Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

03 June 2011

syukur masih sempurna

Assalamualaikum..

Sedang aku dalam kegembiraan ingin pulang ke kampung halaman
Aku bersyukur kerana Allah memilih aku untuk merenung sejenak nikmat kurniaan yang telah Dia berikan untuk aku..

Dihadapan, aku menyaksikan betapa tabahnya seorang pakcik yang tidak punya kaki dan tangan kedua-duanya, alhamdulilah isteri serta anak-anaknya masih setia bersama dengannya.. mereka masih mampu tersenyum tertawa bahagia..

Ya Allah beruntungnya aku masih sempurna,
Aku mampu berdiri diatas kaki sendiri
Aku mampu melakukan segala urusanku dengan kederat aku sendiri
Syukur pada-Mu Ya Allah Engkau tidak menarik rahmat itu dariku..

Doaku semoga pakcik itu dan sekeluarga diberikan yang terbaik
Semoga mereka tabah menghadapi dugaan hidup
Semoga anak-anak mereka bisa memberi senyuman kebahagiaan buat kedua orang tua mereka.. Ya Allah Kau murahkan rezeki pakcik itu sekeluarga, Kau limpahkan lah keberkhatan juga keredhaan atas mereka sekeluarga.. jauhkan lah mereka dari pandangan hina masyarakat, murahkan rezeki mereka…..

Hari ini kita sempurna
Namun, jangan lalai dengan kurniaan-Nya
Jangan sesekali berasa sombong untuk tunduk pada suruhan-Nya
Kerana mungkin besok atau lusa Dia akan menariknya kembali dari sisi kita..
Ingatlah segala apa yang ada bersama kita hanyalah pinjaman dari Yang Esa…


2 comments:

Unknown said...

sumernye hanya pinjaman sementara

anismelon said...

kat tmpt anis pon ade..tp bukan la xde kaki..lumpuh kot..wife dye pg mane mane je msti tolak wheelchair laki dye dgn setie..even pg pasar..walhal wife dye leh naik bas..huu

anis na ajak bace nie..bace and komen kalo free..post for da 2nd time..

http://anismelon.blogspot.com/2011/06/sampai-menutup-mata.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...