Assalamualaikum….
“yu cakap jer yu nak bunga caler ape? berapa kuntum? berapa dozen? semua ai boleh belikan”
“yu nak bear caler ape?besar mane? Berat berapa kilo? Ai boleh adekan untuk yu”
“yu nak melancong kemane? Port Dickson? Sandakan? Yu cakap jer bila nak pergi ai book ticket sekarang”
Rasa-rasanya selalu sangat kita dihidangkan dengan kata-kata indah macam tue kan? And confirm la pasangan yang mengeluarkan kata-kata bunga tue akan cair..
Okeh,, kira bercakap dari konteks COUPLE atau pasangan yang sedang hangat BERCINTA yang Belum mendirikan rumah tangga…bagi yang dah berkahwin, kalau keluarkan ayat-ayat macam nie syukur alhamdulilah, semoga berbahagia hingga ke taman-taman syurga hendaknya pasangan tue…
Okeh sambung balik,, dalam konteks Pasangan Yang Berlum Bernikah… kira bercakap dari pandangan kira..
BUNGA :
serius, kira TAK SUKA bunga.. kenapa?
I- Sebab bunga akhirnya akan layu, xmo nanti cinta dan kasih sayang seseorang tue akan layu macam bunga tue…
II- Reput akhirnya, bila dah reput confirm akan rapuh bila dipegang.. kira xmo cinta dan kasih sayang seseorang tue akan rapuh bila sampai ke hujung nya nanti..
III- Bunga x boleh makan!!! Kalau belanja pasangan kita makan, makanan tersebut akan jadi darah daging yang seterusnya akan bersama kita hingga ke akhir nyawa kita.. bukan kah itu lebih manis?
BEAR/PATUNG BERUANG YANG GEMOK-GEMOK :
Dulu suka, kini tak lagi … kenapa?
I- Seseorang pernah ingatkan kira, bear hanya untuk kanak-kanak jadikan sebagai permainan..
II- Kita bukan lagi kanak-kanak yang memerlukan barang mainan.
III- Malaikat tak masuk rumah, jadi dari beli bear yang harga puluh-puluh ringgit sekor tue baik belikan telekung, sejadah, kopiah, Al-Quran yang bila mana pasangan tue memakainya atau menggunakannya kita pown akan tumpang pahala nya, insyaAllah kalau pemberian tue diberi dengan niat yang baik dan hati yang ikhlas.. Allah kan Maha Pemurah Maha Pemberi Maha Penyayang…
MELANCONG :
Jika berdua dengan yang bukan muhrim, elakkanlah.. sebaiknya melancong secara berkumpulan… kenapa?
I- Kalau hanya berdua dengan bukan muhrim, yang ketiganya pasti syaitan, kita bukan malaikat yang mampu menahan godaan syaitan.. cara yang terbaik, elakkanlah dari menjadi mangsa hasutan syaitan yang direjam..
II- Lagi happening bila keluar berkumpulan, banyak idea yang boleh dibualkan, tak la nanti kau tengok muka aku, aku tengok muka kau.. kan bosan tue..
III- Dari keluar tak tentu hala, baiklah simpan duit tue untuk kenduri kawen nanti.. bila dah kawen pergilah melancong dengan suami/isteri .. lebih indah untuk dijadikan kenangan.. kan sweeetttt tue…
Betulkan kekhilafan kita sementara masih diberi kesempatan, sujud dan mohonlah pada Allah agar diampunkan segala dosa-dosa kita yang lampau, mohon lah agar kita sentiasa diberi petujunk dan hidayah agar kita tak jauh dari-Nya..
“Ya Muhammad, katakanlah pada umat-Ku bahawa Aku hampir dengan mereka”
Yang bermaksud : Allah mengingatkan yang Dia tak pernah jauh dari kita, sesekali Dia menguji kita kerana Dia ingin mendengar rintihan hamba-Nya, Allah itu Maha Pemberi, mohonlah pada-Nya dengan seikhlas hati, insyaAllah Dia tak akan pernah hampakan permintaan umat-Nya….
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
[ Surah Al Imran Ayat 135&136 ]
Ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata diatas nie yang menyinggung hati kalian..
Sesungguhnya yang baik itu pasti dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu dari diri syakira yaakub sendiri…
7 comments:
setuju sangat sangat :)
nice info.. :) thnkz..
hahaha..baek bagi hadiah makanan je..jadi darah daging uh..
baik blnja kepsi..kenyang !
hehheheh
BUNGA : tak suka.dari dulu smpi sekarang.pernah dpt dr sumone,tp terus bg warning,pasni jgn bagi da.huhu..
BEAR : sgt suka.sebab bila hati sakit,luah semua dkt bear.sebab rahsia tu akn selamnya abadi. klo cite kat kwn, 1 day akan terbongkar..dapat kwn yg mcm taik, abis sume dijadikan isu nk menggaibkan. * BUT, ruzz tahu kira kwn yg baik dan amanah.
MELANCONG : suka dan setuju..dgn kwn best,mcm2 bnda leh buat.sembang gelak mcm pontianak pun xpe..nk lepak smpi pg pun xtakut kena cekup.hahaha...
# kira,ruzz nak tambah..ruzz ske CEKELAT! vochelle,van houten.. auwww,sedap yu..mkn cekelat sambil ngis peluk bear..hihi
* ni rahsia kita 2 je tau..jgn cite kat org..hahahahahahahahaha
mintak ipon4
hahaha
adik :: mekasih setuju ngn akak ^_^
abu huzaifah :: no prob.. ;D
jiji :: kan,, darah daging kekal smpi mati... ;)
ain :: wahhhhh sedapnye.. :D
ruzz :: ok2 x cite.. tp aku ske coklat time ssh hati jer.. :p
fahmi :: mntk kt awk la.. blh? :D
Post a Comment