014

Planetarium Dan Taman Rama-Rama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


haaaaa itulah abang long. abang long dekat 4 orang adik. adik-adik sepupu yang pastinya. anak sulung kakak saya yang sulung. katanya teringin nak berjalan ke KL, nak tengok taman rama-rama dengan petrosains. memandangkan saya dengan suami ada masa terluang bawak la family ke sana. tunaikan hajat anak-anak. reward untuk usaha dia dalam peperiksaan pertengahan tahun. dapat no dua dalam darjah. tahniah abang long. ini hadiah dari pakcik dengan achik tau. kemain semangat sembur perfume dekat jari semata nak rama-rama hinggap dekat dia. 

jumaat pagi bergerak dari Ipoh, sampai KL dalam jam 11.30am macam tue. terus ke taman rama-rama. rupanya area kawasan tue ada macam-macam galeri kesenian. terlepas simpang ke taman rama-rama. teruskan perjalanan dulu, dan nampak galeri kesenian islam, nak masuk tapi tatau pintu dia kat mana, sudahnya lupa terus hajat nak masuk situ =.=. jalan depan lagi nampak Planetarium pusing stereng masuk situ. 

Planetarium masuk percuma setiap hari isnin-jumaat, dan berbayar sabtu dan ahad (tak silap). kami masuk jumaat lepas percuma. muzium yang menceritakan perihal seluruh planet di dunia. ada alatan yang boleh kita cuba. jisim planet tersebut, ketumpatan dan lain-lain. yang minat sains boleh datang ke sini cuba macam-macam modal yang diorang pamerkan. modal dia kondisi masih baik lagi. lupa nak snap gambo modal-modal yang dipamerkan. adehhhh


Planetarium selesai, terus ke Taman Rama-Rama. petrosains cancel memandangkan dah puas cuba macam-macam dekat Planetarium. tiket masuk ke taman rama-rama kuala lumpur. dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5 bagi warganegara malaysia. dalam taman rama-rama ada kolam ikan koi. taman rama-rama melaka pun ada kolam ikan. lagi besar dari kolam ikan taman rama-rama kl nie.kecik ke besar ke asal ada ikan Fateh Uwais mesti teruja nak tengok ikan yang ada. kami suspek ikan kat sini kelaparan. baru menapak atas batu tue berbondong-bondong semua mai dekat.


walaupun rama-rama kat sini tak sebanyak rama-rama dekat melaka tapi disejukkan hati bila tengok banyak haiwan yang tak pernah dilihat ada dipamerkan dekat sini. yang atas tue Moving Leaf. serangga yang sebijik bentuk daun, kalau tak tengok betul-betul tak tau pun itu serangga. Turtle Kepala Naga tak silap, Katak Bertanduk dan macam-macam jenis rama-rama ada dekat sana. ada jugak serangga sebijik bentuk ranting kayu. tak snap pulak gambar nya.


dah keluar dari taman-taman rama boleh nampak berbagai jenis serangga. kala jengking, kumbang pelbagai spesies, ulat macam-macam la. tak sempat nak tangkap gambo lelebih pasal Fateh Uwais dah mengantuk. muka masam mencuka. nak ajak bergambar pun tak bagi kerjasama dah.

kami suami isteri suka pergi tempat-tempat macam nie. yang boleh belajar benda baru, boleh baca sejarah dia. benda-benda ilmu yang bermanfaat. ilmu masuk, otak pun segar. nanti kita ke Muzium Padi Kedah pulak ye.

11 comments:

Zai Zamree said...

syoknya uwais dpt jln2 tgk rama2 n ikan

cik Anggur said...

uwais .....best la dia ek boleh g jalan2...tak bawa acik su pnnnnn

Izwa Kamaruddin said...

wahh wahhh...seronok pulak baca!org kl pun tak pegi lagi tau planetarium tu dgn taman rama-rama tauuu..huhuhuuu..

aIEn said...

btol tu...aktiviti mcm ni jgk blh ajar anak kenal binatang selain dari bace dr buku je =)

QasehnyaRania said...

kira nak komen ni.muka kira ada iras adik junior kat sekolah ciksu la.. aidah namanya..ada masa nk try crik pitcher ..ada tak..hihi.

bestnya.taman rama2 kl pon ciksu tak pernh msuk..hari tu tmn burung kl pergi sbb lawatn dgn tadika.hahha..

*terbalik la kita ni.bg ciksu yg putih tu manis.yg coklat tu pulak x manis.. :)

Time Traveller said...

Seronok tengok baby tu.. semua benda dia nak lihat semua benda dia nak pegang.. comel tembam nyerr.. geramm :D

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html

juicy X said...

Samalaaaa mcm kami.dulu kawan2 suka gelak kat kami sbb masa bercinta dlu kami suka p muzium,galeri. Waaaahaha! ada anak pon sama. suka bwk dia p tmpt mcm tu

akoo said...

oh percuma ea? wahh akoo nak gi gak laa

AtieYusof said...

Seronok sbnrnya bila bawa anak2 jalan.. budak2 lagi excited tgk rama-rama..cantik2 kan Kira.. hehe..wah! tahniah along dpt no 2 ye:)

Aryan azra said...

akak pernah masuk taman rama-rama ni..serono jugak

OKje said...

Reti ke Uwais tengok tu.....hehe...Sure dia suka tengok rama rama Kiera....Okje malas gi tempat gini, biasalah byk syaitannya .....hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...