Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

25 September 2011

Cinta tanpa syarat

Cinta pada Allah
Cinta pada Rasul
Cinta pada Ibu dan Ayah
Cinta sesama manusia…

Asssalamualaikum semua

Kalau nak sebut soal cinta memang sampai ke sudah la tak habis kan…
semua manusia yang digelar hamba nie tau bahawasanya Allah itu bersifat Al Rahman dan Al Rahim

dengan sifat pengasih dan penyayang tue la Allah titipkan dalam setiap hati yang bergelar mama, papa, ibu, abah, mak, ayah, mummy, daddy, umi, walid, amma, babah, dan lain2 panggilan lagi..

kerana apa?

Kerana mereka menyayangi dan mengasihi kita TANPA SYARAT…
Ade tak parents kita kata mcm nie…

“pion, sebelum kau keluar dari perot mak nie, mak nak kau wajib bagi mak duit sari seploh ringgit!”

**kalau parents yang spesies blh kutip tepi2 jalan tue mmg la jenis mcm tue sbb diorg sndiri nak menjauhkan diri dari Allah.. kalau diorang bertaubat Alhamdulilah

Ok sambung…

Kalau kita sakit tak kira la masa kita baby dulu ke, dah beso panjang nie ke ape yang parents kita buat selain berdoa dan berjaga siang malam, masak apa yang kita suka, bawak pegi klinik…

Kerana apa?

Kerana cinta mereka pada kita TANPA SYARAT

Tapi kita si anak nie selalu lupa diri. selalu meletakkan syarat untuk diorang merasa kasih sayang kita. Selalu mencipta berbagai alasan untuk mereka merasa secebis kebahagiaan dari si anak..

“kalau mak nak ahmad mesin rumput kat luar tue mak kasi 10 hinggit kat ahmad dulu”

MasyaAllah!!! susah sgt kita si anak nie nak berbakti dengan seikhlas hati kat mak ayah kita?

Muhasabah lah diri tue balik sebelum Allah tarik semua nikmat yang sedang dikecapi..
tau tak betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan untuk si anak yang berbakti pada ibu bapa? Dan tau x betapa besarnya “ganjaran neraka jahanam” yang Allah sediakan untuk anak yang derhaka pada ibu bapa?
Redha Allah bila Redha kedua ibu bapa….

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". [Surah Al-Isra’(17) : ayat 24]

Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kira sendiri
Peringatan untuk kira dan semua

**jarak yang jauh hanya memisahkan jasad namun tidak hati…saya rindukan mereka

4 comments:

Unknown said...

mak mertua zaman sekarang banyak memilih

fRaMe+LenSeS said...

terbaek peringatan ni.. :D ai like..

ain revival said...

Cinta ibu bapa pd diri kita takde tndingannya..

cinta pada Allah y hakiki..
tapi sekarang ramai y dah melupakannNYA..

Kira Sakura said...

Haziq :: errrrr

Nadzri :: like jugak =)

Ain :: btol tue.. smoga kita sentiasa mencintai Allah dn mengharap redhaNya..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...