Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 August 2012

Satu Perjalanan #18 versi Sunat Syukur

Assalamualaikum dan salam sejahtera



selalu lepas akad nikah, pengantin lelaki solat sunat syukur sorang diri sementara pengantin perempuan tunggu untuk upacara batal air sembahyang. sebenarnya sangat sejuk hati bila tengok tenangnya wajah pengantin lelaki masa solat sunat syukurnya. ada satu permintaan saya pada bakal zauj yang tak saya bagitau dia. memandangkan masa untuk saya dan dia agak terhad nak bermesej bersembang, tambah bila ada depan mata saya jadi lupa nak bagitau tak salah kan kalau saya sampaikan rasa hati saya ke dia melalui belog Kiera'Sakura yang saya sayang nie.. 

wahai bakal zauj saya, lagi beberapa hari dan minggu saya bakal jadi zaujah awak. saya mohon untuk awak imamkan saya ketika solat sunat syukur lepas kita diijab kabulkan nanti. jangan buat sorang sorang sebab saya nak lepas je salam kita berdua nanti itulah saat upacara batal air sembahyang antara kita berdua. sungguh saya mohon awak tunaikan hasrat dan permintaan saya nanti.

saya letak permintaan saya kat sini bukanlah sebab saya nak tunjuk bagus atau sewaktu dengannya tapi memang itu yang saya mahukan. sebab saya tau bakal zauj saya selalu stalker belog saya nie walaupun kadang dia tak tinggal jejak. awak awak yang dekat luar tue pun boleh ikut apa yang saya hajatkan nie sebab bagi saya moment batal air sembahyang tue lebih indah kalau lepas sama-sama tunaikan solat sunat syukur. tapi itu pun kalau awak sanggup ketepikan soal mekap ketika bernikah. lain orang lain caranya, ya saya mengaku!!

#moga doa saya ini diperkenankan juga oleh DIA, Amin

6 comments:

Unknown said...

indahnya..bila diri dikhitbahkan.. ;)

نورعيم said...

akak, tiba2 sedih baca entry akak :(

xtau la kenapa dgn diri ni.

Unknown said...

bakal zauj:
saya takmo

saya takmo buat cmtu sbb nnti awak menangis time batal air smyang

#iffah reka jwpn ehem2

Zai Zamree said...

Indahnya saat tu kalau wt cmtu

kay_are said...

wahh.. semoga yang berkenaan tu tengah stalk blog ni mase ni so dapat tunaikan permintaan ko tu.. amin

tupperware_merah said...

aku yakin zauj ko akan laksanakan ia. bukan kerana permintaan ko. tapi kerana mensyukuri zaujah yang Allah kirimkan untuk dia. :)

* rasa sebak bace entri2 kawen ko.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...