Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Maisara. Dia
adik aku walau dasarnya kami bukan lahir dari rahim yang sama. bukan juga dari
ayah yang sama. kami kawan satu universiti. Aku lambat setahun mendaftar
disitu. Makanya aku dan Maisara satu sem walau berbeza umur. bersahabat tak
kira umur bukan.
"Mai
minggu depan ada check up doktor kan?" Maisara mula membuat muka bosan.
Aku cuma tersenyum. Sudah lali dengan perangai dia yang satu itu.
"akak
nie Mai tak nak pergi boleh tak? pergi pun tangan nie bukan boleh baik macam
sebelum nie pun" Maisara mula menolak buku rujukannya.
Dua tahun
lalu Maisara terlibat dalam kemalangan jalan raya. keretanya terbakar mujur
Allah masih sayangkannya, dia selamat dalam nahas tersebut walaupun jiwanya
melayang sama pada hari kejadian. Akibat kemalangan itu jugak tangan kanannya
melecur teruk. Kerana kecekalan dan ketabahan Maisara kini dia mampu berdikari
dengan tangan kanannya itu. Aku kagum dengan semangatnya.
“majlis akak lagi sebulan kan?” Aku
tahu dia cuba mengubah topic perbualan.
“kalau Mai nie sanggup ke suami Mai terima
kekurangan Mai nie. Yela Mai kan cacat, auchhhh” Aku menepuk tangannya kasar,
ye aku sengaja kerana aku benci dengar dia mengatakan dirinya cacat.
“insyaAllah dia akan terima Mai
seadanya kalau betul dia cinta dan sayangkan Mai. Akak yakin Mai akan jumpa
seseorang yang macam tue nanti. Akak doakan ye” Aku cuba meyakinkan dia. Dan itu
juga doa yang selalu aku panjatkan buatnya.
“tapi kan akak, kalaupun dia sanggup
terima Mai yang tetttttt nie” Aku dan dia sama tergelak bila melihat dia segera
‘menyimpan’ tanggannya.
“tapi sanggup ke keluarga dia terima
Mai yang macam nie jugak kak? Itu yang Mai risaukan” Aku terdiam.
*****
“selamat pengantin baru sayang, moga
Allah memberi barakah pada rumah tangga kalian” Aku tersenyum riang, hari ini
hari bahagia Maisara dan suaminya. Ada air jernih yang lahir dari kelopak
matanya, segera aku seka. Maisara memelukku. Erat.
“akak kenapa buat macam nie kat Mai. Kenapa
paksa diri akak jadi madu Mai?” Suami kami berlalu meninggalkan aku dan
Maisara.
Ya, kini aku dan Maisara berkongsi
suami yang sama. Kerana aku yakin suamiku mampu menyintai dan menyayangi
Maisara seadanya dia. Keluarga mentuaku juga melayan dan menerima Maisara
dengan baik sebelum mereka bernikah lagi.
Orang kata madu itu pahit untuk
ditelan. Bagiku tidak kerana madu ini mampu merawat kelukaan ku. Aku terluka
kiranya Maisara tidak dihargai. Kerana aku terlalu sayang padanya.
Biarpun awalnya suamiku berat menerima
cadangan ini. Namun berkat istikharah kami bertiga akhirnya segalanya dipermudahkan
Allah. Biarpun ramai yang memandang serong ke arah kami namun aku yakin kerana
ini adalah kebahagiaan yang Allah berikan pada kami.
*****
TAMAT
kistot : Kisah Kontot, bukan kisah sebenar :)
7 comments:
syukurlah lah betul2 ada mcm ni.. =)
Terharunya baca, kalaulah betul kau buat mcm ni ^_^
akak ni..tak sukalah bace
erk...mcm2 benda kuar dlm kepala...
huhuhu mampukah aku?? tak mampu kot!! huhuhu..
p/s; eh, panjang betoi awak berdekah2 erk. huuhuhu . cer try senaman tu kat opis besok. huhuhu. kompom ramai teruja. huhuhu. trimas!sudi berkenalan dengan kita neh. huhuhu
takut membacanya..sebab aku takut madu :(
takut jugak perkara yang aku takuti tu berlaku..
ade ke pompuan yang macam tu?? kalau ade memang kagum aku.. tapi nape awal2 cite ni macam cite pasal sesorang je.. hmm..
Post a Comment