Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

19 June 2014

Review E-Pump Malish

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


yang sebenarnya pam pureen saya dah rosak. pam pureen kedua yang rosak. yang first dulu memang dah selamat masuk tong sampah dah. yang kedua pun nak kena campak jugak gamaknya. huhhh!!! kenapa beli pureen jugak kalau dah pertama dulu rosak? sebab masa tue tak terfikir nak servey ke ape. yang terlintas kat kepala je beli bila keadaan mendesak desak.


breast pump jenama Malish masih baru dalam malaysia (setakat ini lah) kalau pergi mana-mana kedai barang baby atau shopping mall memang tak jumpa (saya lah tue) mungkin kedai area KL dah masuk jenama Malish ini. saya jumpa dekat online je Marissa_Shoppe. IG dia. dengan harga promosi RM199 dapat lah satu set breast e-pump ini. e-pump pureen pun RM180 kauuuuu. harga asal Malish RM269.90 (ikut kat kotak). apa yang bestnya breast pump Malish?

- massage breast sama seperti Medela. saya pernah pinjam Medela opismate masa pam lama rosak jadi tau serba sikit macam mana Medela 'berkerja'. sampai level 4 massage breast. massage selama mana mahu, bila dah bersedia keluarkan susu boleh picit button yang ada gambar air menitik tue (sila rujuk kotak digambar pertama) sampai level 5 expression dia (sedutan seperti baby direct BF)

- part pam yang tidak terlalu banyak sehingga ambik masa untuk pasang sebelum proses pam. jimat masa sikit dekat situ.

- senyap tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat. macam vibrate handphone je bunyinya.

- built in battery. maksudnya bila nak guna tanpa elektrik pun boleh. cumanya kena cas sesiap pam tue. bateri macam bateri hp, tak pakai bateri sebijik bijik macam energizer ke ape ke. 

- relaks sambil proses pam. boleh update blog atau reply wassap sesiapa :p

- ambik masa yang lebih sikit sebab pam single. kalau nak jimat masa, boleh beli double pump. Marissa_Shoppe akan keluarkan tak lama lagi. budget dalam RM3**. 

- boleh bagi 5 bintang setakat yang saya guna nie.

- warranty satu tahun

kalau nak cari pam ala-ala Medela tapi budget yang rendah boleh try guna pam Malish. semoga Malish sudi berkawan baik dengan saya sampai bila-bila, sampai bila-bila tue maksudnya nak guna sampai anak-anak akan datang tau malishhhhh hahahahaha :p   

oh ye sangat berpuas hati membeli dengan Marissa_Shoppe (IG dia) oder hari nie. bayar sebelum pukul 2pm. esok dah abang pos laju hantar dekat tangan. cepattttttt itu yang customer mahukan. terutama customer yang baru pertama kali beli dengan mereka ;)

kenapa beli mahal-mahal sebab anak dah 9 bulan, ada ke susu lagi? hello breast pump mana ada yang murah. susah nak jumpa yang bawah RM100 pun. lagi pun kan dah kata nak pakai sampai anak-anak akan datang apa salahnya alah membeli menang memakai kannnnn. alhamdulilah Fateh Uwais dah 9 bulan 19 hari masih dimurahkan rezeki dengan susu badan. moga makin dimurahkan rezeki sampai dia umur dua tahun nanti amin amin

16 comments:

cik Anggur said...

- relaks sambil proses pam. boleh update blog atau reply wassap sesiapa :p


amboiii cm tau je dok sembang dgn sapa...hahahahhahaha selamat br'malish'

Izwa Kamaruddin said...

akak pakai manual je pigeon..dari syahmi baby lagi..setkakat ni dah dekat 7 thn guna..

AtieYusof said...

Harapnya jenama ni bertahan lah kan Kira.. InsyaAllah boleh guna utk adik2 Uwais jg nti.. betul tu pump susu mana ada yg murah..hehe

Jen Jen Areff said...

macam nak try beli pump ni la... thanks sharing

Mummy LiYzA ^^, said...

xpenah dgq lg pump malish nih~best cm medela freestyle eh?kmi pon pnh cuba medela kwn,best sgt!!kami dlu bli pump spectra..okeyla,cuma enjin dia besaq n bsing sket..h0hoo,ingt nk tukaq pump len plak next bby~nk bli medela yg beriban2 mmg xmampu..h0h0

juicy X said...

Pam elektrik ka ni?kami mcm takut sikit kalo elektrik. btw pureen mmg cepat rosak,sbb tu murah. Kami guna avent alhamdulillah ok

neesa_jun said...

nice review..mmg tcari2 bp yg bajet rendah tp function cam medela...

Umi Nazrah said...

salam singgah. oh rindunya sesi mengepam. teringat memori pam susu untuk si kembar dulu ^_^

Mrs. Abi said...

awin pakai medela... stakat ni puas hati sangat. tapi gitu lah, vitamin M (malas) banyak sangat telan hehhee... chaiyok kiera...

tak lama lagi awin kena bukak balik la pump ni dalam kotakkkk hahhaahaha

QasehnyaRania said...

aamiin
baca utk tambah ilmu.
thanks kira berkongsi..
pureen tak ok la kan..

Fiza Rahman said...

Macam menarik jer pam ni. Saya pakai avent manual & medela swing. Dedua best. Cuma kena tukar spare part jer.

zura said...

Salam sory tuan tanah nk tumpang promote kepada sesiapa yg berminat nak beli breast pump Malish ni bole watsapp nazura: 0192153391. Sekarang ade promo skali ngan free gift..
Thanks

Unknown said...

Nk urgent
Zura duk mn ye

Unknown said...

Zura klu nk cod kt mn

nini said...

Biasa oama mana sekali pump ek....sebab keja swasta ni tau2 je la kannnn

Anonymous said...

sy baru beli manual pump malish RM50 skli postage... baby xkuar lg dh beli... takut kehabisan stock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...