Kau dan aku
Hanya kerana beberapa perkataan kita mula mengenal
Aku akui aku sedikit sombong menegur sesiapa untuk memberi salam perkenalan
Oleh kerana itu kau yang mula menghulur perkenalan tersebut
Aku menyambutnya kerana kau dan aku dibawah satu bumbung
Aku mula selesa dengan kehadiran kau didalam hidup ku
Kau bukan saja menjadi teman ku ketika duka menghimpit aku tapi aku sendiri akan menjadikan diriku sebagai teman yang mana boleh meminjamkan telinga untuk kau mencurah segala ujian yang diturunkan buat kau..
Kau dan aku
Keserasian mula wujud antara kita
Kau menjadi pendorong aku untuk berubah menjadi lebih baik
Kau menjadi rujukan aku tika aku berasa was-was
Tanpa aku juga kau sedari perasaan aneh itu mula bercambah dihati kita
Aku takut untuk mengakui kehadirannya
Namun pabila kau mempersoal akan hadirnya perasaan itu,
Baru aku sedar yang perasaan itu telan mula berputik
Kau dan aku
Seperti juga kau, aku hanya menyerahkan nya pada Ilahi,
Biarlah Dia yang menentukan apa yang terbaik buat kita
Hanya doa yang mampu ku iringkan
Sekiranya kau jodoh aku, semoga dipermudahkan urusan ini, dimurahkan rezeki agar kita sama-sama dapat membaja perasaan ini didalam satu ikatan yang halal namun,
Seandainya kau bukan untuk aku,
doaku moga kita sama-sama redha dengan ketetapan-Nya..
Ya Allah seandainya perasaan ini akan melalaikan aku dari suruhan-Mu yang seterusnya akan menjarakkan aku dengan-Mu,Engkau ambil lah ia dari sisiku dan Kau kembalikan lah perasaan ini pabila tiba masa nya kelak.. Amin Ya Rabbal Alamin
**kalau rajin mungkin akan ade sambungannya… =)
4 comments:
puitisna ayat =)
pertama kali ke sini...follow =)
Mohamadazhan hjDesa : terima kasih.. =) puitis ke? xde la tue bahasa pasar la..hihihi
ohooo.. kaloo di iringi muzik2, cair2...
eheh
fahmi :: hihihi.. mcm2 la ko nie :p
Post a Comment