dulu pun macam nie jugak walau situasi dan jalan ceritanya tak sama,
dulu pun hati dan kepala saya serabut jugak walau bukan hal yang sama,
dulu pun saya tertekan macam nie jugak walau bukan masalah yang sama,
sekarang Allah berikan ujian yang lebih hebat lagi sebab DIA tau dulu Alhamdulilah saya mampu hadapinya dan bersandar padaNya,
dulu dan sekarang saya tau saya layak diuji sebab saya hanyalah hambaNya kerana itu DIA bisa menguji walau bila atau dengan apa juga cara sekalipun.
dan kerana ujian kecil dari DIA yang dulu mampu bagi saya semangat dan kekuatan untuk menghadapi ujian yang lebih hebat buat masa sekarang. dan saya tau bila diuji akan datang walau seberat mana saya mampu hadapinya juga kerana pengalaman diuji sekarang. hebatnya Allah mengasuh hati dan diri saya. hebatnya Allah mendidik saya untuk meletakkan DIA sebagai yang utama untuk mengadu nasib. besarnya kuasa Allah yang sentiasa jentik saya bilamana saya terkadang lupa akan DIA. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Besar. tiada Tuhan yang layak disembah melaikan Allah. Allahuakbar ampuni segala dosa dan khilaf saya Ya Allah. sesungguhnya saya insan hina yang banyak dosa dan selalu lupa.
Nur Syakira sayang sesungguhnya disebalik kesulitan ada kesenangan. disebalik keperitan ada kebahagiaan dan disebalik pahit yang ditelan ada penawar yang menyembuhkan kelukaan. bila mana awak berdoa Allah cepat makbulkan permintaan awak beerti DIA sayangkan awak, bila mana awak berdoa lagi DIA lambat makbulkan permintaan awak beerti DIA sedang menguji awak bila mana awak masih berdoa dan DIA tidak makbulkan doa awak bermakna DIA punya perancangan yang lebih hebat buat awak. Allah Maha Mengetahui sedangkan awak tidak. dan sebaik sebaik perancangan adalah dari DIA. bangun dan perhatikan keliling awak kerana disitu banyak kebahagiaan yang DIA berikan bukan. La Tahzan Sayang!!!

6 comments:
knp ni kak?
betul tu, pasti ada hikmah sebalik tiap kejadian
Allah uji sebab sayang kak.
lain mcm jer bunyi nya kira?? tak per semua perkara ada hikmahnya! saya tahu awak kuat dan tabah :))
ujian ngan dugaan ni memang lumrah dalam hidup cuma cane bentuk die tu je yang berbeza.. tapi for sure r sume dugaan yang diberikan tu dugaan yang Tuhan yakin kita leh setelkan betul tak?
ujian tu kan tanda kasih sayang Allah pada hambanya. jadi, syukuri lah ia kerana kita masih diberi tanda kasih sayang darinya.
semoga ko tabah dan kuat dengan setiap ujian dan dugaanNya. aku tahu ko kuat. :)
Post a Comment