Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

28 June 2011

SEGMEN KBU | Jom Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum…

Terbaca entry seorang sahabat mengenai contest yang dia sertai oleh blog roti gardenia nie… imbauan kenangan semasa masih bergelar seorang pelajar dulu-dulu…

Mana paling best, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah?

Okeh lets start… kira memilih semasa bersekolah di Sekolah Menegah Kebangsaan Tasik Damai… wahhhhhhhhh banyak gila kenangan yang tertinggal kat sekolah tue..


Pengalaman pahit

-          sekolah kira link dengan sekolah pendidikan khas, jadi semua pelajar pendidikan khas dari form 1 sampai form 3 belajar satu sekolah dengan kitorang..
-          yang pahitnya bila kena berpisah dengan diorang time form 3 tue… diorang nie baik sangat, diorang x pernah lupakan kita kalau kita baek dengan diorang.. kira baek dengan sorang laki and sorang gurl.. tp lupa dah nama diorang..hihihi
-          bukti yang diorang tak lupakan kita.. yang gurl tue bagi kira surat.. dalam surat tue dia mintak maaf kalau ade buat salah dengan kira, dan die ucapkan terima kasih kat kira sebab sudi berkawan dengan die, selalu senyum dengan dia…serius terus menangis masa baca surat tue…
-          yang lelaki tue pulak die bagi kira dua hadiah masa last day tue.. yang bila goncang2 keluar manik2 blink2 tue.. walaupown selalu sembang dengan diorang, masing2 tak berapa nak faham tapi kira hargai sangat persahabatan yang terjalin tue..
-          eh pengalaman pahit ke tue? Pahit la kena berpisah… hihihi :p


pengalaman manis

-          naek form 4 dan form 5 kira ditempatkan dalam Kelas Sains Kejuruteraan… dekat sini kira jumpa kawan dan sahabat yang sampai sekarang kitorang still contact each other.. serius rindu gila kat diorang…
-          yang paling best masa form 5 kitorang buat pementasan drama THE NECKLACE dibawah bimbingan Teacher Rohana…
-          kitorang semua diberi peranan masing-masing untuk menjayakan drama tersebut, kira, liza and mira(sahabat dari form 1 sampai sekaran, insyaAllah sampai ke taman-taman syurga hendaknya) diberi tanggungjawab menyediakan costume…
-          alhamdulilah drama tersebut berjalan dengan lancarnya, dan yang mengembirakan bila Teacher Rohana bangga dan gembira dengan hasil kerja kitorang…
-          tak sangka teacher ingat drama tue lagi bila sembang dengan teacher lepas abis sekolah..

subjek yang digemari

-          fizik.. sebab fizik x payah hafal terok-terok macam kimia and subjek-subjek laen..
-          fizik punya eksperimen best, bak kata pakcu sofi fizik berkait dengan hukum alam..
-          setiap kali tuang sos mesti kira ingat hukum inersia… :p

subjek yang tak digemari

-          pendidikan jasmani….
-          Sebab malas nak salin baju,, kalau salin kt toilet kain kurung mesti kotor, lepas tue nak kena bawak baju PJ.. cukup malas T.T
-          Lepas tue nak kena main, tak boleh duduk sembang.. serius, kira bukan seorang yang aktif masa sekolah ..
-          Macam mane nak main bola jaring, bila bola datang kira lari…
-          Macam mane nak main bola tampar, pergelangan tangan pown kecik baru tampar 5 kali dah merah
-          Macam mane nak main badminton, nak pukul pown x reti…
-          Kalau suruh lumba lari, main bola sepak… yang tue kira nak… :D

Okeh abis dah jawab soklan.. setiap kenangan yang terjadi kat sekolah dulu still kira ingat sampai sekarang.. kawan-kawan yang tak contact tue bukan sebab kira lupa.. tapi kekangan masa yang menghalang kita dari selalu bersama.. tapi ketahuilah kalian sentiasa ada dalam hati.. sayang korang semua…. Semoga jalinan persahabatan yang terbina antara kita berkekalan hingga ke taman-taman syurga.. kira mintak maaf andai ada salah dan silap yang kira lakukan.. ada kalanya mulut kira menegur sebab kira sayang korang.. kira hanya nak terbaik untuk korang.. tolong jaga diri semua..

nak join segmen : klik sini
nak join KBU : klik sini 

Maaf... saya tak boleh tolong awak...

Assalamualaikum....


Seorang sahabat mintak kira bagi pendapat

Sahabat :: Kalau awk kat tempat saya, awk nak pilih sape?

Kira :: hati awk banyak pada sape? Yang A atau yang B?
Sahabat :: saya pown tak tau.. yang A caring pasal saya.. yang B tak tunjuk die sayangkan saya, tapi die kata suruh saya tunggu die…

Kira :: saya nak cakap pown susah la awk.. saya tak dapat bantu awk.. tapi awk jangan risau… Allah sentiasa ada tuk mendengar apa jer masalah kita.. awk mintaklah dengan Dia dengan seikhlas hati awk.. awk buatlah istikharah, jangan berhenti selagi awk belum yakin dengan keputusan awk.. trust me, awk mesti tenang lepas nie..

Sahabat :: insyaAllah saya buat.. awak doakan saya ok…

Kira :: hanya terbaik yang saya doakan untuk awk..

Bila kita ada dipersimpangan jalan, keliru untuk memilih apa yang terbaik.. sujud dan mohonlah pada Allah.. mohonlah dengan seikhlas dan serendah-rendah hati.. insyaAllah, Allah itu Maha Pemurah Maha Memberi Maha Mendengar… selalulah bersangka baik dengan Allah… sesungguhnnya Allah itu sangat dekat dengan kita.. kita je yang selalu sombong dengan Allah sampaikan Allah kena uji hati kita kerana rindunya Dia dengan rintihan kita…


Meet-Up KamiBlogger Utagha

Assalamualaikum….

Baru hari nie ade masa nak cantum-cantum gambar, nak story kisah meet-up adik badik kami blogger utagha… tue pown draft time malam, kalau tak, ntah bila baru kira nak update story pasal nie.. ampun… hihihi..

Okeh let picture talk!!!!



I – abis main bowling, abis main tembak-tembak, WAJIB lah pose kat tempat bowling kan..           sape menang? Haish pandai-pandai la korang explore entry2 depa nie nanti erk.. =)

II – love this picture so much.. ade value die yang tersendiri.. kelipop kelipop tengok picture nih!!...

III – kami blogger!!! :D

IV – love this one also… sayang semua… ^_^

Sesi memperkenalkan diri!!!



I – shawl biru : Kak Shida , yang shawl hijau : Jusiza , yang shawl merah : Munet , yang tak pakai shawl : Ishak , yang tudung pink : haish x payah kenalkan lah, muka die jer penuh dalam entry nie … :D

II – Jusiza sekali lagi : baju hijau , Erin : baju merah , Mastura : baju putih…

III – dari kanan kenalkan diri anda.. Minerelisme, Pakcu Sofi, Remaja Boroi, Kiera’sakura , Gadis Kampung Separa Bandar, Mikro Tak Berapa Mikro, Kokus Memang Kokus, Jusiza, Cinta Itu Tulip…

IV – okeh dah penat buat ice breaking,, dah jadi tea ice pown bak kata Ishak

Lihatlah gelagat mereka…



I – Kumpulan Tak Perlu Kata Apa-Apa (memang tak terkata pown,,hihihi :p )

II – waaaaaaaaaa sweetttttnyyeeeee

III – owh tadi die xde,,, meyh kenalkan, Naim : die ade lesung batu dalam gila okeh that’s why ai pown kena ade.. :D

IV – okeh2 Kak Shida pown ade lesung batu tapi sebelah jer… :p

         tertinggal lagi sorang adik ... belog budak sekolah



Alhamdulilah, ukhwah yang terbina antara kita masih lagi terjalin rapat.. terima kasih kerana kalian semua menjadi sebahagian dari diri kira.. kalau dulu kira rasa alone kat sini tapi kini kira ade semua adik badik yang tak pernah pentingkan diri sendiri.. semoga kita semua sentiasa bawah redah ilahi..

Jage diri, jage kesihatan, kelipop kelipop, Assalamualaikum….

**pakai wifi je selama nie, skang fb dah kene block.. tunggu beruk kira jadi beruk dewasa lepas tue baru sambung bergeli2 dalam fb balik… =)

***semua gambar diambil dari mereka-mereka yang diatas nie..

26 June 2011

Bunga Bear Melancong

Assalamualaikum….

“yu cakap jer yu nak bunga caler ape? berapa kuntum? berapa dozen? semua ai boleh belikan”

“yu nak bear caler ape?besar mane? Berat berapa kilo? Ai boleh adekan untuk yu”

“yu nak melancong kemane? Port Dickson? Sandakan? Yu cakap jer bila nak pergi ai book ticket sekarang”

Rasa-rasanya selalu sangat kita dihidangkan dengan kata-kata indah macam tue kan? And confirm la pasangan yang mengeluarkan kata-kata bunga tue akan cair..
Okeh,, kira bercakap dari konteks COUPLE atau pasangan yang sedang hangat BERCINTA yang Belum mendirikan rumah tangga…bagi yang dah berkahwin, kalau keluarkan ayat-ayat macam nie syukur alhamdulilah, semoga berbahagia hingga ke taman-taman syurga hendaknya pasangan tue…

Okeh sambung balik,, dalam konteks Pasangan Yang Berlum Bernikah… kira bercakap dari pandangan kira..


BUNGA :
serius, kira TAK SUKA bunga.. kenapa?

I-                   Sebab bunga akhirnya akan layu, xmo nanti cinta dan kasih sayang seseorang                                               tue akan layu macam bunga tue…
II-                Reput akhirnya, bila dah reput confirm akan rapuh bila dipegang.. kira xmo cinta dan kasih sayang seseorang tue akan rapuh bila sampai ke hujung nya nanti..
III-             Bunga x boleh makan!!! Kalau belanja pasangan kita makan, makanan tersebut akan jadi darah daging yang seterusnya akan bersama kita hingga ke akhir nyawa kita.. bukan kah itu lebih manis?

BEAR/PATUNG BERUANG YANG GEMOK-GEMOK :
Dulu suka, kini tak lagi … kenapa?

I-                   Seseorang pernah ingatkan kira, bear hanya untuk kanak-kanak jadikan sebagai permainan..
II-                Kita bukan lagi kanak-kanak yang memerlukan barang mainan.
III-             Malaikat tak masuk rumah, jadi dari beli bear yang harga puluh-puluh ringgit sekor tue baik belikan telekung, sejadah, kopiah, Al-Quran yang bila mana pasangan tue memakainya atau menggunakannya kita pown akan tumpang pahala nya, insyaAllah kalau pemberian tue diberi dengan niat yang baik dan hati yang ikhlas.. Allah kan Maha Pemurah Maha Pemberi Maha Penyayang…

MELANCONG :
Jika berdua dengan yang bukan muhrim, elakkanlah.. sebaiknya melancong secara berkumpulan… kenapa?

I-                   Kalau hanya berdua dengan bukan muhrim, yang ketiganya pasti syaitan, kita bukan malaikat yang mampu menahan godaan syaitan.. cara yang terbaik, elakkanlah dari menjadi mangsa hasutan syaitan yang direjam..
II-                Lagi happening bila keluar berkumpulan, banyak idea yang boleh dibualkan, tak la nanti kau tengok muka aku, aku tengok muka kau.. kan bosan tue..
III-             Dari keluar tak tentu hala, baiklah simpan duit tue untuk kenduri kawen nanti.. bila dah kawen pergilah melancong dengan suami/isteri .. lebih indah untuk dijadikan kenangan.. kan sweeetttt tue…

Betulkan kekhilafan kita sementara masih diberi kesempatan, sujud dan mohonlah pada Allah agar diampunkan segala dosa-dosa kita yang lampau, mohon lah agar kita sentiasa diberi petujunk dan hidayah agar kita tak jauh dari-Nya..

“Ya Muhammad, katakanlah pada umat-Ku bahawa Aku hampir dengan mereka”

Yang bermaksud : Allah mengingatkan yang Dia tak pernah jauh dari kita, sesekali Dia menguji kita kerana Dia ingin mendengar rintihan hamba-Nya, Allah itu Maha Pemberi, mohonlah pada-Nya dengan seikhlas hati, insyaAllah Dia tak akan pernah hampakan permintaan umat-Nya….

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
[ Surah Al Imran Ayat 135&136 ]

Ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata diatas nie yang menyinggung hati kalian..
Sesungguhnya yang baik itu pasti dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu dari diri syakira yaakub sendiri…

23 June 2011

Kau Buat Onar?!

“along saye calling”

Kira :: Assalamualaikum,, hello long

-senyap, dengar kawan-kawan ofis die jer bersembang-
-picit butang END CALL-

“along saye calling”

Kira (monolog) :: die nie kalau byk sgt kredit tue baik share dengan aku nie jer, ade lak nak ajak aku main miscall2 macam nie..dah la aku banyak keje nie..

Kira :: Assalamualaikum… along oii along kamu nak ape call aku nie?

Along :: walaikumsalam,,, aku tak dengar pown suara kamu tadi?

-pulak dah banyak la die punya x dengar dah serupa tarzan jer aku jerit tadi-

Along :: ira, nie ha kenapa enpon aku bila call die x bunyi lagu dah.. die bunyi tichk tichk jer…

Kira :: kamu padam lagu die kowt… nanti la aku call balik aku sibok nie…

-lepas lunch kira pown call la along kira nie balik-

Along :: anak kamu nie la yang padam semua lagu dalam telepon aku,, xde satu dah pown lagu nye.. apa geleng-geleng..

-bila pulak aku geleng nie,, kowt ye pown aku voice call jer,, xpulak aku buat video call-

Kira :: bila aku geleng?

Along :: anak kamu, si alya nie.. kamu la nie yang padam semua lagu dalam enpon ibu..


Nie la budaknye yang telah membuat onar dekat henpon along kira merangkap ibu die…

“achik2 bangun lah, tangkap lah gambo adik nie kejap, lepas tue adik janji adik tido”


Kenangan Manis Dan Pahit | Nur Syakira Yaakub

Assalamulaikum

Tadi tengok KSP punye entry yang nie.. waaaa nak join… pastu click kat owner contest nie kat sini.. jom kita join sama2…



Kira nak ceritakan kenangan pahit dan manis bersama keluarga tersayang.. since sekarang nie rindu sangat dengan diorang semua…

Kira akan menggunakan kata ganti nama “ya” sebab dalam family kira bahasakan diri “ya”…



Mama x kasi masuk PLKN, mama takut anak dara die nie jadi pape.. papa pown macam x berapa nak bagi.. smpi mama kata mama doa ya x dapat masuk PLKN tue.. tapi mama xtau ya nak sangat masuk PLKN,,, ya suka kan aktiviti lasak, ya nak merasa pengalaman jauh dari keluarga,, ya nak merasa hidup berdikari…

Masa dapat surat PLKN tue mama terus muram,,, sebab anak mama kena pergi jugak,, dah la jauh kat Kelantan pulak tue.. mama risau sebab nanti susah mama nak menjenguk anak mama…

Masa hari pendaftaran tue ya dah mula rasa rindu kat mama, saat mama papa lambai tangan kat ya,, ya sedih sangat sebab tue first time kita berpisah lama.. setiap weekend ya mesti call mama papa,, setiap kali tue jugak ya akan menangis sebab rindukan mama papa… sampai papa cakap macam nie “kalau telefon papa nak nangis2 jer xpayah telefon dah laen kali” mama kata masa papa dengar ya nangis tue mata papa pown dah merah..

Kalau sebelum nie ya ingatkan mama papa x sayangkan ya, x hiraukan ya, ya rasa tersisih dari mama papa tapi sejak ya masuk PLKN baru ya sedar betapa mama papa sayangkan ya…

Lepas peristiwa ya jatuh masa ujian tali rendah, yang membuatkan ya susah nak bergerak seminggu, mulanya ya tak nak call bagitau mama papa sebab ya tak nak mama papa susah hati.. tapi lepas ya balik dari x-ray kat hospital ya terus tekad call bagitau mama papa..

Masa tue mama papa belum bangun pown lagi sebab subuh belum masuk. Lepas ya bagitau mama terus terkejut, papa lak mama kata terus bangun. Mama kata papa risau sangat sampai papa tak boleh nak fikir pape dah.. mama papa nak datang lawat ya tapi ya kata xpe la..

“ya ok jer.. insyaAllah xde ape2… jauh ipoh nak datang pasir mas,, papa pown x sihat lagi masa tue, kereta pown x servis nanti kalau jadi pape kat mama papa masa on the way datang kem macam mane?”

Lastly mama papa ikut jer kata ya.. sebab masa ya call tue hari sabtu.. weekend je yang boleh ibu bapa datang melawat..lepas ya tau mama papa risau pasal ya jatuh terus ya menagis sebab ya tau mama papa sayangkan ya, mama papa tak pernah tinggalkan ya..

Sampai ke hari nie ya tekad, ya akan cuba sebaik mungkin bahagiakan mama papa.. sedaya mungkin ya tak nak buat dosa kat mama papa.. sebanyak mungkin ya nak doakan kesejahteraan mama papa.. doa ya biarlah sakit mama papa beralih pada ya, kesusahan mama papa biarlah diberi kan pada ya.. ya tak nak mama papa susah dah, ya xnk mama papa sedih dan susah hati lagi.. ya sayang mama papa… ampunkan segala dosa2 ya mama papa..


[Surah Al Israa’ Ayat 23&24]

Redha Allah apabila redhanya kedua ibu bapa kamu….

22 June 2011

Blogger Perak buat Perjumpaan

Assalamualaikum....


kenal dengan logo tue?
kalau belum kenal sila klik sini untuk menjoinkan diri anda di group tersebut..

ok sambung balik...
Blogger Perak @ Burmese Pool Taiping Perak...


Untuk maklumat lanjut korang boleh klik kat event nie
deal dengan diorang...

**entry nie akan melekat melekit selama boleh... kira hanya membantu selagi boleh, nak join mungkin tidak.... dapat tolong pown kira boleh la ye... =)

wahai kaki......

wahai kaki
kemanakah kau ingin melangkah
kemanakah destinasi yang ingin kau tujui

wahai kaki
melangkahlah bersamaku menuju ke rumah Allah
melangkahlah bersamaku ke majlis-majlis ilmu
melangkahlah bersamaku mengerjakan segala tuntutan-Nya
melangkahlah bersamaku dengan langkah yang diredhai Allah
melangkahlah bersamaku dengan langkah persis para wanita yang mulia disisi Allah
pantaskanlah dirimu menyebarangi titian siratul mustaqim kelak
ringankanlah dirimu membawaku pulang menjenguk kedua mama papa ku
ringankanlah dirimu membawaku menziarahi saudara-saudaraku

wahai kaki
marilah bersamaku menjauhi tempat-tempat maksiat
marilah bersamaku menjauhi dari berbuat kerosakan didunia
marilah bersamaku menjauhi setiap yang dimurka Allah
bawalah aku jauh dari tempat yang bisa menyesatkan aku dari jalan Allah
bawalah aku jauh dari panasnya api neraka



Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.
[Surah Al Furqaan ayat 63]

wordless wednesday #1

Assalamualaikum......


19 June 2011

Untukmu Papa

Assalamualaikum....

Waktu kecil, bila mama buat kuih masak nasi lemak nak menjual besoknya
Papa lah yang akan jaga kami adik beradik,
Papa lah yang akan memandikan hatta mencebok untuk kami,
Tak pernah sekelumit pown perasaan jijik papa pamerkan..

Waktu dulu, segala keperluan kami, papa lah yang akan sediakan
Walaupun permainan yang kami minta,
Papa tak pernah hampakan permintaan kami,
Papa sanggup mengayuh basikal dari rumah ke tempat kerja semata-mata untuk besarkan kami adik beradik

Waktu dulu, dikala kami mengeluh mengayuh basikal ke sekolah,
Papa pasti usaha hantar ke sekolah, walaupun masa tue papa akan lambat sampai tempat kerja,
Bila umur kami dah cukup untuk ambil lessen moto,
Papa tetap usaha hantar kami pergi ambil lessen,
Papa jugak tetap usaha belikan kami motosikal walaupun papa kena kerja lebih masa,
Kata papa, dulu papa susah, papa tak nak anak-anak papa susah macam papa dulu,

Kini, walaupun papa dah makin berusia,
Tapi papa tak pernah berhenti mencari rezeki buat kami,
Tak pernah sekalipun papa merungut, tak pernah sekalipun papa pamerkan penatnya papa mengerah keringat sehari-hari,

Dan kini, ya berjanji selagi nyawa dikandung badan ya akan cuba berbakti untuk papa..
Kalau selalu papa kata papa tak nak anak-anak papa susah macam papa,
Tapi sekarang biarlah ya susah asalkan ya tau papa ya bahagia dan senang..
Ya janji ya akan bahagia dan gembirakan papa, selagi boleh ya tak akan susahkan hati papa…
Ya sayangkan papa seluruh hati ya, lebih dari ya sayangkan nyawa ya….

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kau ampunilah dosa kedua mama dan papa kami,Kau kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka kepada kami sewaktu kami masih kecil. Kau tempatkanlah mereka disyurga-Mu yang tertinggi kelak, Kau murahkan lah rezeki mereka, Kau berikanlah kebahagiaan yang berpanjangan buat mereka hingga ke taman-taman Syurga-Mu yang hakiki. Kau Payungilah mama dan papa kami dengan keberkhatan dan keredhaan yang berpanjangan dari-Mu..Amin Ya Rabbal Alamin…

**berharap agar papa dapat membaca coretan ya nie.. ya sayang papa bukan saje hari nie, tapi setiap hari sampai ke Syurga kelak, insyaAllah….. selamat hari bapa buat papa ya yang tersayang Encik Yaakub Bin Abd. Talib…. Juga selamat hari bapa buat ayah, abah, abang edy, abang lang, juga buat semua bapa-bapa seluruh dunia, mendoakan yang terbaik buat kalian, semoga kalian dilimpahkan keberkhatan dan keredhaan yang berpanjangan…Amin Ya Rabbal Alamin.. sayangi dan luangkan masa bersama selagi mereka masih berada dihadapan kita…

***Al-Fatihah buat arwah ayah(bukan ayah kandung tapi dah sayang macam ayah sendiri) Encik Hassan… semoga arwah ayah diampunkan segala dosa, ditempatkan bersama hamba-hamba yang soleh, semoga arwah ayah tenang dan senang disana… ..Amin Ya Rabbal Alamin…



****rase rindu pulak nak baring atas riba papa .. papa miss u... =(

16 June 2011

In Love Again!!!

Assalamualaikum....

wahhhh in love dengan sape pulak kali nie?
sebelum korang serang kira tanye sape lak kali nie...
jom kite layan gambar-gambar best bawah nie dulu...

love this so much

also this one


landscape, human, splash, mikro etc...
serius kagum.....


awesome!!!

laaaa tak tau lagi kira in love dengan sape?
kira in love dengan hasil kerja adik kira nie lah...
sangat cantik, awesome, 

nak tau sape tuan punya gambar nie sila rajin-rajin kan diri click bawah nie..

Nadzli Azlan (facebook tempat favret die lepak)

SpexSphotography (page die, sile like!!!)

Reaching To The Skies (yang nie kalau nak tau LEBIH pasal adik kira nie ;p )

ohhh lupa nak habaQ, Nadzli nie jugak ade talent ambik gambar weeding,,, nak contact die sila click facebook beliaw kat atas tue...
jangan deal dengan kira!! kira xtau pape... hihihi

ape lagi, gi terjah link yang kira bagi tue, banyak lagi gambar die yang awesome dalam tue...

**adik lupa nak habaQ, akak Ctrl+C , Cntr+V semua gambar tue.. hihihi.. maaf ye dik.... =)

15 June 2011

GIVEAWAY KAK ES & NESLOO

Assalamualaikum...


kak es & nesloo telah sepetak suara ingin menganjurkan contest mereka..
hadiah pown lumayan...
kalau menang boleh buat hadiah besday mama nanti... hihihi...

syarat die yang lain...
jangan malas!!! baca kat entry tuan punya contest



maka dengan ini marilah kita bersama-sama menadah tangan dan mendokan kejayaan kira memenangi contest anjuran bersama mereka ini... :D

jom jumpa Kami Blogger Utagha

Assalamualaikum....

depa mai lagi...
bagi sesiapa yang baru atau yang dah lama declare dengan group 

mai usha banner bawah nie...


banner telah dicurik dari blog nora elena eh bukan nora amilia...

sila tekan sini untuk sampai ke pusat lapor diri...

wordless wednesday #2

Assalamualaikum


"kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) , sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Mengetahuinya "
[Surah Al 'Imran ayat 92]


** nak tahu lebih lanjut ape itu wordless wednesday? klik sini

wordless wednesday #1

Assalamualaikum....



13 June 2011

Lanjutan Hari Sabat…

Assalamualaikum

kira tertarik nak lanjutkan isu hari sabat yang kat entry sebelum nie...



Info :: Jalan Lurus

Memang ada ayat-ayat Al Qur’an yang menceritakan tentang hari Sabat, tetapi ayat itu bukan ditujukan kepada umat Islam, melainkan kepada orang-orang Yahudi yang melanggar hukum Sabat. Mereka tidak mensucikan hari Sabat, bahkan mereka terus saja bekerja pada hari tersebut, sehingga Allah memberikan peringatan bahkan kutukan kepada mereka.

Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang dimasa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
[Surah Al Baqarah Ayat 65-66]

Hai orang-orang yang telah diberi Al Kitab, berimanlah kamu kepada apa yang telah Kami turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan Kitab yang ada pada kamu sebelum Kami mengubah muka (mu), lalu Kami putarkan ke belakang atau Kami kutuki mereka sebagaimana Kami telah mengutuki orang-orang (yang berbuat ma'siat) pada hari Sabtu. Dan ketetapan Allah pasti berlaku.
[Surah An Nisa Ayat 47]

Dan telah Kami angkat ke atas (kepala) mereka bukit Thursina untuk (menerima) perjanjian (yang telah Kami ambil dari) mereka. Dan kami perintahkan kepada mereka : "Masuklah pintu gerbang itu sambil bersujud", dan Kami perintahkan (pula) kepada mereka : "Janganlah kamu melanggar peraturan mengenai hari Sabtu", dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang kokoh.
[Surah An Nisa Ayat 154]

Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.
[Surah Al A’raf Ayat 163]

Sesungguhnya diwajibkan (menghormati) hari Sabtu atas orang-orang (Yahudi) yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar akan memberi putusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan itu.
[Surah An Nahl Ayat 124]

Dari ayat Al Qur’an tersebut, dapat kita ketahui bahwa pada masa itu pernah Allah buktikan, memberikan kutukan bagi yang melanggar dan tidak mensucikan hari Sabat, yaitu dengan mengubah muka mereka jadi kera yang hina. Maksud Allah yaitu memberikan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa agar tetap memelihara hukum-hukumNya, karena bagi yang melanggar pasti ada sangsinya. Sangsi itu jika tidak dibuktikan di dunia, pasti akan dibuktikan di akhirat.

Dalam Islam hari beribadah dalam setiap minggu jatuhnya pada hari Jumat, bukan Sabtu dan bukan Minggu.

Karena ada perintah untuk beribadah pada hari Jumat, maka umat Islam setiap minggu juga punya satu hari khusus untuk beribadah secara berjamaah kepadaNya.

“hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk shalat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu bersegera untuk mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Demikianlah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
[Al- Jumu’ah : Ayat 9]

Kalau ada info lagi kira akan update.. kepada kawan2 yang nak share apa2 dengan kira, email kira ye.. =)

**beribadatlah kepada Allah.. segerakan yang wajib baru ditambah dengan yang sunat.. jangan hanya mengejar yang sunat sekiranya yang wajib ditinggalkan.. name pown wajib kan… =)

Yang baek itu pasti dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari silap syakira yaakub sendiri…

Hari Sabat

Assalamualaikum..

Apekah itu Hari Sabat? Mungkin ade yang pernah dengar maksud Ayat Al-Quran yang nie…



Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabat, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabat, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.
[surah al-a’raaf : 163]

Negeri yang dimaksudkan :: Kota Eilah yang terletak di pantai laut merah, antara Kota Madyan dan Gunung Sinai

Sabat yang membawa maksud :: mereka tidak boleh bekerja pada hari sabat, kerana hari sabat itu dikhususkan hanya untuk beribadah….

Kesimpulan :: disinilah Allah menguji tahap keimanan umat-Nya, sejauh mana umat-Nya beriman dengan suruhan-Nya..sejauh mana umat-Nya dapat bersabar dengan ujian yang diberikan.. maka barangsiapa yang lalai dengan suruhan-Nya  dilaknatlah mereka itu kerana mereka ingkar akan suruhan-Nya.. seharusnya mereka percaya dan yakin akan janji Allah…

Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.
Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina
[surah al-a’raaf : 166 & 165]


Sabar dengan ujian yang diberikan Allah kepada kita, x kira lah ujian yang diberikan tue besar atau kecik..  sewaktu kamu berasa terhimpit dengan kesusahan itu, ingatlah sesungguhnya kamu mampu untuk menghadapinya kerana sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan dengan kemampuannya… Allah itu Maha Pengasih Maha Mengetahui…

Sabar dan ikhlas lah dengan kedua ibu bapa yang sudah lanjut usianye
Sabar dan ikhlas lah dengan karenah suami dan anak-anak kerana keihklasan dalam melaksanakan segala tanggungjawab akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.. wanita harus menyedari bahawa segala tanggungjawab ini bukan untuk membabankannya tetapi adalah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada wanita…

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...