Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Abang Long : opah kata pejam celik pejam celik dah bulan sebelas, nie atan pejam celik mata nie (sambil pejam celik mata dia) ....
Saya : haaaaa dah bulan sebelas, bulan sebelas lah sekarang nie
Abang Long : ishhh achik nie!!!
hahahaha suka saya menyakat anak-anak Along dengan Kakak saya. itu jela buah hati yang saya ada pun. kadang depa menangis kadang depa geram kadang dengan saya lah nak merap bermanja pun. sebenarnya diorang eksaited nak tunggu walimah saya. sibok dok tanya "bila achik nak kawen? besok ke" haishhh sabo sabo bawak bertenang jangan tanya banyak kali kang Achik pening huhuhu
perasaan nak kawen tue kan sebenarnya indah. time macam nie la nak menikmati perasaan kalut buat persiapan. pening fikir nak rancang yang terbaik. bergaduh mulut dengan sesape je yang nak argue apa yang saya dah tetapkan. dan saat nie la yang penting kita rancang walimah nanti permulaan dosa atau sebaliknya semuanya kita boleh tentukan sendiri sebab kita pengantinnya.
"kalau ada yang banyak cakap sangat nak bantah itu ini suruh je depa mai cakap ngan ya sendiri jangan nak bebel ke mama" itu yang saya kata ke mama bila mama cakap ada someone2 yang dok bantah apa yang saya dah tetapkan. bukanlah saya nak bantah suka2 apa yang diorang cadang dan nasihatkan tue tapi kalau saya rasa apa yang saya tetapkan tue lagi baik maka saya akan pertahankan pendirian saya. ye saya memang keras kepala dan keras hati mama pun tau kalau saya kata A memang susah nak tukar jadi B.
dan saya tengah menikmati perasaan sebelum bergelar isteri kepada suami. bermacam dugaan dan ujian yang datang saya tak suka panggil masalah sebab nampak macam sesuatu yang buruk. satu hari nanti bila saya recall balik moment nie mesti saya tersenyum sendiri. awak semua nikmati la perasaan sebelum berkahwin sepuasnya, senyum lah dalam dugaan, ketawalah dalam ujian, tenang lah dalam menyelesaikannya. sebab bila awak tenang insyaAllah awak tak terasa berat nak melangkah ke satu fasa baru. fasa indah yang Allah ciptakan untuk adam dan hawa. fasa yang menyeronokkan untuk dilalui bukan menserabutkan. bila kita set ia sebagai positif mesti akan jadi positif, kalau sebaliknya macam tue la jugak sebaliknya. ingat tue.
adat bertunang mesti la ada ujian dan dugaan kalau tak kurang la kemanisan alam pertunangan tue. dugaan datang dalam pelbagai bentuk cuma diri kita sendiri kena kuat nak hadapi sebab ingat kita ada Allah DIA tak menguji kalau kita tak mampu. DIA tak kan turunkan ujian kalau tak ada penyelesaian, dan DIA nak bagitau yang DIA sayang kita DIA dekat dengan kita jadi bersyukur bila kena uji supaya kita tau siapa DIA dan siapa kita. "inilah dugaan kita" kata saya ke Pakcik Imam ritu. dan semoga saya dan dia kuat nak hadapi dugaan yang datang nie, moga dugaan nie menjadikan kami matang dan lebih dewa hendakNya Amin.
3 comments:
owh ok.. takpe2.. tak lame lagi, insyaAllah ko leh r sakat anak sendiri lak, xyah sakat anak orang lain dah =P memang orang cakap time tunang ni banyak dugaan.. ape pun semoga dipermudahkan sume.. amin
org pun tak sabar nk tggu akak kawen. kihkih.
nak bantu bina masjid ni hati kene ikhlas.hehe
Post a Comment