Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

13 June 2011

Hari Sabat

Assalamualaikum..

Apekah itu Hari Sabat? Mungkin ade yang pernah dengar maksud Ayat Al-Quran yang nie…



Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabat, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabat, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.
[surah al-a’raaf : 163]

Negeri yang dimaksudkan :: Kota Eilah yang terletak di pantai laut merah, antara Kota Madyan dan Gunung Sinai

Sabat yang membawa maksud :: mereka tidak boleh bekerja pada hari sabat, kerana hari sabat itu dikhususkan hanya untuk beribadah….

Kesimpulan :: disinilah Allah menguji tahap keimanan umat-Nya, sejauh mana umat-Nya beriman dengan suruhan-Nya..sejauh mana umat-Nya dapat bersabar dengan ujian yang diberikan.. maka barangsiapa yang lalai dengan suruhan-Nya  dilaknatlah mereka itu kerana mereka ingkar akan suruhan-Nya.. seharusnya mereka percaya dan yakin akan janji Allah…

Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.
Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina
[surah al-a’raaf : 166 & 165]


Sabar dengan ujian yang diberikan Allah kepada kita, x kira lah ujian yang diberikan tue besar atau kecik..  sewaktu kamu berasa terhimpit dengan kesusahan itu, ingatlah sesungguhnya kamu mampu untuk menghadapinya kerana sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan dengan kemampuannya… Allah itu Maha Pengasih Maha Mengetahui…

Sabar dan ikhlas lah dengan kedua ibu bapa yang sudah lanjut usianye
Sabar dan ikhlas lah dengan karenah suami dan anak-anak kerana keihklasan dalam melaksanakan segala tanggungjawab akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.. wanita harus menyedari bahawa segala tanggungjawab ini bukan untuk membabankannya tetapi adalah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada wanita…

4 comments:

Unknown said...

ko tau tak..hari sabat tu jatuh hari ape

Student uniSZA said...

pernah belajar tafsir ayat quran pasal hari sabat ni , subjek NUSUS QURANIYYAH ... bes jgak ar dpt kaji psal hari sabat ni...^^

kokser kokdam said...

sabtu asalnye dr kalimah tu la.. sabat

haku cube memandaikan diri haku..

hehehe

Sunah Sakura said...

aha..setuju dengan kokser kokdam.. hari sabat ni hari sabtu..hari mereka beribadah.. sebab tu tengok church penuh hari sabtu..

err..memandai jugak kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...