Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

05 August 2012

Pagi lagi dah gaduh

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kalau ada yang pernah membaca saya pernah kongsikan sakit hati dengan satu owner kereta myvi merah kcb nie, bagi sape yang belum pernah baca boleh la baca kat link yang saya tinggalkan tue. guess what, pagi nie tadi saya bergaduh dengan dia. ye! saya bergaduh mulut dengan dia.

awalnya saya memang dah lama sakit hati dengan dia, elok pulak dia mencucuk cucuk belakang kereta saya masa nak keluar taman. tengok jam awal lagi nak sampai ofis saya saja bawak slow, bila dia nak memotong dalam laluan yang sempit tue saya sengaja ke kanan sikit. ye saya dendam dengan kelakuan dia. 

sampai trafic light dia berhenti tepi kereta saya, memang saya turunkan cermin nak sangat dengar apa yang dia nak cakapkan. dan saya nak tengok macam mana la rupanya manusia yang tatau adab tue. dan dia lelaki. dia sembur saya dengan kata kalau dah bawak slow jangan nak marah bila dia nak potong.. ohh ye saya letakkan dialog la biar awak semua senang nak faham.

saya : cik yang kalut sangat bawak kereta tue kenapa? setiap pagi saya tengok cik menyusahkan orang lain. bawak kereta sesuka hati cik tak fikir orang lain.

dia : ada ke saya buat macam tue kat awak. lagi pun suka hati saya la kereta saya.

saya : ye ada yang cik masuk depan sesuka hati tue ape dia dan suka hati saya jugak la nak bawak kereta saya macam mana pun.

dia : saya nak cepat pegi kerja

saya : saya pun nak cepat pergi kerja jugak

akhirnya lampu hijau dan saya teruskan perjalanan sambil dengar dia kata baru bawak kereta sehari jangan nak berlagak. saya dah malas layan orang macam tue. niat saya cuma satu saya nak dia tau yang tak semua orang 'bangga' bila tengok dia boleh bawak kereta macam pelesit tue. titik  

7 comments:

Noraim said...

menyirap jgk jumpa org mcm ni pagi3 lg.

sabar jela kak.

Iffah Afeefah said...

braninye akk

bahaye la org cmtu

xnk dgr tguran org pon susa gak

Cik Z@i Pen@nG said...

beraninya cik T ni...

Woofer Storm said...

ketuk kepala dia sekali,baru dia tau jalan raya tu bukan mak bapa dia yang punya..

salam ramadhan kiera,jgn marah sngt ye^^

H Y D E said...

aku hantor pak imam satgi kang, setel terus mamat tu..... huh

Edy Fee said...

haha mmg dia sorang je keje dlm dunia ni

kay_are said...

susah kalau jumpe driver yang macam tu.. berlagak sangat ngan skill bawak kete nye.. sabar je r..

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...